ajakio85
Active+ Member
- Messages
- 2,868
- Joined
- Feb 1, 2008
- Messages
- 2,868
- Reaction score
- 183
- Points
- 38
(Bahasa Arab: Al-Wahhābīyya )ﺍﻟﻮﻫﺎﺑﻴﺔ atau
Wahhabisme merupakan satu fahaman atau
aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-
ulama Haramain (Makkah dan Madinah) yang
diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab.
Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga
diraja Bani Saud yang kini memerintah negara
Arab Saudi. Dinasti al-Saud telah memerintah
Arab Saudi sejak tahun 1924. Beliau dilantik
Menteri Penerangan Arab Saudi. Wahabi
bukanlah suatu mazhab akidah ataupun
mazhab fikah.
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahabi atau
Wahabisme. Istilah ini muncul berdasarkan
nama bapa pengasasnya. Pihak British/Yahudi
yang mencetuskan gelaran ini kerana melihat
mereka ini sebagai ancaman terhadap
penjajahan mereka. [perlu rujukan]
Mereka
menggelar-gelarkan orang kerana hendak
memecah belahkan orang Islam. Golongan
awal tidak pernah mengeluarkan perkataan
Wahabi atau Wahabisme.[perlu rujukan]
Golongan terkemudian lebih suka menyebut
diri mereka sebagai Salafi, Salafiah,
Muhawidun yang bermaksud "satu Tuhan" dan
mereka menurut pemikiran Imam Hanbali (al
Hanbaliah, al Hanabilah) dalam masalah fikah,
yang merupakan salah satu mazhab dalam
Ahli Sunah Waljamaah. Dalam hukum akidah
pula, mereka berpegang kepada tafsiran Ibn
Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai
penerusan faham Ibn Taymiyyah.
Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab
Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria,
Palestin dan Mauritania.
Biodata ringkasMuhammad bin Abdul Wahhab
(1701 - 1793) lahir di Kampung Ainiyah, Najd,
Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani
Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al
Tawhid'. Beliau telah mempelajari agama
daripada Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi,
bapanya iaitu Syeikh Abdul Wahab dan
abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab.
Setelah dewasa, beliau pergi ke Mekah untuk
mengerjakan haji dan pulang halamannya.
Bapa serta abangnya telah meyifatkan bahawa
beliau telah terlalu jauh menyimpang dan
sesat.[perlu rujukan]
Beliau merupakan seorang ulama
pembaharuan dan ahli teologi agama Islam
yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi
dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding
salafi. Ia dianggap sebagai gerakan
pembaharuan, bukan satu mazhab. Beliau
memperkenalkan semula undang-undang
Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat
dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn
Taimiah.
Penyebaran fahamanSemasa di Madinah,
beliau mendapati banyak amal ibadat orang
Islam adalah bertentangan dengan syariat
Islam kerana mereka lebih suka beribadat
dekat dengan makam Rasulullah.
Setelah berhijrah ke Basrah, beliau telah
mengeluarkan fatwa yang ganjil dan akhirnya
beliau telah diusir dan lalu pergi ke Hassa. Di
sana, beliau telah berguru dengan Abdullah
bin Abdul Latif. Beliau diusir lagi, lalu pergi
semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya
Raja Osman bin Ahmad Ma`mar
membantunya, namun setelah mendengar
fatwa-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu
dibunuh.
Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat
bantuan Raja Muhammad bin Saud di
Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi
berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar
menemui syarif-syarif di Mekah dan
mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka
ditolak, malah sebahagiannya dibunuh. Sejak
itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di
Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu,
Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa
banyak orang Mekah kafir kerana berdoa
dengan bertawassul di hadapan makam Nabi.
Syarif Mekah membenarkan orang yang
datang jauh mengerjakan haji menziarahi
makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi.
Syarif-syarif Mekah terus diperangi.
Amalan kaum Wahabi menurut hadith
Rencana ini memerlukan petikan tambahan
untuk pengesahan.
Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu
1803-1813 dan dari 1924.
Perubahan yang mereka lakukan ialah :
Meruntuhkan kubah / bangunan di atas
perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam
Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat
di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith
nabi melarang membuat binaan di atas
perkuburan.
[1]
Meruntuhkan kubah / bangunan tempat
maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail
ialah tempat lahir Nabi. Wahabi berpandangan
semua itu syirik dan membawa kepada
penyembaahan berhala.
Melarang orang ziarah makam Nabi dan
berdoa meghadap situ, kerana berpendapat
semua doa hanya semata-mata kepada Allah.
[2]
Melarang mengadakan perayaan pada hari
Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua
ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan
perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan
oleh nabi sendiri.
Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana
dalam hadith
[3], terutama menggunakan
radio dan pembesar suara.
Melarang membaca qasidah.
Melarang melagu-lagukan al Quran.
Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-
muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua
ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan
perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan
oleh nabi sendiri.[perlu rujukan]
Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang
tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan
Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada
Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid
Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.
[4]
Semua ini dianggap puak wahabi sebagai
bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah
diamalkan oleh nabi sendiri.
Pandangan Siradjudin Abbas
Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman
Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' .
Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di
Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman
Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul
wahab adalah seperti berikut :
Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid)
harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal
Mazhab (Talfiq).
Mengambil sumber al Quran dan Hadis yang
kuat sahaja tanpa ijma ulama dan qias. Ijma'
ulama' dan qias diambil sekiranya ianya
berdalilkan al Quran dan hadis.
Melarang keras umat Islam berdoa dengan
Tawassul (Perantaraan) orang yang telah mati.
Tawassul yang dibenarkan ialah sebagaimana
terdapat dalam al Quran dan hadis (yakni
dengan asma' al husna, amal soleh dan doa
orang yang soleh).
Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam
Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang
yang pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan
niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi
maqam.
Menghancurkan tugu-tugu peringatan /
monumen kerana hal ini semuanya boleh
mendorong orang ke arah musyrik. Bangunan
besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi
di Suq al Leil telah lama diruntuhkan. Tugu-
tugu sememangnya tidak dibenarkan dalam
Islam bukan pihak wahabi yang mulakan
Melarang membaca-baca Qasidah yang
memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji,
Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan
sebagainya kerana sebahagian qasidah-qasidah
ini mempunyai kesalahan atau memuji secara
melampau (ghuluw).[perlu rujukan]
Melarangkan umat Islam merayakan dan
memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj
dan semua perayaan hari kebesaran Islam
yang lain,[perlu rujukan] kecuali Hari Raya
Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha kerana
hadis nabi jelas menyatakan hanya ada dua
hari raya bagi orang Islam.
Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh",
"Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut
Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain
yang serupa itu kerana tidak ada dalil al
Quran atau hadis secara terus.
Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul
Sunnah Wal Jamaah hendaklah dibuang jauh-
jauh.
PERINGATAN: Terdapat fahaman lain
juga yang diterima di dalam Ahlul Sunnah Wal
Jamaah. Bukan hanya Asy'ari sahaja.
Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat",
"Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang
memuji-muji Nabi s.a.w secara melampaui
batas.[perlu rujukan]
Tidak boleh melagukan lafaz Quran,
umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan
lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.[perlu
rujukan]
Azan tidak boleh berlagu.
Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-
ramai dilarang sama sekali.
Imam tidak membaca "Bismillah" secara
nyata dalam Solat. [perlu rujukan]
Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat
Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali,
Tariqat Saman dan lain-lain yang tidak
bersumberkan al Quran atau hadith dilarang
keras.
Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas
solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana
mereka berpendapat adalah lebih utama
berwirid secara individu