Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,560
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,560
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
03.06.2025 - Suhu permukaan jalan raya di utara China kini mencecah 70 darjah Celsius, menandakan permulaan musim panas terik. Suhu tinggi mula dirasai di beberapa kawasan seperti Central Valley, California dan Sepanyol, dengan suhu mencecah lebih 37°C. Menurut pakar iklim UCLA, Dr. Daniel Swain, musim panas tahun ini berpotensi memecah rekod suhu global. Cuaca panas terik dijangka memberi tekanan kepada grid elektrik, merosakkan tanaman, menaikkan harga tenaga, serta meningkatkan risiko kebakaran hutan, seperti yang berlaku di Alberta, Kanada.
Dianggarkan kerugian tahunan akibat haba melampau boleh mencecah AS$200 bilion di AS menjelang 2030. Tiga benua di Hemisfera Utara – Amerika Utara, Eropah dan Asia – dijangka mengalami kesan ketara akibat perubahan iklim, termasuk risiko hujan lebat dan banjir kerana atmosfera lebih panas menyimpan lebih kelembapan. Suhu laut yang meningkat di Atlantik juga boleh menyebabkan musim taufan yang lebih ganas. Ketiadaan El Nino bererti lebih banyak ribut mungkin terbentuk, termasuk di kawasan penting industri minyak dan gas. Sejak 1959, peningkatan suhu panas ketara direkodkan di Eropah, Pasifik barat laut, timur laut Kanada, Mexico, Afrika dan Timur Tengah.
Berita asal https://www.buletintv3.my/dunia/suhu-di-china-cecah-70-darjah-celsius/
Berita asal https://www.buletintv3.my/dunia/suhu-di-china-cecah-70-darjah-celsius/