BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jeli Turut Alami Cuaca Sejuk, Suhu Serendah 19 Darjah Celsius

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
67b4ec14fedc0974d909bd60f30e534469796f94de220

Dr Siti Hajar Ya’acob

Suhu sejuk serendah 19 darjah Celsius yang dirasai penduduk di daerah Jeli kebelakangan ini merupakan kejadian bermusim dan masih dalam julat suhu yang pernah direkodkan, kata Pensyarah Kanan Fakulti Sains Bumi (FSB) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Dr Siti Hajar Ya'acob.

Beliau berkata penurunan suhu itu dipengaruhi oleh Monsun Timur Laut yang sedang aktif, yang membawa aliran udara lebih sejuk dari tanah besar Asia ke rantau ini.

Siti Hajar berkata keadaan langit yang lebih cerah pada waktu malam turut menyumbang kepada proses penyejukan semula jadi, khususnya di kawasan pedalaman.

"Daerah Jeli yang terletak berhampiran Banjaran Titiwangsa mempunyai altitud lebih tinggi berbanding kawasan pantai menjadikannya lebih terdedah kepada suhu minimum yang rendah, terutama pada awal pagi.

"Walaupun suhu sekitar 19 darjah Celsius dianggap rendah bagi negeri Kelantan, ia masih dalam julat variasi cuaca yang pernah direkodkan, khususnya semasa tempoh monsun kuat," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Siti Hajar berkata keadaan itu bukan luar biasa dan pernah terjadi dalam beberapa episod cuaca tertentu sebelum ini dengan unjuran semasa menunjukkan ia akan berlaku secara sementara antara beberapa hari hingga satu atau dua minggu, bergantung kekuatan monsun dan perubahan sistem atmosfera setempat.

"Cuaca sejuk berkenaan boleh menyebabkan ketidakselesaan ringan serta meningkatkan risiko selesema dan masalah pernafasan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas," katanya.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya memakai pakaian yang bersesuaian, mengurangkan pendedahan kepada udara sejuk pada awal pagi serta menjaga kesihatan dan hidrasi.

"Dalam sektor pertanian, suhu yang lebih sejuk boleh memberi kesan bercampur, sama ada memperlahankan pertumbuhan tertentu atau mengurangkan tekanan haba terhadap tanaman. Secara keseluruhan, ekosistem tempatan dijangka mampu menyesuaikan diri tanpa kesan besar," katanya.

 
Back
Top
Log in Register