BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Sulong Chalil" Selamat Dipindahkan Ke Taman Negara Terengganu - Perhilitan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201
421957-421957.jpg


Gajah jantan yang dikenali sebagai Sulong Chalil, yang sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas berjalan di sepanjang Jalan Raya Timur-Barat dengan kaki hadapan yang cedera, dilaporkan telah dipindahkan ke kawasan Tasik Kenyir.


Sebelum ini Sulong dipercayai dipindahkan dari kawasan Chalil, Gua Musang ke kawasan hutan di Gerik bagi mengurangkan konflik antara gajah dengan manusia.
Namun selepas itu, Sulong kembali muncul di JRTB Gerik-Jeli dan mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Kini, kalau benar Sulong sudah ditempatkan di kawasan Kenyir, semoga inilah tempat dia boleh hidup dengan lebih tenang.

Tasik Kenyir mempunyai kawasan tadahan yang sangat luas, kira-kira 260,000 hektar, dengan hutan hujan tropika yang kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna.
Kawasan ini juga mempunyai jaringan hutan dan koridor ekologi yang penting untuk hidupan liar.

Bagi seekor gajah seperti Sulong, hutan yang luas bermakna ada ruang untuk berjalan, mencari air, mencari makanan dan menjalani rutin semula jadi tanpa perlu terlalu hampir dengan jalan raya dan penempatan manusia.

Gajah bukan haiwan yang duduk diam di satu tempat.

Ia memerlukan kawasan yang luas untuk bergerak mencari makanan, air dan tempat berlindung.
WWF-Malaysia sendiri menegaskan bahawa gajah memerlukan landskap hutan yang luas dan bersambung supaya dapat bergerak dengan selamat antara habitat.

Jadi, semoga Sulong tidak lagi perlu berjalan di tepi jalan.

Tak perlu lagi kita lihat dia melintas lebuh raya.
Tak perlu lagi orang ramai berhenti mengejar untuk mengambil gambar.
Tak perlu lagi dia berdepan kenderaan dan manusia setiap hari.

Biarlah Sulong menjadi Sulong yang sebenar.
Seekor gajah liar yang bebas hidup di dalam hutan.

Moga di habitat baharunya nanti, makanan cukup, air cukup, hutan luas dan tiada lagi konflik dengan manusia.

Dan yang paling penting…

Moga kaki Sulong terus sembuh.
Moga dia panjang umur.
Moga hidupnya selepas ini lebih tenang dan lebih gembira.

Selamat datang ke rumah baharu, Sulong.

Kita manusia ada rumah kita.
Biarlah gajah juga mempunyai hutan yang boleh dipanggil rumahnya.

#SulongChalil #GajahMalaysia #TasikKenyir #HidupanLiar #Perhilitan #KonservasiGajah #BanjaranTitiwangsa #SayangiHidupanLiar
 

"Sulong Chalil" Selamat Dipindahkan Ke Taman Negara Terengganu - Perhilitan​

f5fd7e4b4b9d798d4b681512d7189a126a8efbb221f2e

Gambar perkongsian awam di media sosial menunjukkan ‘Sulong Chalil’ berkeliaran sendirian di tepi Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

Seekor gajah liar jantan yang dikenali sebagai “Sulong Chalil” telah dipindahkan ke Taman Negara Terengganu melalui pintu masuk Tasik Kenyir, kawasan habitat hutan semula jadi yang sesuai untuk gajah liar, hari ini.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia dalam kenyataan memaklumkan jabatan itu telah melaksanakan pemantauan dan usaha menyelamat, dengan pemindahan tersebut bertujuan menyediakan persekitaran lebih selamat serta mengurangkan risiko konflik dengan manusia dan kemalangan jalan raya.

Perhilitan turut menegaskan kebajikan Sulong serta keselamatan orang awam dan anggota operasi sentiasa menjadi keutamaan dengan setiap tindakan dilaksanakan berdasarkan penilaian keadaan di lapangan bagi memastikan risiko kepada semua pihak dapat diminimumkan.

"Perhilitan merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat serta orang ramai atas kerjasama dan sokongan yang diberikan," menurut kenyataan itu.

Jabatan itu memaklumkan sejak 17 Ogos lepas, pihak Perhilitan telah memantau rapi pergerakan dan keadaan fizikal Sulong termasuk kecederaan yang direkodkan pada kaki kanan.

Perhilitan memaklumkan sebagai gajah jantan dewasa, pergerakan Sulong secara bersendirian merupakan tingkah laku semula jadi dan bukannya penanda bahawa gajah itu terpisah daripada kumpulan atau sedang mencari keluarganya.

Jabatan itu memaklumkan selepas menilai aspek keselamatan, lokasi dan tahap kesihatan Sulong, operasi menangkap semula telah berjaya dilaksanakan pada 30 Ogos lepas di kawasan Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik.

"Seterusnya pada 1 Sept 2026, proses pemindahan Sulong dijalankan oleh Perhilitan dengan sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bantuan dua ekor gajah denak, Rambai dan Cheri.

"Sepanjang operasi berlangsung, Sulong sentiasa menerima pemantauan dan rawatan veterinar. Kecederaan pada kaki kanannya kini menunjukkan perkembangan positif dan rawatan susulan akan diteruskan mengikut penilaian Pegawai Veterinar," menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register