BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malu, Kotor, Dan Bau Busuk Sudah Sebati Bagi Pengutip Sampah Alam Flora

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
4b8184c35178bd3d88f129ce6d587dbb69aa5d0b2de34

4d2e780158829a04546a6f0b179434f969aa5d0087825

c0c68a2611b82a7c0336fad94e63856869aa5cf518032

Wan Othman Wan Mohd Nor Hasyim ketika melakukan kerja rutin mengutip sampah di beberapa lokasi sekitar bandaraya Kuantan malam tadi.

Malu, kotor dan berbau busuk telah sebati dalam diri Wan Othman Wan Mohd Nor Hasyim yang bekerja sebagai pengutip sampah bagi syarikat Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) daerah Kuantan sejak lebih empat tahun lalu.

Beliau yang berusia 23 tahun itu sudah tidak merasa canggung dengan perasaan itu, kerana pekerjaan yang dilakukannya itu adalah demi membantu keluarga, khususnya ayah dan ibu serta adik beradiknya.

"Saya mula bekerja sejak 2021 lagi, ketika saya berusia 18 tahun. Hari pertama dengan hari kedua kerja bau busuk dia ‘menyengat’ sehingga melekat ke dalam hidung, tetapi lama-lama ia dah sebati dan memang dah tak rasa berbau,” katanya ketika ditemui pemberita di sekitar bandaraya Kuantan.

Beliau yang bertugas pada syif bermula 9 malam hingga 6 pagi bersyukur kerana pendapatan daripada pekerjaannya itu membolehkannya membantu ayahnya, yang juga pekerja pembersihan di Alam Flora, untuk menampung perbelanjaan tiga lagi adiknya yang masih bersekolah, masing-masing berusia 12, 15 dan 16 tahun.

“Orang yang memandang jijik pekerjaan itu, terpulang kepada masyarakat, bagi saya pekerjaan pembersihan ini memberi kesan positif kepada banyak perkara,” katanya yang turut bekerja sambilan di sebuah restoran pada siang hari.

Mengenai cabaran yang dihadapi sebagai pekerja pembersihan, Wan Othman mengakui ada sikap segelintir masyarakat yang membuang sampah secara bertaburan di hadapan rumah sehingga menyukarkan proses kutipan dilakukan.

“Terdapat juga pemilik rumah yang memarahi pekerja pembersihan dengan mendakwa sampah tidak dikutip dengan betul selain meminta kawasan di hadapan kediaman mereka dibersihkan,” katanya.

Beliau tidak menafikan pernah berlaku pertengkaran kecil antara dirinya dan beberapa pemilik rumah yang meminta khidmat di luar skop tugas seperti mencuci kawasan hadapan rumah.

Bagaimanapun, beliau berkata masih ramai masyarakat yang bersikap baik dengan menghulurkan minuman dan makanan kepada mereka ketika menjalankan kerja mengangkut sampah di kawasan perumahan.

 
Back
Top
Log in Register