BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Haji: Suhu Melebihi 40 Darjah Celsius Dijangka Uji Ketahanan Jemaah Di Arafah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141
fc1b0278b9116d503c8049f20d0c0d5e69ec8b4d382d2


Cuaca panas dengan suhu dijangka melebihi 40 darjah Celsius sepanjang musim haji tahun ini, berpotensi menguji ketahanan fizikal jemaah khususnya ketika kemuncak ibadah di Arafah.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata keadaan cuaca panas melampau itu, boleh meningkatkan risiko kesihatan seperti dehidrasi dan strok haba sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.

“Jemaah perlu bersedia menghadapi suhu tinggi dengan memastikan pengambilan air mencukupi serta mengehadkan aktiviti luar yang tidak perlu, ketika waktu puncak panas.

“Dalam keadaan suhu yang boleh mencecah lebih 40 darjah Celsius, jemaah perlu lebih peka terhadap tahap kesihatan masing-masing bagi memastikan ibadah dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Jemaah Haji Malaysia KT01 di Mekah bagi Musim Haji 1447/2026 pada Khamis.

Beliau turut mengingatkan jemaah supaya segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom seperti pening, loya, keletihan melampau atau kekeliruan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.

Musim haji 2024 telah merekodkan antara suhu tertinggi dalam sejarah, dengan bacaan mencecah 51.2 darjah Celsius, sekali gus memberi gambaran jelas mengenai tahap cuaca panas ekstrem yang dihadapi jemaah.

 
Back
Top
Log in Register