BTC USD 84,141.7 Gold USD 4,132.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sunnah-sunnah Di Hari Raya

Ni bersumberkan Ensiklopedia Solat karangan bekas Mufti Wilayah Persekutuan (Hj Md Hashim Yahya).

Ulama fiqah berbeza pendapat dalam menetapkan hukum solat ini sama ada fardu kifayah, wajib, atau sunat muakkad. Mazhab Hambali menghukumkannya sbg fardu kifayah, sedangkan Hanafi mewajibkannya kepada sesiapa sahaja yang diwajibkan kepada sesiapa sahaja yang diwajibkan ke atas mereka solat Jumaat.

Bagaimanapun, Mazhaf Syafie dan Maliki menghukum solat sunat hari raya sebagai sunat Muakkad

Since Malaysia berpegang dengan mazhab Syafie, jd elok kita ikut je hukumnya iaitu Sunat Muakkad.
 
Ni bersumberkan Ensiklopedia Solat karangan bekas Mufti Wilayah Persekutuan (Hj Md Hashim Yahya).

Since Malaysia berpegang dengan mazhab Syafie, jd elok kita ikut je hukumnya iaitu Sunat Muakkad.

ni masalahnya dgn org kita kt malaysia.... just follow je mazhab imam Shafie sbb alim-ulamak kt Malaysia ckp mcm tu, btw tuan ada baca tak sikit2 al umm/al risalah (kitab karangan imam Shafie) ?

saya tolong petikkan sedikit tulisan beliau:

" Barangsiapa yang bertaqlid pada mengharamkan sesuatu atau menghalalkan sesuatu dan jelas taqlidnya itu berlawanan dengan hadith dan kerana taqlidnya itu menyebabkan dia dilarang atau menyekatnya dari beramal dengan sunnah maka sesungguhnya dia telah mengambil orang yang ditaqlidnya itu sebagai tuhan selain dari Allah swt ."

kerana

"Jika sahih sesuatu hadith maka itulah mazhabku (peganganku)"

dan juga

" Setiap Hadith dari Nabi Salallahulaihiwasalam itulah sebenarnya pendapat aku cuma sahaja mungkin kamu tidak mendengarkannya dari aku."

so back to basic : bacalah & fahami kitab2 hadis yg sahih (Bukhari/Nawawi/Muslim etc)... kita akan temui byk perkara yg Nabi buat yg kita tak buat & yg Nabi SAW tak buat/atau haramkan yg kita suka sgt nk buat ...

semua bermula dgn diri kita utk belajar & beramal dgn perkara yg sebenar2 sunnah bukan bidaah & kalu tak faham atau keliru boleh saja rujuk guru2 yg mengajar sunnah
 
nampaknya imam syafie telah tersalah dalam menfatwakan sunat muaakad solat hari raya.....??????

????
 
tuan, sy pasti Imam syafie sendiri dah merujuk kpd ramai guru dan kitab sblm mengeluarkan hukum solat hari raya tu. xkan nak lawan imam syafie? atau mungkin tuan berpegang dengan mazhab Hanafi?
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Di Hari Raya

عَنْ حَفْصَةَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ

Daripada Hafshah RA daripada Ummu Athiyyah berkata, "Pada hari Raya Eid kami diperintahkan untuk keluar sehingga kami mengajak anak-anak gadis dari biliknya dan juga para wanita yang sedang haid. Mereka duduk di belakang barisan laki-laki dan mengucapkan takbir mengikuti takbir laki-laki, dan berdoa mengikuti doanya laki-laki dengan mengharap barakah dan kesucian hari raya tersebut." (Sahih Bukhari No: 298) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Hari Raya Eid Fitri perlu disambut dengan kegembiraan bersama seluruh isi keluarga

2. Antara amalan yang diperintahkan oleh Rasulullah kepada para sahabat pada pagi hari raya ialah bersama anak isteri (walaupun dalam haid) untuk sama-sama berada di tempat perhimpunan seluruh kaum muslimin.

3. Setiap lelaki dan wanita Islam diperintahkan bertakbir dan turut sama berdoa (walaupun dalam keadaan haid).

4. Antara amalan lain Rasulullah di pagi hari raya adalah bersedekah.
Rasulullah bersabda:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَجَعَلْنَ يُلْقِينَ تُلْقِي الْمَرْأَةُ خُرْصَهَا وَسِخَابَهَا

Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW melaksanakan solat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat dan tidak solat sebelum atau sesudahnya. Kemudian baginda mendatangi para wanita dan memerintahkan mereka untuk bersedekah. Maka para wanita memberikan sedekah hingga ada seorang wanita yang memberikan anting dan kalungnya." (Sahih Bukhari No: 921). Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

5. Saling bersedekah sebagai tanda keperihatinan terhadap orang yang kurang berada terutama ketika kita bergembira dengan pelbagai juadah raya. Teruskan sumbangan kita walaupun sebaik-sebaik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan. Dengan sedekah yang diberi akan menggembirakan orang lain. Termasuklah pemberian duit raya kepada orang yang lemah serta kanak-kanak.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#RamadanAkuKembaliMendambaRedhaIlahi
#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

20hb April 2023
29hb Ramadan 1444H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ucapan Apabila Bertemu Di Hari Raya

فعن جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ : كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اِلْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيدِ يَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك . قال الحافظ : إسناده حسن .

Daripada Jubair bin Nufair, ia berkata bahawa jika para sahabat Rasulullah SAW berjumpa dengan hari Aidil (Edul Fitri atau Edul Adha), satu sama lain saling mengucapkan, “Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).” Al-Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahawa sanad hadits ini hasan.

قَالَ:لَقِيتُ وَاثِلَةَ يَوْمَ عِيدٍ فَقُلْتُ: تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ فَقَالَ: نَعَمْ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ.

Berkata Wathilah: Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka" (Semoga Allah menerima amalan [amalan dan ibadat di Ramadhan] kami dan kamu), baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" HR Tobrani No: 17589

Pengajaran:

1. Antara amalan yang dituntut pada hari raya ialah saling doa mendoakan apabila bertemu.

2. Ucapan yang disunatkan ketika bertemu sesama muslim ialah

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ

3. Saling ziarah menziarahi

Berziarah dan merapatkan ukhuwwah sesama Muslim dituntut.

Nabi SAW pernah bersabda :

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Barang siapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya. (Sahih Bukhari No: 1961) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Moga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan dan meredai kita sepanjang masa. Moga dipertemukan pada ramadan tahun akan datang.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#RamadanAkuKembaliMendambaRedhaIlahi
#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

21hb April 2023
30hb Ramadan 1444H
 
IMG_20230421_164607_595.jpg

8 Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

1️⃣ Menghidupkan malam
2️⃣ Mandi Sunat
3️⃣ Mengemaskan diri
4️⃣ Memperbanyakkan Takbir
5️⃣ Memakai pakaian yang terbaik
6️⃣ Berwangi-wangian dan berhias
7️⃣ Bersarapan
8️⃣ Menunaikan Solat Hari Raya

Semoga bermanfaat dan sama-sama kita amalkan sunnah ini.
 
Back
Top
Log in Register