BTC USD 83,785.0 Gold USD 4,283.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Debate Subconscious mind: Adakah anda percaya?

Perkara Asas sebelum pergi interview,

Mohon Pada Allah s.w.t -> sebab hati/jiwa manusia ni berbolak balik dan dalam genggaman Allah.

Mohon restu orang tua.

Teknik.

Sebelum pergi interview masa nak keluar rumah

selawat atau baca doa.

Bayangkan anda dari mula perjalanan (drive atau riding) sampai ketempat, bayangkan bertemu dengan penemuduga dalam keadaan yang anda berjaya menjawab semua soalan dengan tenang sampai abis temuduga.

(imiginasi kena tinggi bab ni)

lepas tu boleh mulakan perjalanan, pastika laluan ke tempat temuduga sama seperti yang dibayangkan..jangan melencong ke tempat lain.

Sekian, boleh cuba dulu..selebihnya dengan izin Allah s.w.t

Semoga tuan/puan berjaya.

Tambahan

Keyakinan kena tinggi pada masa yang sama kena tawakal.

Takut dan Harap kena jalan seiring.
 
minda separa sedar ni ada pd aku.
tp xde la aku percaya yg mcm buku The Secret tu tulis.

mcm kita buat satu2 keputusan tu, mesti keputusan tu condong secara xsedar ke arah benda yg kita dah tetapkan dalam minda separa sedar tu.
nak tetapkan atau kenal pasti apa benda yg dah tertetap dalam minda separa sedar tu yg susah.
 
We live in this Universe, almost everything is Vibrate. Vibration adalah tenaga n ia akan bergerak sepantas kilat through the Universe. Living creature contoh macam manusia ni AKAN sama ada vibrate POSITIVE atau NEGATIVE Vibration.

Bila kita Vibrate, Universe akan bertindak balas dgn apa yg kita Vibrate. Thats why its really important kita belajar mempunyai positive thinking, sebab orang lain boleh 'Merasa' apa-apa Vibration dari seseorang sama ada positif dan juga sebaliknya.

Masa kita kenal seseorang for the first time, kita boleh 'Merasa' sama ada seseorang tu suka atau tak suka kat diri kita. Sebab masing-masing akan pancarkan vibration antara satu sama lain. Right Brain takder la susah sangat nak faham, tapi jenis Left Brain macam Engineer ke, Saintis ke maybe susah skit.

So mende subconscious mind ni bukanlah menda very Mistik or Misteri sangat pun. Bila two stranger bertemu n dua-dua vibrate positive vibration, it can create POSITIVE ENVIRONMENT...apa-apa rancangan dari dua-dua cuba wat akan jadi MUDAH. Kalu salah seorang positif, sorang lagi negative so kemungkinan apa-apa rancangan or persetujuan yg hendak dicapai mungkin menemui jalan buntu or gagal.
 
den baru baca buku sejarah tentang Badiuzzaman Said Nursi.. bru sparuh, tak abis lg hehe..

dia punya keyakinan dengan Allah sangatlah tinggi, semua benda yg dia buat dia serahkan kepada Allah.. maaf la den tak minat sgt nak baca buku2 mcm yg tt baca tu.. den suka baca buku2 yg berkaitan dgn agama..

banyakkan istigfar, insyaallah akan dipermudahkan segala urusan..


ataupon tt bole cari buku ni ..

Padanya Ada Hikmah: Untuk Manusia, Tuhan Tidak Pernah Memberi Kisah yang Sia-Sia
Prof. Dr. Muhaya Mohamad; Bahruddin Bekri

dlm buku ni ada beberapa kisah tetang positive mind tak silap.. dah lama baca, lupa dah

nnt balik den bukak semula dan akan share satu kisah pengalaman Dr Muhaya sendiri.. kalo salah den mintak maap :">

Ini betul.
Siapa kata aku menidakkan konsep keyakinan pada Allah?
Ilmu itu luas, bagi aku, aku tidak akan menolak apa2 ilmu hatta datangnya dari non Muslim pun.
Tidak semestinya kita orang Islam kita hanya perlu menerima dan membaca buku2 dari karangan Muslim sahaja.

Contoh- Azizan Osman.
Ya, aku bukan big fan of Azizan Osman, tidak semua benda yang dia buat aku setuju.
Tapi aku sangat suka bila dia berjaya synchonizekan apa yang dia belajar dari guru2 Baratnya dengan konsep dalam Islam.
Kalau ko penah tengok video or pegi seminarnya, selalu dia sebutkan perkataan "kolam jiwa" yang aku nampak ada hubung kait dengan konsep subconscious mind.
Yes, dia bukan Muslim yang sangat baik, tapi aku suka bila dia memupuk kepercayaan pada Allah walaupun dia berguru dengan sifu dari Barat yang tidak percaya kehidupan selepas dunia.

Bagi aku tak perlu limitkan apa ilmu yang kita mahu terima.
Sometimes ilmu yang kita terima dari sifu Barat ni mungkin sebenarnya boleh mengukuhkan hubungan kita dengan Allah- dengan izin Nya inshaa Allah. :)
 
Semua org ade subconscious mind. Bnda ni mmg ada dlm psikologi.psikologis barat mcm freud pn da lme kji n came out dgn idea pasal bnda ni.mcm aku..aku suka kaitkan dgn Islam sbb pd aku nabi dah tunjukkan template pasal subconscious mind ni. Kita xprasan n Allah suh kita berfikir..so sbb tu aku mmg suka relatekan subconscious mind dgn prinsip Islam...sbb nmpak kesinambungan...

Boleh elaborate? :-?
 
dah lama tau subconscious mind ni
cuma tak tau la ada ke manusia yg able to use it masa cosncious ni ?

ada sebab knp manusia tak buleh guna pakai sunconscious mind ni aku rasa
sebab boleh memudaratkan badan

tapi yg tt ckp ni pasal positif thinking
so lain sikit la dari apa yg saya ckp

byk pembahagian subconscious mind ni

Positive thinking, negative thinking- both related kepada subconscious mind.
Ibaratnya subconscious mind ni adalah satu kebun lapang.
Kita tanam benih baik, maka baik la hasilnya.
Benih buruk, maka buruklah hasilnya. :)

Subsconcious mind tidak boleh dikawal- tapi boleh dibentuk.
Ia adalah apa yang menjadikan kita.
Takda sapa boleh guna subconscious mind waktu mereka sedar.
Nama pun minda separa sedar. :)
 
pendapat aku
kalau dalam islam,
subconcious mind ni adalah 'niat'....'niat yang betul2 ikhlas'..


segala apa yg kita niatkan..kalau niat betul2,,
insyaAllah pasti akan menjadi

sbb tu dalam islam 'niat' tu penting..

p/s: sekadar pendapat...

Niat... Hmmm. Mungkin.
Tapi lebih tepat pada pandangan aku ialah doa.
Kata azizan osman (again, aku bukan fanatik dia tapi aku suka dengan olahan dia)- fikir baik2, cakap baik2, buat baik2.
Ini adalah satu contoh bagaimana memupuk subconscious mind yang hebat.
 
pendapat saya, positive thinking transmit positive energy around us.energy yg tak kelihatan dgn mata kasar, namun dpt merubah sesuatu keadaan sehingga kadang2 tak masuk akal bila positive energy itu tadi work in sync dgn universal energy yg sedia ada. contoh, melakukan meditasi akan create vibration dlm diri yg akan memberi kesan ketenangan pada jiwa.

Bro penah buat meditasi? :-?
 
Den pernah derma rm2 kat masjid n dlm 2-3 jam,abg kwn den bg rm50.Ada sorang scholar dlm bidang personal development ni buat kesimpulan yg minda ni sebenarnya action.Kalau ikut Bob Proctor ni, law of attraction ni mcm kita hantar signal pd alam semesta.Mcm kita order menu kat kfc.Untuk kita receive ape yg kita nak,kita kene take action.Masalah org yg guna loa approach ni,apa yg kita nak selalu berubah.Setiap kali berubah,kita akan hantar signal yg baru pd alam semesta. :))

Konsep yang diperkenalkan Bob Proctor ni bagus.
Cuma kadang2 contoh yang dia gunakan buat aku terfikir, dia ni betul ke?
Macam hype sangat aku rasa- yelah, orang yang dah berpuluh tahun hidup dengan habit yang tidak sihat serta hidup sebagai seorang loser, dalam masa beberapa minggu or bulan boleh berubah secara drastik hidupnya.
Serta merta.
Kadang tu rasa "magical" sangat.
That's why, dalam pada aku baca buku subconscious mind aku hanya percaya 50-50, thats why aku tak dapat amalkan dengan sesungguhnya lagi kot. :-?
 
Back
Top
Log in Register