BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tun Faisal gesa komponen sokong calon PN, bukan BN

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Tun Faisal gesa komponen sokong calon PN, bukan BN​

55ad3456-tun-faisal-ismail-aziz-fbpic-210626.jpg

Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz berkata kemenangan semua calon guna logo PN tidak kira parti mana ialah kemenangan gabungan itu. (Gambar Facebook)

Ketua penerangan Bersatu mendakwa, sokongan terhadap calon BN serupa sokong kerajaan perpaduan sedia ada.

“Lebih-lebih lagi dalam keadaan (Pengerusi) BN Zahid Hamidi menegaskan bahawa jika BN diberi mandat (di Johor), pendirian mereka akan selari dengan pendirian kerajaan (pusat) PH-BN… menjelaskan bahawa undi BN, sama seperti undi Anwar (Ibrahim), DAP dan PH.

“Ini mengukuhkan lagi justifikasi dan sebab kenapa parti-parti anggota PN perlu memberikan sokongan penuh kepada semua calon PN dan bukan BN,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengarahkan ahli dan penyokong parti itu mengundi calon Umno-BN, bukan Pakatan Harapan di kerusi tidak ditandingi PN.

Tun Faisal menegaskan komitmen dan kesetiaan Bersatu terhadap PN, justeru akan menyokong semua calon yang bertanding menggunakan logo gabungan itu.

“PN bertanding sebagai satu entiti. Kemenangan semua calon yang menggunakan logo PN, termasuk dari Pejuang adalah kemenangan PN.

“Sebagai pemimpin parti anggota dalam PN, ‘brand loyalty’ ini perlu jelas agar kemenangan PN dapat dimaksimumkan,” katanya.

Pada PRN Johor kali ini PAS bertanding di 11 kerusi, Bersatu (16), MIPP (5) dan Pejuang (1), manakala BN serta PH masing-masing meletakkan calon di semua 56 DUN.
 
Back
Top
Log in Register