BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadi, Asyraf berarak iring calon PN-BN di Jempol

afwan83

Active+ Member
Messages
3,226
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,226
Reaction score
12
Points
25

Hadi, Asyraf berarak iring calon PN-BN di Jempol​

28a23753-asyraf-wajdi-n-hadi-awang-negeri-sembilan-nomination-180726.jpg

Presiden PAS Hadi Awang dan Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berarak mengiringi calon ke ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol.

Antara pemimpin PN yang hadir Presiden PAS Hadi Awang, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Awang Hashim, Shahidan Kassim dan Sanusi Nor.

BN pula diwakili Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, Abdul Rahman Mohamad, Ramli Mohd Nor dan Zahida Zarikh Khan.

Penyokong PN dan BN mula berkumpul seawal 7 pagi sebelum berarak mengiringi calon masing-masing sebaik sahaja pusat penamaan calon dibuka kira-kira 9 pagi.

Sementara itu, antara pemimpin PH yang hadir ialah Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil selain pemimpin DAP Teo Nie Ching dan Tan Kok Wai.

Bagi DUN Serting, dijangka berlaku pertandingan tiga penjuru menyaksikan penyandang Fairuz Isa (PN), berdepan Yaacob Mahmood (PH) dan Muhammad Noraffendy Mohd Salleh (Bersatu).

Di Palong, pertandingan tiga penjuru dijangka melibatkan penyandang Mustapha Nagoor (BN), yang akan dicabar Zahin Zinal Abidin (PH) dan Rebin Birham (Bersatu).

Sementara itu, di Jeram Padang dijangka menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan penyandang Zaidy Abdul Kadir (BN), G Manivannan (PH), R Sri Sanjeevan (Bersatu) dan Dayana Dal (Parti Asli).

Di Bahau pula, pertandingan satu lawan satu dijangka berlangsung antara penyandang Teo Kok Seong (PH), dan Chong Fui Ming (BN).

PRN Negeri Sembilan bakal menyaksikn pertembungan PH, Bersatu dan BN-PN.

PH akan bertanding di semua 36 DUN, sementara BN-PN masing-masing 25 dan 11 kerusi, sementara Bersatu yang menggunakan lambang sendiri bertanding 24 kerusi sekali gus bertembung sesama sendiri dengan sekutu dalam PN.
 
Back
Top
Log in Register