BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyokong BN, PAS mungkin kecewa Wawasan tanding Sikamat, kata Tun Faisal

afwan83

Active+ Member
Messages
3,226
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,226
Reaction score
12
Points
25

Penyokong BN, PAS mungkin kecewa Wawasan tanding Sikamat, kata Tun Faisal​

c2cd4a9b-calon-bersatu-dun-sikamat-tun-faisal-ismail-aziz-fmt-21726.jpg

Tun Faisal Ismail Aziz mengakui keputusan parti itu bertanding menggunakan logo sendiri menyebabkan kempen mereka menjadi lebih mencabar.

Katanya, keadaan itu berpotensi memberi kelebihan kepada Bersatu pada pilihan raya Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.

Ketua Penerangan Bersatu itu menyifatkan pertandingan tiga penjuru di Sikamat masih terbuka.

Beliau mendakwa rasa tidak puas hati pengundi terhadap kerajaan negeri sebelum ini, selain keputusan gabungan BN-Perikatan Nasional (PN) dalam menentukan calon, membuka peluang kepada Bersatu.

“Dalam PN, sepatutnya BN bertanding di sini, tetapi kerusi ini diberikan kepada PAS dan kemudiannya kepada Wawasan.

“Saya tidak fikir Wawasan mempunyai cawangan atau bahagian di sini. Jentera pilihan rayanya juga mungkin perlu bergantung kepada BN dan PAS.

“Mereka dalam BN dan PAS yang mahu bertanding mungkin kecewa kerana tidak diberikan peluang,” katanya.

Tun Faisal turut mengakui keputusan Bersatu menggunakan logo sendiri, bukannya logo PN, menyebabkan kempen parti itu menjadi lebih mencabar.

“Sebelum ini, kami hanya perlu memberitahu pengundi bahawa kami bersama PN.

“Sekarang, kami perlu menjelaskan bahawa kami ialah parti pimpinan Muhyiddin Yassin, sebuah parti Melayu-Islam, serta sebab kami bertanding secara berasingan,” katanya.

Beliau berkata, ada pengundi yang menyangka Bersatu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana logo kedua-dua parti menggunakan warna merah.

Bersatu yang ditubuhkan 10 tahun lalu tidak pernah bertanding menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya umum, pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil.

Tun Faisal berkata, keputusan Bersatu bertanding di 24 kerusi bertujuan membuktikan parti itu mampu menjadi pilihan selain PH dan gabungan BN-PN.

Katanya, PH juga mungkin berdepan cabaran selepas Menteri Besar Aminuddin Harun berpindah bertanding di kerusi lain, sekali gus memaksa gabungan itu mengetengahkan calon baharu di Sikamat.

Tun Faisal berdepan calon PH, Nor Azman Mohamad, dan Razali Abu Samah dari PN, dalam pertandingan tiga penjuru bagi kerusi Sikamat.

Beliau berkata, Bersatu memilih untuk bertanding di Sikamat selepas menilai keputusan pilihan raya terdahulu serta maklum balas pengundi.

Menurutnya, antara isu utama dibangkitkan penduduk ialah peluang pekerjaan yang terhad, kekurangan rumah mampu milik, kemudahan infrastruktur yang semakin usang dan penyelenggaraan yang lemah.
 
Back
Top
Log in Register