BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sudah rugi, malu pula

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR: Seorang wanita 29 tahun bukan saja kerugian RM16,000, malah dia dan keluarga terpaksa menanggung malu apabila majlis merisik dan pertunangan di rumahnya di Sepang Putra, Sungai Pelek, Selangor, terpaksa dibatalkan kerana rombongan keluarga lelaki tidak hadir, kelmarin.

Lebih mengaibkan apabila semua jemputan daripada keluarga terdekat, rakan dan jiran tetangga sudah menunggu rombongan keluarga lelaki sejak jam 12 tengah hari, namun sehingga jam 7 malam kelibat rombongan lelaki itu masih tidak kelihatan.

Difahamkan, selain memberikan RM10,000 digunakan sebagai wang hantaran kepada teman lelakinya berusia 26 tahun, mangsa juga memberikan RM6,000 kepada suspek digunakan bakal tunangnya itu sebagai perbelanjaan rombongan merisik dan meminangnya.

Selepas gagal menghubungi lelaki terbabit, selain kegagalan rombongan keluarganya datang ke majlis berkenaan seperti dijanjikan, barulah mangsa menyedari dia dan keluarga ditipu.


Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelek, Sepang, untuk tindakan lanjut.


sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sudahrugi_malupula/Article/index_html
 
tu dia... amekaw... dah ler letak memahal.. kendian bagi duit kat laki tu.. beli barang hantaran pun 6k... hmm
 
mungkin keta laki tu rosak atau dia sesat ka atau apa2 ka
 
Sepatutnya majlis merisik ni di buat berasingan. Kenal dgn keluarganya dulu. Baru buat majlis bertunang..
 
laaaa kesiannya....ni la pempuan sekarang....mudah percaya...mudah2 semua selamat dan dilindungi Allah..amin
 
pesanan:kepada wanita2 diluar sana yang dah nak lanjut usia...jgn risau kalau jodoh tak kemana..jgn main paksa2..n..i kes sebb terlalu terdesak la nak nikah sebb usia dah lanjut
 
takkan la laki tu saja2 ja nak menipu..
abih tu sebelum ni daftar kawin pakai nama sapa?
 
Back
Top
Log in Register