BTC USD 84,354.1 Gold USD 4,151.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Surat Kepada Penyokong BN

Sorry to say... ini merupakan surat paling bodoh yang saya baca. Sampai bila rakyat Malaysia hendak perbodohkan macam ni?

Subsidi dah tak dapat nak tanggung? Lihat profit minyak yang kita dapat pula.. mengapa Kuwait boleh menggunkan hasil minyaknya utk kemudahan rakyat seperti yuran sekolah dan U yang "betul-betul" percuma.

Satu lagi tentang KJ pandai berniaga kemenda? Ramai lagi yang pandai berniaga namun PERCAYALAH beliau menggunakan status menantu PM untuk dapat projek. Kenapa tidak buat open tender? Kebanyakkan projek buat tender tertutup jer, so kautlah keuntungan.

Satu lagi tentang kereta mewah semasa perhimpunan Agong UMNO. Ewah-ewah bangga ek? Kebanyakkan kereta mewah tu MILIK PEMIMIMPIN, sedangkan rakyat naik basikal. Adakah ini adil? Kita pangkah untuk bela nasib rakyat... tapi dok bela nasib sendiri pulak.

Kalau tak mampu makan ayam makan ikan ek? Try pemimpin dulu bertindak macam ni... dah minyak mahal.. apa kata pemimpin dulu naik basikal pergi kerja. Ada berani? Cakap bolehlah.

SEDARLAH! SEDARLAH SEDARLAH!

Rata-rata surat ini supaya kita menacari alternatif lain. Apa kata kita cari alternatif tukar kerajaan.

Simple jer.. sesiapa nak undi BN tu fikir dulu untuk kesenangan Negara. Tolak agama senang ke negara? Berkat ke kita hidup atas bumi Allah ini? Kalau pemimpin tertinggi mereka dah peluk wanita sana-sini... tapi cakap Islah Hadhari. Malu kita... malu sebagai bangsa Melayu...
 
knape? musykil ke? :D yg penting BN mmg the best kompom vote for BN tp tahun ni x sempat daftar... :( :(

Sorry to say... if you bukan muslim abaikan.

Mengapa anda mengundi BN? Anda rasakan mereka bijak mengurus harta negara? Tengoklah sendiri rasuah berleluasa.

Mengapa anda mengundi BN? Anda rasakan pemimpin sekarang berkaliber dan berjiwa rakyat? Sedarlah bahawa BA masih ramai pemimpin yang berkaliber dan berjiwa rakyat. Menteri kelantan memperuntukan 40% gajinya untuk rakyat... ada menteri besar lain buat cam ni?

Mengapa anda mengundi BN? Adakah kerana pembangunan? dan Pembangkan hanya reti bercakap dan terus mundur? Lihat dahulu bagaimana masyarakat kita sekarang... teruk.. jadi eloklah kita mengiku junjungan besar Nabi Muhammad kita dulu dimana... tidak pentingkan pembangunan fizikal tetapi kepada pembangunan rohaniah. Kita baiki manusia dulu barulah kita baiki bangunan dan jalan raya. Simple rite?

Mengapa anda mengundi BN? Adakah negeri Kelantan yang diperintah oleh pembangkan mundur? Sedarlah kelantan hanya mempunyai 12 juta hutang tertunggak dan menduduki negeri terdua kos hutang yang rendah. Walaupun kita hanya ada sumber balak tetapi kerajaan negeri bijak menguruskan wang tak seperti negeri seperti johor yang hutang ratusan juta. Pembangunan juga tidak dapat dilakukan kerana sebelum ini kerjaan menganak tirikan kelantan dlm soal ekonomi kelantan. So, macam mana kelantan nak ada duit? Bukankah sepatutnya kerjaan pusat berikan kelantan wang? Di sarawak... negeri kaya.. kenapa masih ada yang sanggup bunuh diri kerana kemiskinan.. kenapa?

Mengapa anda mengundi BN? Adakah kerana kita berada dalam landasan yang betul? Macam dalam TV cakap tu... Sedarlah kita sudah melencong daripada landasan yang betul.. korupsi banyak berlaku... demokrasi hanya pada atas kertas dan pembangkang langsung tidak diberikan peluang untuk penjelasan apabila diattack. Inilah demokrasi..

entahlah banyak sangat nak cakap... fikir2kanlah.. :)cgrock
 
Aku dapat dari web bahankempen.com...nice to read...and THINK ;)

-----------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Warkah khas untuk semua rakan – rakan ku yang sama – sama menyokong penuh Barisan Nasional pimpinan Pak Lah yang amat dikasihi.

Sesungguhnya surat ini ditulis khas untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada sahabat – sahabat ku semua yang akan mengundi parti Barisan Nasional dalam pilihanraya nanti. Seperti saya juga, Barisan Nasional adalah pilihan utama saya dalam pilihanraya nanti.

Tiada yang lebih baik selain dari Parti Barisan Nasional!

Mengapa perlu kita beri peluang kepada pembangkang? Tak cukupkah lagi segala kemakmuran yang kita nikmati selama ini? Mengapa para pembangkang tidak tahu berterima kasih atas segala kekayaan negara selama ini?

Inilah masa yang paling sesuai bagi kita semua rakyat Malaysia untuk berterima kasih kepada BN atas segala kejayaan – kejayaan yang kita nikmati selama ini.

Cuba kita lihat semula semua hadiah – hadiah BN kepada kita semua semenjak 4 tahun kebelakangan ini. Kalau – kalau lah kawan – kawan semua tak sedar – sedar lagi betapa BN lah yang terbaik.

Ramai yang bising – bising pasal petrol/diesel naik harga. Cuba la pikir sikit, takkan sampai bila – bila kerajaan nak tanggung subsidi. Kan ke penjimatan 4 billion lebih tu untuk tingkatkan pengangkutan awam… untuk kita jugak kan? Memang la peningkatan pengangkutan awam tu kebanyakannya di Lembah Klang dan Pulau Pinang tapi adil la tu. Takkan la orang – orang kat Lipis, kat Bota Kanan, kat Jengka pun nak bas RAPID jugak? Ngkorang kat hulu – hulu tu naik basikal sudah la… sampai jugak kan?

Scomi, company Anak Pak Lah, Kamaluddin, dapat kontrak 120 juta untuk buat badan bas RAPID tu pun ada yang bising. Dah dia pandai meniaga, dapat la kontrak macam – macam. Apa? Korang ingat dia dapat kontrak tu pasal bapak dia PM ke? Mana ada syarat yang kata anak PM boleh dapat kontrak macam – macam.

Baru – baru ni ada ura – ura yang mengatakan minyak nak naik lagi lepas pilihanraya, kita kena sabar la. Sampai bila kerajaan nak tanggung harga minyak ni. Kan ke banyak lagi projek – projek lain yang nak dibuat. Semua tu kan ke nak pakai duit banyak.

Sesetengah orang kata semua projek – projek kerajaan hanya diberikan kepada geng – geng UMNO yang berpengaruh saja. Kalau betul pun dapat kat diorang saja, dah itu rezeki diorang, kita kena redha saja la, tak payah la nak dengki – dengki. Lagipun diorang tu berkebolehan, takkan la kontrak buat bangunan kat K.L nak bagi pada kontraktor kat Jerantut?

Cuba tengok masa perhimpunan agong UMNO baru ni, berapa banyak kereta – kereta mewah kat PWTC. Patutnya kita rasa bangga tengok orang – orang melayu jugak mampu beli kereta mewah yang teramat – amat mahal. Ini menunjukkan yang betapa melayu pun dah maju sekarang ni. Apa? Korang guna kereta Kancil saja? Dah kalau korang tu kerja makan gaji, cukup la kereta kancil pun. Nak buat apa kereta mahal – mahal, orang – orang UMNO yang berpengaruh tu lain la. Diorang tu business. Mesti guna kereta mewah baru la client tengok ada kelas sikit. Kalau korang kerja makan gaji nak bawak kereta mewah nak tunjuk kat sape?

Lagipun kita – kita yang makan gaji ni baik kita simpan duit elok – elok daripada beli benda yang mewah – mewah. Kan ke pemimpin tersayang kita pernah kata, rakyat perlu belajar berjimat – cermat. Nasihat tu menunjukkan betapa prihatinnya mereka kepada kita, kan ke banyak benda – benda dah mahal sekarang ni.

Bahan – bahan makanan naik harga? Bukankah menteri kita yang dikasihi ada kata, “belajar berjimat cermat dan hentikan membeli bahan – bahan makanan yang dinaikkan harga – jalankan hak kita sebagai pengguna” kan ke dah cukup terang tu… boikot saja bahan – bahan makanan yang mahal – mahal.

Ayam naik harga? Makan la ikan. Ikan pun naik harga? Makan la daging. Daging lagi mahal? Makan sayur saja sudah la. Kat depan rumah kan ke ada tanah sikit. Tanam je kangkung, tau tak bahawa kangkung ni cukup senang hidup. Tabur saja biji dia dan biar saja. 20 hari lebih dah boleh kutip. Rumah flat / kondo tak ada tanah? Tanam je dalam pasu pun boleh.

Tepung naik harga pun dah gaduh…. Jangan le makan makanan yang berasaskan tepung. Roti, roti canai, mee, kuetiau, kuih muih, semua tu tak payah makan dah. Makan nasi dengan kangkon je dah cukup…kita orang malaysia makanan asas nasik bukannya tepung.

Ada pulak kakak – kakak dan abang – abang yang jual kuih bising kata kuih tak laku pasal diorang terpaksa naikkan harga dan orang tak mau beli kuih. Laaa…. Kan ke businessman/ businesswomen, pandai – pandai la cari alternatif lain kalau perniagaan tu tak menguntungkan. Jual kangkong pun boleh. Tak pun, jangan la bagi naik harga. Tau la dulu untung kuih seketul 10 sen tapi sekarang jadi untung 3 sen pasal tepung naik harga. Ok la tu untung 3 sen daripada tak ada apa langsung. Ingat senang ke nak dapat untung 3 sen seketul kuih? Belajar – belajarlah bersyukur ye abang – abang dan kakak – kakak semua.

Tol dan minyak nanti akan naik lagi lepas pilihanraya nanti. Jangan le nak marah, tu semua kan ke untuk pembangunan negara. Tahu tak kalau minyak dan tol naik nanti ianya boleh meningkatkan produktiviti negara dan mengurangkan kematian?


Iye lah… bila tol dan minyak naik tinggi, ramai yang dah tak mampu nak balik kampung jumpa mak abah. Jadi bile makin kurang orang drive jauh – jauh maka makin kurang la kemalangan maut dan kalau makin kurang orang balik kampung, maknanya ramai la yang ambil cuti 1-2 hari saja masa perayaan. Kan ke lebih produktiviti tu.

Jadi mak dan abah kat kampung tu kena fahami la dan kena sedia la berkorban untuk negara. Kalau rindu sangat kat cucu di bandaraya tu, tok dan nenek boleh la naik bas pegi melawat anak cucu. Lagi satu, mak dan abah kena faham yang belanja cukup tinggi kalau nak balik kampung jadi kalau takat – takat sakit demam ke, darah tinggi ke, jantung ke, stroke ke, tak payah la nak telefon anak – anak datang jenguk kita. Kalau dah betul – betul nazak sangat – sangat, baru la telefon anak panggil balik tengok muka kita buat kali terakhir.

Orang kata harga minyak boleh diturunkan. Boleh tu boleh tapi mana nak dapat duit untuk projek – projek pembangunan? Kat Kuala Terengganu tu macam – macam nak dibuat lagi… mana cukup duit kalau tak bagi naik harga minyak. Ada yang kata menantu Pak Lah, Khairy Jamaludin (KJ) dah dapat berjuta – juta (ada yang kata berbillion) buat projek macam – macam.

Kita kena faham, kan ke dia baru dapat baby. Takkan korang tak tau belanja untuk baby kecik ni cukup banyak, ntah – ntah korang ni tak ada nak lagi kot? Pampers, susu, mainan, baju, nestum, ubat dan lain – lain semua nak pakai duit banyak. Lagipun agaknya duit juta – juta yang dia dapat tu rezeki baby dia tu.

Ada yang kata KJ ni terlalu berkuasa sampaikan bercita – cita nak jadi PM sebelum mencapai umur 40. Semua orang ada cita – cita masing – masing kan. Korang pun ada cita – cita. Ada yang teringin nak jadi supervisor, ada yang teringin jadi manager, ada yang teringin jadi guru besar. Apa perasan korang kalau orang perlekehkan cita – cita korang tu? Mesti korang kecik hati kan? Jadi jangan la kecikkan hati KJ tu. Kesian kat dia.

Jadi saper korang nak ngundi nanti?


aku undi PAS,PAS,PAS .....sebab aku tak mau ada disco kat sebelah kubur aku kelak.Kau ni sebenarnya buta mata dan hati serta bodoh sombong. Dalam kubur besok bukannya BN/kereta mewah/pak lah/kj/umno boleh tolong kau.Jawablah sendiri.
Kalau kau malaun.Siapa yang nak tolong ringankan seksaan kau kelak. Kalau kau nak tahu cuma ayat AL_QURAN yang dapat menolong kau. Fikirlah sikit jangan fanatik sangat bukan dapat apa pun.tol naik sbb kerajaan guna duit untuk kempen dan bayar malaun macam kau nih.Bukannya majukan negara, perabih duit rakyat saja...perabih beras jer.....lepas tu rakyat kena bayar semua tu.....
Kalau dah di lantik jadi kerajaan mestilah kena buat semua tu ,takkan nak tidurrrrrrrr........saja. Islam mestilah memilih orang Islam menjadi pemimpin.....
 
Last edited:
PRU ni ramai yang nk pangkah pembangkang. Tapi sekarang ni SPR dah buka pintu pagar untuk hantu2 mengundi. :)) Aku harap sangat hantu2 yang masuk ni cukup2 je nk selamatkan calon2 utama Be End, calon2 Be End lain tergolek sebab kalah, tak cukup hantu dah. Aminnn...
 
sungguh syahdu dan terharu...
pengarang mcm siot je..:mad:
 
Aku dapat dari web bahankempen.com...nice to read...and THINK ;)

-----------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Warkah khas untuk semua rakan – rakan ku yang sama – sama menyokong penuh Barisan Nasional pimpinan Pak Lah yang amat dikasihi.

Sesungguhnya surat ini ditulis khas untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada sahabat – sahabat ku semua yang akan mengundi parti Barisan Nasional dalam pilihanraya nanti. Seperti saya juga, Barisan Nasional adalah pilihan utama saya dalam pilihanraya nanti.

Tiada yang lebih baik selain dari Parti Barisan Nasional!

Mengapa perlu kita beri peluang kepada pembangkang? Tak cukupkah lagi segala kemakmuran yang kita nikmati selama ini? Mengapa para pembangkang tidak tahu berterima kasih atas segala kekayaan negara selama ini?

Inilah masa yang paling sesuai bagi kita semua rakyat Malaysia untuk berterima kasih kepada BN atas segala kejayaan – kejayaan yang kita nikmati selama ini.

Cuba kita lihat semula semua hadiah – hadiah BN kepada kita semua semenjak 4 tahun kebelakangan ini. Kalau – kalau lah kawan – kawan semua tak sedar – sedar lagi betapa BN lah yang terbaik.

Ramai yang bising – bising pasal petrol/diesel naik harga. Cuba la pikir sikit, takkan sampai bila – bila kerajaan nak tanggung subsidi. Kan ke penjimatan 4 billion lebih tu untuk tingkatkan pengangkutan awam… untuk kita jugak kan? Memang la peningkatan pengangkutan awam tu kebanyakannya di Lembah Klang dan Pulau Pinang tapi adil la tu. Takkan la orang – orang kat Lipis, kat Bota Kanan, kat Jengka pun nak bas RAPID jugak? Ngkorang kat hulu – hulu tu naik basikal sudah la… sampai jugak kan?

Scomi, company Anak Pak Lah, Kamaluddin, dapat kontrak 120 juta untuk buat badan bas RAPID tu pun ada yang bising. Dah dia pandai meniaga, dapat la kontrak macam – macam. Apa? Korang ingat dia dapat kontrak tu pasal bapak dia PM ke? Mana ada syarat yang kata anak PM boleh dapat kontrak macam – macam.

Baru – baru ni ada ura – ura yang mengatakan minyak nak naik lagi lepas pilihanraya, kita kena sabar la. Sampai bila kerajaan nak tanggung harga minyak ni. Kan ke banyak lagi projek – projek lain yang nak dibuat. Semua tu kan ke nak pakai duit banyak.

Sesetengah orang kata semua projek – projek kerajaan hanya diberikan kepada geng – geng UMNO yang berpengaruh saja. Kalau betul pun dapat kat diorang saja, dah itu rezeki diorang, kita kena redha saja la, tak payah la nak dengki – dengki. Lagipun diorang tu berkebolehan, takkan la kontrak buat bangunan kat K.L nak bagi pada kontraktor kat Jerantut?

Cuba tengok masa perhimpunan agong UMNO baru ni, berapa banyak kereta – kereta mewah kat PWTC. Patutnya kita rasa bangga tengok orang – orang melayu jugak mampu beli kereta mewah yang teramat – amat mahal. Ini menunjukkan yang betapa melayu pun dah maju sekarang ni. Apa? Korang guna kereta Kancil saja? Dah kalau korang tu kerja makan gaji, cukup la kereta kancil pun. Nak buat apa kereta mahal – mahal, orang – orang UMNO yang berpengaruh tu lain la. Diorang tu business. Mesti guna kereta mewah baru la client tengok ada kelas sikit. Kalau korang kerja makan gaji nak bawak kereta mewah nak tunjuk kat sape?

Lagipun kita – kita yang makan gaji ni baik kita simpan duit elok – elok daripada beli benda yang mewah – mewah. Kan ke pemimpin tersayang kita pernah kata, rakyat perlu belajar berjimat – cermat. Nasihat tu menunjukkan betapa prihatinnya mereka kepada kita, kan ke banyak benda – benda dah mahal sekarang ni.

Bahan – bahan makanan naik harga? Bukankah menteri kita yang dikasihi ada kata, “belajar berjimat cermat dan hentikan membeli bahan – bahan makanan yang dinaikkan harga – jalankan hak kita sebagai pengguna” kan ke dah cukup terang tu… boikot saja bahan – bahan makanan yang mahal – mahal.

Ayam naik harga? Makan la ikan. Ikan pun naik harga? Makan la daging. Daging lagi mahal? Makan sayur saja sudah la. Kat depan rumah kan ke ada tanah sikit. Tanam je kangkung, tau tak bahawa kangkung ni cukup senang hidup. Tabur saja biji dia dan biar saja. 20 hari lebih dah boleh kutip. Rumah flat / kondo tak ada tanah? Tanam je dalam pasu pun boleh.

Tepung naik harga pun dah gaduh…. Jangan le makan makanan yang berasaskan tepung. Roti, roti canai, mee, kuetiau, kuih muih, semua tu tak payah makan dah. Makan nasi dengan kangkon je dah cukup…kita orang malaysia makanan asas nasik bukannya tepung.

Ada pulak kakak – kakak dan abang – abang yang jual kuih bising kata kuih tak laku pasal diorang terpaksa naikkan harga dan orang tak mau beli kuih. Laaa…. Kan ke businessman/ businesswomen, pandai – pandai la cari alternatif lain kalau perniagaan tu tak menguntungkan. Jual kangkong pun boleh. Tak pun, jangan la bagi naik harga. Tau la dulu untung kuih seketul 10 sen tapi sekarang jadi untung 3 sen pasal tepung naik harga. Ok la tu untung 3 sen daripada tak ada apa langsung. Ingat senang ke nak dapat untung 3 sen seketul kuih? Belajar – belajarlah bersyukur ye abang – abang dan kakak – kakak semua.

Tol dan minyak nanti akan naik lagi lepas pilihanraya nanti. Jangan le nak marah, tu semua kan ke untuk pembangunan negara. Tahu tak kalau minyak dan tol naik nanti ianya boleh meningkatkan produktiviti negara dan mengurangkan kematian?


Iye lah… bila tol dan minyak naik tinggi, ramai yang dah tak mampu nak balik kampung jumpa mak abah. Jadi bile makin kurang orang drive jauh – jauh maka makin kurang la kemalangan maut dan kalau makin kurang orang balik kampung, maknanya ramai la yang ambil cuti 1-2 hari saja masa perayaan. Kan ke lebih produktiviti tu.

Jadi mak dan abah kat kampung tu kena fahami la dan kena sedia la berkorban untuk negara. Kalau rindu sangat kat cucu di bandaraya tu, tok dan nenek boleh la naik bas pegi melawat anak cucu. Lagi satu, mak dan abah kena faham yang belanja cukup tinggi kalau nak balik kampung jadi kalau takat – takat sakit demam ke, darah tinggi ke, jantung ke, stroke ke, tak payah la nak telefon anak – anak datang jenguk kita. Kalau dah betul – betul nazak sangat – sangat, baru la telefon anak panggil balik tengok muka kita buat kali terakhir.

Orang kata harga minyak boleh diturunkan. Boleh tu boleh tapi mana nak dapat duit untuk projek – projek pembangunan? Kat Kuala Terengganu tu macam – macam nak dibuat lagi… mana cukup duit kalau tak bagi naik harga minyak. Ada yang kata menantu Pak Lah, Khairy Jamaludin (KJ) dah dapat berjuta – juta (ada yang kata berbillion) buat projek macam – macam.

Kita kena faham, kan ke dia baru dapat baby. Takkan korang tak tau belanja untuk baby kecik ni cukup banyak, ntah – ntah korang ni tak ada nak lagi kot? Pampers, susu, mainan, baju, nestum, ubat dan lain – lain semua nak pakai duit banyak. Lagipun agaknya duit juta – juta yang dia dapat tu rezeki baby dia tu.

Ada yang kata KJ ni terlalu berkuasa sampaikan bercita – cita nak jadi PM sebelum mencapai umur 40. Semua orang ada cita – cita masing – masing kan. Korang pun ada cita – cita. Ada yang teringin nak jadi supervisor, ada yang teringin jadi manager, ada yang teringin jadi guru besar. Apa perasan korang kalau orang perlekehkan cita – cita korang tu? Mesti korang kecik hati kan? Jadi jangan la kecikkan hati KJ tu. Kesian kat dia.

Jadi saper korang nak ngundi nanti?


MALAS NK BACA TULISAN BUDAK JOH 3.....
 
katakhijau...taknak reply surat nie ker?
 
betul kate pnulis tu..kalau gndum naik jgn makan gndum , daging naik makan ayam , ayam naik makan ikan .. ikan naik .. makan jela ubi kayu cam zaman jepun lu tu:p ... ade yg seyes2 reply post pnulis marah2.. ala , kan kat bawah pnulis dah cakap hang nak undi sapa tserah kat hang . pikir sndiri:D ..
 
knape? musykil ke? :D yg penting BN mmg the best kompom vote for BN tp tahun ni x sempat daftar... :( :(

weh bukan daftar ni sekali je seumo hidup..nak kena daftar tiap2 kali PRU ker
 
Back
Top
Log in Register