BTC USD 83,829.9 Gold USD 4,210.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

syeikh nuruddin al banjari

Tadi baru google fatwa kebangsaan. Haram. Tapi tak taulah main google ni sah atau tidak, nanti jadi ustaz google.

hehehehe. takpe bro. kita pegang apa yang kita faham. kecik punya hal. yang penting jangan ada permusuhan antara kita semua hanya hal rokok.:)cgrock
 
aku rasa korang 2 orang dengan bro bluedream sekali sebenarnya dah jumpa 1 point persamaan. raikan perbezaan pendapat.

soo, boleh tak raikan je perbezaan pendapat antara korang? :))

korang 3 orang ni,orang berilmu, dan berkongsi ilmu kat forum. tapi, janganlah keras sangat. takutnya, dikalangan yang membaca, ada setan disebelahnya untuk wujudkan rasa ragu2. tapi, penyampaian korang 3 orang ni masih agak lembutla juga, kalau nak compare dengan thread2 lain. nak baca pun takde selera.

sebagai pembaca setia kepada post2 dari 3 orang berilmu ni, aku tunggu post2 korang lagi. kalau agak2 angin naik 1 badan tu, gi rileks2 dulu ke sebelum post, atau hisap rokok dulu ke.:D:)cgrock

pertama sekali, sy bkn org berilmu, sy cumer cedok dr mrk2 yg lbh berilmu jer...

psl meraikan perbezaan pendpt tuh, kiter mmg nak meraikan pendpt mrk, mmg tuh pon yg ditekankan oleh Syiekh Nuruddin & para ulama non-wahabi...

mlgnyer kiter nak raikan pendpt mrk, mrk plak pijak paler kiter dikaternyer kiter sesat, syirik & hanya lyk dibunuh, perghhgggh menyirap drh sdr...

sama gak ler dgn syiah, selain dr glgan mrk semuanyer adalah nasibi, i.e. anak haram yg hanya lyk dibunuh & dirampas harta mrk...

klu kena kat sdr situasi camnih, blh lg ker nak rai2 bagai??? tentulah mengambil langkah berjaga2 adalah langkah terbaik sekali dlm menghdpi glgan extreme spt ini...

lastly, sy x hisap rokok ler sdr, klu agak2 angin naik satu bdn, sy gi main dgn anak2 jap, x pon minta org rmh tlg urut2kan [bahu jer :D :D :D]...

p/s: الحمد لله setkt nih sy msh tak kater sesaper pon wahabi wlupon bbrp kali diminta sy menuding jari kat individu2 tertentu...
 
Last edited:
baiklah atas permintaan sdr, sy bwkan bbrp dalil dr kitab2 wahabi sendiri...

nih sy berikan kitab Ad-Dinul Kholis, jilid 1, hlm. 140 tulisan Al-Qanuji yg mengatakan syirik kpd glgan lain yg berpegang kpd bermazhab [scanned pages]...
"تقليد المذاهب من الشرك"

"Taqlid terhadap mazhab –madzhab adalah syirik!."
​
nih plak sy berikan kitab Kasyful Syubahat tulisan Syiekh Muhammad Abd Wahab yg menghalalkan drh glgan yg membenarkan tawassul [glgan yg bermazhab ler tuh]...
وأن قصدهم الملائكة أو الأنبياء، أو الأولياء، يريدون شفاعتهم، والتقرب إلى الله بذلك هو الذي أحل دماءهم وأموالهم

"...sekiranya mereka bermaksud inginkan syafaat dan taqarrub dengan [jalan] Malaikat, para Nabi AS dan para wali, maka darah mereka adalah halal untuk ditumpahkan"​
nak lg blh bacer "Inilah Bukti Pengkafiran Wahhabi pada Umat Islam"....

Ini lah masalah enta syeikh.. Enta sampai ke sudah tidak menjelaskan siapa yang dikatakan Wahabi itu.. Enta dan syeikh Nuruddin melabel Wahabi, tapi enta tak boleh clarify siapa Wahabi di Malaysia.. Adakah dengan hanya amik pendapat Ibn Taimiah maka dia Wahabi? Adakah dengan mengambil pendapat Albani maka dia wahabi? Adakah dengan mereka mengambil pendapat Bin Baz maka dia Wahabi?

Sbb tu aku dah buat perbandingan mudah bila berbahas dengan BlueDream.. Apakah pemuja revolusi Iran Khomeini yg berjuang dlm politik, maka sudah layak digelar Syiah?

Apakah jika sekiranya Najib memetik kata kata Obama dan mengucapkannya maka kita terus katakan Najib itu Kafir hanya kerana Obama Kafir?

Pendekatan Muhamad bin Abdul Wahhab semua orang tahu, pendekatannya adalah radikal pada zamannya.. Itu bukan bermakna mereka yg berbeza pendapat dgn enta dalam bab Talqin, Tawassul, Kenduri Arwah, yg mana berkebetulan sama dengan pendapat Muhamad bin Abdul Wahhab maka patutnya digelar Wahabi...

Sebab tu aku tanya sejak dari awal, Apakah CIRI CIRI DAN INDIKATOR UTK LAYAK SESEORANG ITU DILABEL WAHABI.? Sebab tu ada forumer dalam thread ni pening.. Apakah jika dia meninggalkan amalan2 tersebut, maka dia patut digelar Wahabi?

Disini lah yg menyebabkan aku berterusan mengecam cara fikir enta Syeikh Jumat...

Aku sndiri tak bersetuju dengan tindakan radikal Muhamad bin Abdul Wahhab dalam sesuatu perkara,,,Dalam bab tawassul, yg menghalalkan darah kpd yang tidak sealiran dengannya di zamannya, aku pun tak setuju..

Macam di zaman ini di Malaysia, yang radikal adalah syeikh Zamihan Al Ghari.. Siapa tak kenal pendekatan radikalnya yg menyesat kafirkan golongan yg tak sealiran dengannya.. Apakah ini tidak radikal?

Tapi itu tidak bermakna apa yg Ibn Taimiah kata yg ada persamaan dgn Muhammad bin Abdul Wahhab ( Manusia yang hidup lebih awal daripada Muhamad bin Abdul Wahhab) juga mengucapkan perkara sama cthnya, maka dipukul rata Ibn Taimiah Wahabi? Siapa hidup dulu nih? ibn Taimiah ke Muhamad bin Abdul Wahhab?

Begitu juga Zamihan Al Ghari.. Dia yg radikal, tp bukan semua pendapatnya salah.. Aku dah beberapa berjumpa dengannya dan mendengar pendapat pendapatnya,,,ada yg boleh dipersetujui, dan ada yang tidak,,, adakah penyokong dan pembelanya perlu digelar Al Ghariyyun jika ada pendapat yg dipetik daripada nya atau persis pendapatnya?

Aku betul betul tak paham INDIKATOR APA YANG ENTA PAKAI, INDIKATOR APA YANG SYEIKH NURUDDIN PAKAI UNTUK MEMBANTAI ORANG LAIN DENGAN GELARAN WAHABI ITUUU?.Cer jawab maii...

pendpt2 spt ini shj dah cukup utk membuktikan bhw ulama wahabi x meraikan pendpt ulama lain yg x sealiran dgn mrk...

krn jika ulama wahabi meraikan pendpt ulama lain, sy x kater terima, sy kater raikan shj, sdh tentu mrk x akan mengeluarkan pendpt sedemikian...

sy ambil cth syiah yg sama sekali x menerima pendpt para ulama ASWJ melainkan jika terdpt kenyataan2 ulama ASWJ yg menyokong pendirian mrk...

wlu bgimana pon, sesaper yg x sealiran dgn mrk adalah glgan Nasibi yg lyk ditipu, dibunuh & dirampas hartanyer, x jauh beza dr pendpt ulama wahabi kat atas...

Siapa ulama Wahabi? Adus main sedap sedap mulut shj.. Hang sebut di Malaysia ni sudah lah... siapa ulama Wahabi di Malaysia nih? Yang syeikh Nuruddin dok pertegakkan sangat tu..

Berkali kali aku tanya enta syeikh.. Tapi sampai ke sudah enta tak jawab jawab..

ringkasnyer Syiekh Nuruddin x melemparkan tuduhan rambang atau pon membuta tuli ttg glgan wahabi nih...

Pandai enta nak peringkaskan sedangkan siapa Wahabi pun syeikh Nuruddin tak boleh sebutkan,...hehehe

sy percayer Imam Syafie & Imam Malik berhujah dlm kerangkan ilmiah krn mrk x mengkafirkan sesama sendiri & x menghalalkan darah satu dgn yg lain...

tp sy x percaya ulama wahabi berhujah dlm kerangka ilmiah krn bkn shj x meraikan pendpt ulama lain mlh terus menghalalkan drh mrk...

Enta taknak percaya mereka berbincang dalam kerangka Ilmiah, yang ni terserah pada enta syeikh.. yang pasti, ana boleh percaya dengan enta syeikh,. Percaya yang enta jenis Insan yang suka pukul rata.. Mereka amik pandangan Ibn Taimiah pun enta kata Wahabi,, mereka yg amik pendapat syeikh Uthaimin pun enta kata Wahabi... Kadang kadang depa petik terus Hadis Rasulullah s.a.w pun enta bleh kata Wahabi agaknya...Apa susah kan? senang kan? Tak gitu syeikh?

dlm sejarah dah by tercatat bgimana glgan wahabi menganiaya & menindas glgan lain yg x sefhman dgn mrk, sdr pon tahu sejarah nih kan...

Baca sejarah biar dari sudut pro dan kontra,, aku taknak jadi pengfitnah yg hanya dengar sebelah pihak..yg enta cakap tu, dah lama lagu lagu itu dimainkan...berkurun ana da tau syeikh.. cer belek2 dari sumber lain... Mau?. BELEK SINI, TENTU ENTA TERKEJUT BESAR SYEIKH...

SINI


ok sy fhm bg ulama wahabi kater qunut yg dijdkan kelaziman adalah bid'ah, matan qunut yg diambil dr witir jg bid'ah...

bkn spt alasan sdr yg awal kunun ulama wahabi kater qunut hanya bid'ah apabiler ia dianggap wajib, tuh alasan nak cover jer tuh, tp terkantoi lak :D :D :D...

Syeikh, enta ke ana yg kantoi syeikh? Enta yg dok pertikaikan dan pukul rata dari awal dok kata ulama yg enta lazimkan dgn gelaran Wahabi dok kata mereka katakan Bid'ah, sedangkan konteksnya bermaksud melazimi berterusan dan berkenaan matan itu yg bid'ah..:))

So melazimi tu apa maknanya syiekh Jumat? Bukankah bermaksud mewajibkan kalo translate bahasa mudah? Nak aku bagi cth? Ok..

Cthnya : seseorang yg mewajibkan lisannya dengan gelaran Wahabi dan pukul rata kepada golongan lain yg amik pendapat Ibn Taimiah, Bin Baz, Albani hanya atas dasar yg dituduh cenderung kepada pendapat tokoh2 itu, atau mereka yg amik hadis melalui jalur jalur sanad tokoh itu..

Paham tak contoh ana buat tu syekh?

so aderkah mrk yg melazimi qunut & menggunakan matan qunut dr solah witir adalah ahli bid'ah, kafir & halal drh mrk???...

sekali lg jwb dgn jujur...

Meh aku jawab,,, TAK KAFIR.. TAK SESAT..... Kerana jika ikut Imam Nawawi, memang ada Nas Hadis yg disahihkan olehnya maka ia SUNNAH.. tetapi amalan itu menjadi Bid'ah jika mengikut pendapat pendapat lain spt yg enta jelaskan sblm ni..(dah malas copy paste) kerana hadis yg direlatekan daripada Anas berkenaan Qunut itu melalui jalan jalan rawi yg bermasalah, spt ada Illat dan rawi yang kirang dhobit..dan ada juga pendapat lbh lunak, spt pendapat Ibn Qayyim yg mengatakan melaksanakan Qunut itu Sunnah, dan meninggalkannya juga adalah Sunnah..

So?

tepat sekali itu lah kriteria bid'ah yg digunerkan oleh wahabi tanpa kompromi, tanpa tolak ansur sama sekali & straight forward, sbb tuh bg wahabi takder bid'ah hasanah...

jd klu dah fhm hadis mcm tuh, x perlu mrk nak kater buat ayat tambahan SAPE YG BUAT BID'ah, KAPIRR, MASUK NERAKA.....

lg pon mrk mengucapkannyer dgn cara lain spt dalil yg diberikan kat atas, i.e. bertawassul menghalalkan darah pengamalnyer & bermazhab adalah perbuatan syirik...

Tepat? Hahaha,, enta bincang bab Qunut, enta bantai bab Tawassul... Adusss.. Habis bercampur campur syeikh...

Mereka bincang ruang ilmiah berkenaan Bid'ah konteks Hadis berkenaan Bid'ah yg mereka paham... enta pula bincang ruang ilmiah konteks hadis yg sama daripada imam Nawawi yg enta paham.. ... TETAPI YANG PELIKNYA, ENTA mengharapkan agar AMALAN ENTA TERMASUK DALAM AMALAN BID'AH YG MEREKA SEBUTKAN... Bukankah enta berpegang pada hujah Imam Nawawi yang kata adanya Qunut dan ianya Sunnah.? But why enta terasa sangat sangat ni.? Why?

Bukankah itu dalam ruang ilmiah dan menjadi khilaf kalangan ulama?

benar sy mengamalkan bid'ah hasanah, yg sy x puas hati biler ader glgan yg kater sy syirik & menghalalkan darah sy...

sama spt syiah yg menghalalkan drh glgan yg sependpt dgn mrk dlm memuliakan secara melampau Ahlul Bait...

Siapa yang kata enta syirik dan menghalalkan darah enta ni syeikh?enta buat drama ka apa ni?.. Enta dan syeikh Nuruddin pun tak boleh sebut siapa Wahabi di Malaysia yang kata begitu, pi buat wayang soal halal darah dan syirik pula...

Ana rasa, enta syok sendiri ni... Enta sendiri rasa amalan enta bid'ah dholalah...Enta sendiri rasa darah enta halal dan enta sendiri rasa enta lakukan perkara syirik,,,

Soal syok sendiri ni, enta tak boleh salahkan masyarakat sekeliling syeikh ..Andai kita kurang kasih sayang, kita tak berhak salahkan persekitaran kitaa sbg penyebab syeikh..

sy baca post2 kat dlm thread nih pon ader gak yg panas telinga apabila Syiekh Nuruddin kaitan amalan mrk dgn ajaran2 wahabi...

wlupon maksud wahabi itu sendiri adalah bgs ttp mrk msh terasa dgn kater2 Syiekh Nuruddin, mgkn krn reputasi wahabi sendiri yg mmg buruk kot...

tuh baru dikaitkan dgn wahabi, blm lg keempat mazhab fiqh & 2 mazhab tauhid ASWJ menghukum wahabi syirik atau menghalalkan drh mrk...

Amalan mcm mana syekh? Tak baca Qunut, tak talkin, tak kenduri arwah, baca surah Kahfi tak baca yasin, amalan ini ke syiekh? Cer sebut dengan jujurrrrrr... AMALAN APA..?

klu camtuh pasti ader yg mencarut, memaki & melaknat kat dlm post nih, rasa2 akan belaku camtuh x sdr???...

Soal sikap mencarut, takde kaitan dengan ana syeikh... Hehe,,


sekali lg jika teks tuh hanya diucapkan dlm konteks perbincangan ilmiah naper hingga mensyirikkan glgan lain & menghalalkan drh mrk...

sekali lg jg diulang sejarah dah menunjukkan glgan wahabi mmg benar2 berpegang kpd halalnyer drh glgan yg lain dr mrk, mlh penduduk Mekah pon x terkecuali...

Bincang bab Qunut sampai syirikkan orang? Bincang bab baca Yasin sampai halal darah orang? Banyak bebenor tuduhan syeikh.. Makin bertimbun timbun fitnah ana tengok syeikh..

Syeikh, baca balik hujahan ana kat atassss sekali.. Enta tak habis habis bab halal darah, bab syirik mirik ni...

jwban bg #1 yer mmg lucu krn "konteks ilmiah" tuh hanya alasan semata2 utk menyembunyikan ajaran sebenar wahabi yg mengkafirkan & menghalalkan drh glgan lain...

krn Imam Syafie & Imam Maliki pon berbincang dlm kerangkan ilmiah, ader sdr nampak mrk mengkafikan antara satu dgn lain???

jwban bg #2 Mazhab Syafie melazimkan bacaan qunut subuh & menggunakan matan dr solat witr, so sekali lg berani sdr kater mrk kafir & lyk dibunuh???...

jwban bg #3 persoalkan jg kunun semua teks yg membid'ah amalan glgan lain diucapkan dlm konteks ilmiah...

tp dr segi realitinyer sejarah dah mencatatkan brp rmi dah glgan lain kena bunuh dgn glgan wahabi...

aderkah ini ucapan dlm kerangka ilmiah atau mmg doktrin utk menghancurkan glgan yg x sealiran dgn wahabi???...

#1 #2 Yelah syeikh.. Tak habis habis dok cakap bab halal darah...malas dah aku..

#3 Jika Enta tak rasa mereka tak bincang dalam konteks ilmiah, ENTA TAK BERHAK SALAHKAN ORANG LAIN YANG TAK BERFIKIRAN MACAM ENTA SYEIKH DAN MENGANGGAP ITU RUANG ILMIAH.. ..
.. Aku anggap itu ruang ilmiah, krn dengan jelas perbahasan mereka membawakan dalil, mengupas dalam kerangka ilmiah...Sebab tu aku tanya, sape yg makan terlebih cili berlori lori nih sampai terasa terasa nih? :-?

Lagi satu, tindakan enta ana tgk dah jadi semakin radikal, memaksa orang menerima pendapat enta je.. Bersetuju dengan enta je... enta ni WAHABI ke?

Tahzib al Asma’ wa al Lughat tulisan Imam Nawawi...

قال النووي في تهذيب الأسماء واللغات : البدعة في الشرع هي إحداث ما لم يكن في عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم وهي منقسمة إلى حسنة وقبيحة

“Bid’ah dari segi Syara’ ialah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah dan ia terbahagi kepada hasanah (baik) dan qabihah (buruk).”

Nota: Teks ini dipetik dlm byk kitab lain spt Al-Hawi lil Fatawa, Imam Suyuti​

ader bacer x hadis tuh??? ia mengisahkan ttg perbuatan memberi sedekah kpd glgan yg memerlukan, takder kaitan dgn naik unta, naik keldai, naik kuda, aper lg naik basikal :p :p :p...

aderkah memberi sedekah itu x termasuk dlm perkara berkaitan ibadah & merupakan perkara yg sgt2 diglkkan???...

Sekali lagi enta tak paham konteks.. Sesuatu hukum dalam ibadah adalah bermula dengan haram, atau Diam (tawqif) mengikut mazhab syafie, melainkan ada dalil mengatakan sebaliknya...

Ulama Syafi’i berkata mengenai kaedah yang kita kaji saat ini,
اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف
“Hukum asal ibadah adalah tawaqquf (diam sampai datang dalil).” Perkataan di atas disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari (5: 43). Ibnu Hajar adalah di antara ulama besar Syafi’i yang jadi rujukan. Perkataan Ibnu Hajar tersebut menunjukkan bahwa jika tidak ada dalil, maka suatu amalan tidak boleh dilakukan. Itu artinya asal ibadah adalah haram sampai ada dalil yang memerintahkan. Di tempat lain, Ibnu Hajar rahimahullah juga berkata,
أَنَّ التَّقْرِير فِي الْعِبَادَة إِنَّمَا يُؤْخَذ عَنْ تَوْقِيف
“Penetapan ibadah diambil dari tawqif (adanya dalil)” (Fathul Bari, 2: 80).
Ibnu Daqiq Al ‘Ied, salah seorang ulama besar Syafi’i juga berkata,
لِأَنَّ الْغَالِبَ عَلَى الْعِبَادَاتِ التَّعَبُّدُ ، وَمَأْخَذُهَا التَّوْقِيفُ
“Umumnya ibadah adalah ta’abbud (beribadah pada Allah). Dan patokannya adalah dengan melihat dalil”. Kaedah ini disebutkan oleh beliau dalam kitab Ihkamul Ahkam Syarh ‘Umdatil Ahkam.

Soalnya hukum asal kepada memberi sedekah tu haram ke? Bukankah ada dalil bahawa memberi sedekah itu adalah Sunat, malah digalakkan ?

So apakah itu KONTEKS SEBENARR IMAM NAWAWI SEBUTKAN SBG HASANAH ?

Jangan putar belit lagi syeikh...



lg satu, menurut Syiekh Nuruddin jika tlh ijma' para ulama mengatakan sesuatu adalah bid'ah dhalalah maka dhalalah lah ia...

bkn semua bid'ah berkaitan ibadah blh dikategorikan sbg hasanah mahu pun dhalalah, penetapan itu berdsrkan ijma ulama...

jika tiada ijma' ulama maka raikan pendpt yg berbeza tanpa mengkafir & menghalalkan drh sesaper...

jika sdr perhatikan pendpt2 Imam Nawawi yg sdr petik, ader x Beliau mengkafirkan & menghalalkan darah sesaper krn x sependpt dgn Beliau???...

Aku sudah bercakap soal dan ruang khilaf..Malah aku kemukakan daripada Tune Back quote quote enta juga dgn harapan enta paham dengan jelas apa yg enta dok copy paste kan.. Dan itu aku kira, ia dalam soal ruang ilmiah... Tapi enta syeikh Jumat tak anggap itu ruang ilmu..so what can i do? Enta syeikh bersikap radikal dan memaksa macam Wahabi, apakah itu salah ana jika tak terima pendapat enta?

klu sdr kater Imam Nawawi, Imam Syafie, Imam Maliki berbincang dlm kerangka atau konteks ilmiah itu sy percaya 100% tp x ulama wahabi...

Iye lah syeikh.. Makin penat ana dengan enta...


bagus terima kasih atas ilmu baru, jd benarlah qunut subuh ader nasnyer & bkn bid'ah...

Ya.. Kalo enta nak belajar dan mahu belajar dengan buang sikap prejudis, enta akan jumpa kebenaran dan inshaa Allah dapat mengelakkan diri kelembah mengfitnah...

yg bid'ahnyer adalah Imam Nawawi yg berpegang kpd mazhab Syafie melazimkan qunut subuh dgn matan qunut yg diambil dr solat witir...

jd aderkah Imam Nawawi jg pengamal bid'ah, syirik & halal darahnyer??? jwb dgn jujur...

Aku tak paham apa dah jadi dengan enta syeikh Jumat... Agaknya enta betul betul terasa sangat sebagai pengamal Bid'ah jika mengikut pendapat2 yg mengatakan bid'ah dalam isu berterusan melakukan Qunut...?

Aku juga tak paham, aku dah terangkan sblm ni hinggakan enta syeikh, pun paham, yg Imam Nawawi melaksanakan Qunut krn ada nas yg diTASHIHkan nya...aku ingat enta dah paham...tapiiiii....

Jadi mengapa masih timbul soal Bid'ah jika Imam Nawawi anggap ia Sunnah dan bukan Bid'ah?

Soalnya, MENGAPA HANG NAK HERET AKU MELABEL IMAM NAWAWI SEBAGAI BID'AH , SESAT DAN KAPIR SEDANGKAN DALAM ISU QUNUT DISISI IMAM NAWAWI ADALAH SUNNAH.?

Kalo dlm bab Jarah Ta'dil Hadis, orang macam hang boleh digelar sbg muttaham bilkazzab dah atas beberapa isu yang disengajakan kerana sengaja timbulkan kekeliruan,,, sungguh kecewa aku dengan hang syeikh Jumattt...


teks & konteks hanyalah alasan utk menyembunyikan fatwa ulama wahabi yg mensyirikkan & menghalalkan drh mrk yg x sealiran dgn mrk...

Lantak hang lah dengan cara pikir hang yang radikal ini,,,Aku dah malas,,.

terima kasih atas pembetulan, mmg sy maksudkan ijtihad para shbt tetap akan menjd ijtihad serta sunnah para shbt...

ttp ijtihad para shbt x akan sekali2 akan menjd diangkat menjd sunnah Nabi Muhammad SAW...

Ya.. Mengaji lagi dan belajar lagi...jangan main semberono je .. Kang pitnah Sahabt dan Rasul sbb jahil diri sendiri,,, so jangan menghukum kepada perkara yang tak pasti dan hang jahil mengenainya... Buat kajian dulu, jgn guna perkataan PASTI kalo hang sendiri TAK PASTI...



penat yer, takper anggap jer utk berdakwah bg glgan yg sdr yakini di jln yg benar...

sama ader sy terima atau x terima, tuh bkn urusan sdr lg, serahkan kpd qjjl SWT...

lg pon camner sdr tahu sy x menggali dgn berhujah dgn sdr spt skrg nih???...

sy jg doakan perkara yg sama kat sdr & semua umat Islam...

AKU PENAT SEBAB :

1) Aku berhujah dengan orang yang radikal yg hanya mahu dan memaksa supaya menerima corak fikirnya sahaja..

2) ramai di Malaysia hari ini mempunyai pola fikir radikal dalam isu khilafiah sedangkan pendalaman ilmu tidak dilakukan dan hanya mahu jadi jaguh semata mata..

3) Ramai yg suka melabel membuta tuli hanya krn sesetengah amalan Yg tidak dipastikan mengikut orang yg dilabel atau mengikut Sunnah Nabi. Sedangkan diri sendiri pun hafal hadis dua tiga kerat ja..
 
Last edited:
penuh dgn info berguna..tahniah tt

apa yang bergunanya?? banyak lagi benda boleh belajar daripada belajar benda2 "tak perlu bincang" disini..sekarang 2014, bukan zaman unta lagi
 
Kau rasa aku suka pertelingkahan itu cuma perasaanmu saja. Sedang apa yang aku lakukan adalah mengkehendakimu utk menunjukkan ketegasan ilmumu. Salah ker? :D

Kau rasa sudah jawab? Baik aku iyakan saja kau dah jawab persoalan yg bersifat umum pada #173

Sekarang aku lanjutkan ke soalan kedua dan ketiga

soalan 2 :

Adakah orang yg melazimi qunut subuh adalah melakukan bidaah?

A - YA

B - TIDAK


Soalan 3 :

Adakah Pengikut Mazhab Shafie sekitar tempoh 150 H hingga 1328 H melakukan bidaah yg diisyaratkan dalam hadis sebagai sesat, kerana pada ketika itu tidak ada fatwa yg mengatakan Qunut menjadi bidaah jika dilakukan secara berterusan (melazimi qunut subuh) ?

(A) YA

(B) TIDAK


Soalan ke-3 tu bersifat lebih spesifik. Kalau kau rasa soalan tu sama cam yang kau dah jawab pun... apa salahnya kau ulang jawapannya supaya jawapanmu nampak lebih tegas.

Kepada hang Blue Dream, aku sesungguhnya tidak berminat berhujah dengan orang yang mahu menjadi hakim dan penilai kepada hujah hujah sedangkan ruang hujah belum berlaku.. Cara dan sikap enta menilai dan menghukum keilmuan seseorang, iaitu memberikan soalan soalan objektif , hanya dengan bahasa mudah aku nak cakap, iaitu seolah MELETAKKAN DIRI SENDIRI SHJ YANG BENAR, SEOLAH GAH DI KERUSI HAKIM DI MAHKAMAH ..

Aku tak berminat melayan manusia spesis macam enta..maafkan aku.. Wassalam..
 
Antara cara-cara mudah mengenali mereka
samada berfahaman Wahabi ataupun tidak
ataupun terkena sedikit tempias dari
fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid
kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah,
Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas
menyamakan umat Islam kini dengan
musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan
Maturidiyah yang merupakan dua komponen
utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sistem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat
mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa
Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah
Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi
lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir
ayat dan mencerca mereka yang mantakwil
ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak
sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah
dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab
aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas
mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan
yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga
mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui
contohnya membaca salawat syifa dan tafrijiah
dll.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur
terhadap amalan yang mereka tidak persetujui
(Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat
dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat
diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama
Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan
menganggap sesiapa yang berpegang kepada
satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka
akan menyarankan mengikut fiqh campuran
atas corak pemahaman mereka dan
menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga
golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid
dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka
hanya menyeru kepada mengikut seorang alim
atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun
pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil
tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang
sudah lama diperbahaskan oleh para ulama
terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut
subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan
tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para
nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang
pada perbuatan yang mereka tidak setuju.
Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah
sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke
dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada
pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi.
Menurut fahaman mereka pembahagian ulama
lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut
bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan
amalan-amalan tertentu kononnya sebagai
rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para
ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia
cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak
persetujui hanyalah rekaan para ulama
Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat
dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil
yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari
al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka
dapat membuat perbandingan sendiri kuat
lemahnya sesuatu pendapat berdasarkan dalil
yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka
yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama
terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka
sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah
pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan
menerima kebenaran walaupun dibentangkan
beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil
mereka yang menentang mereka semuanya
lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan
masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-
tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti
Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz,
Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin,
Soleh Fauzan dll.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama
terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi
pada urusan aqidah dan fiqh walaupun
hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak
memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas
fahaman mereka lantas menyebabkan
perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah
lembut pada kuffar dan berkeras pada umat
Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa
yang bercanggah dengan mereka serta
melabelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyama-tarafkan hadis dhaif
dengan hadis maudhuk lantas mendakwa
mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain
kritikal terhadap penerimaan riwayat dan
taasub dengan penerimaan atau penolakan
Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada
penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab
lama terutamanya.
 
Antara cara-cara mudah mengenali mereka
samada berfahaman Wahabi ataupun tidak
ataupun terkena sedikit tempias dari
fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid
kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah,
Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas
menyamakan umat Islam kini dengan
musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan
Maturidiyah yang merupakan dua komponen
utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sistem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat
mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa
Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah
Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi
lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir
ayat dan mencerca mereka yang mantakwil
ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak
sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah
dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab
aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas
mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan
yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga
mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui
contohnya membaca salawat syifa dan tafrijiah
dll.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur
terhadap amalan yang mereka tidak persetujui
(Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat
dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat
diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama
Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan
menganggap sesiapa yang berpegang kepada
satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka
akan menyarankan mengikut fiqh campuran
atas corak pemahaman mereka dan
menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga
golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid
dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka
hanya menyeru kepada mengikut seorang alim
atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun
pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil
tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang
sudah lama diperbahaskan oleh para ulama
terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut
subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan
tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para
nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang
pada perbuatan yang mereka tidak setuju.
Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah
sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke
dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada
pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi.
Menurut fahaman mereka pembahagian ulama
lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut
bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan
amalan-amalan tertentu kononnya sebagai
rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para
ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia
cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak
persetujui hanyalah rekaan para ulama
Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat
dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil
yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari
al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka
dapat membuat perbandingan sendiri kuat
lemahnya sesuatu pendapat berdasarkan dalil
yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka
yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama
terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka
sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah
pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan
menerima kebenaran walaupun dibentangkan
beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil
mereka yang menentang mereka semuanya
lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan
masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-
tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti
Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz,
Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin,
Soleh Fauzan dll.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama
terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi
pada urusan aqidah dan fiqh walaupun
hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak
memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas
fahaman mereka lantas menyebabkan
perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah
lembut pada kuffar dan berkeras pada umat
Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa
yang bercanggah dengan mereka serta
melabelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyama-tarafkan hadis dhaif
dengan hadis maudhuk lantas mendakwa
mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain
kritikal terhadap penerimaan riwayat dan
taasub dengan penerimaan atau penolakan
Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada
penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab
lama terutamanya.

:)cgrock hujah terakhir, kesimpulan yg paling mantap. Dah boleh close kalau tak ada lagi perbincangan dari pihak lain.
 
:)cgrock hujah terakhir, kesimpulan yg paling mantap. Dah boleh close kalau tak ada lagi perbincangan dari pihak lain.

:D apa yg paling penting,kta x boleh tuding jari, sy pun pernah buat silap jugak,haha
 
Back
Top
Log in Register