BTC USD 85,634.7 Gold USD 4,309.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Debate Subconscious mind: Adakah anda percaya?

Perkara Asas sebelum pergi interview,

Mohon Pada Allah s.w.t -> sebab hati/jiwa manusia ni berbolak balik dan dalam genggaman Allah.

Mohon restu orang tua.

Teknik.

Sebelum pergi interview masa nak keluar rumah

selawat atau baca doa.

Bayangkan anda dari mula perjalanan (drive atau riding) sampai ketempat, bayangkan bertemu dengan penemuduga dalam keadaan yang anda berjaya menjawab semua soalan dengan tenang sampai abis temuduga.

(imiginasi kena tinggi bab ni)

lepas tu boleh mulakan perjalanan, pastika laluan ke tempat temuduga sama seperti yang dibayangkan..jangan melencong ke tempat lain.

Sekian, boleh cuba dulu..selebihnya dengan izin Allah s.w.t

Semoga tuan/puan berjaya.

Ini contoh yang sangat bagus, bro.
Aku memang tahu tentang konsep visualization ni.
Fikir seolah-olah kita dah dapat benda tu.
Cuma back to the point- imaginasi kena tinggi- itu yang aku rasa palinggggggggg susah nak buat.
Setiap kali aku cuba bayangkan, imej nya kabur.
Contoh, aku nak bayangkan aku close deal dengan whoever it is, bayangan aku tu kabur.
Konsep visualization ni makin sharp imej yang kita dapat bentuk sewaktu kita fikirkan perkara tersebut, makin tinggi peratusan untuk berjaya.
Dan ini yang aku paling lemah :((:((:((
 
minda separa sedar ni ada pd aku.
tp xde la aku percaya yg mcm buku The Secret tu tulis.

mcm kita buat satu2 keputusan tu, mesti keputusan tu condong secara xsedar ke arah benda yg kita dah tetapkan dalam minda separa sedar tu.
nak tetapkan atau kenal pasti apa benda yg dah tertetap dalam minda separa sedar tu yg susah.

Semua ada minda separa sedar.
Nak tetapkan atau kenal pasti apa benda yg dah tertetap dalam minda separa sedar tu yg susah

---> Untuk kenal pasti tak susah. Siapa kita hari ini ialah secara tak langsung berkait dengan minda separa sedar kita. Ketakutan, ketidak yakinan, itu semua hasil dari minda separa sedar.

---> Untuk tetapkan, yes, memang susah. Perlukan praktis. Latihan. Boleh dilakukan dengan program cara kita berfikir atau conscious mind kita. Subconscious hanya mengikut programming yang kita set. Dan ia tak mudah. Sebab tu masih tak ramai berjaya termasuk aku. :)
 
We live in this Universe, almost everything is Vibrate. Vibration adalah tenaga n ia akan bergerak sepantas kilat through the Universe. Living creature contoh macam manusia ni AKAN sama ada vibrate POSITIVE atau NEGATIVE Vibration.

Bila kita Vibrate, Universe akan bertindak balas dgn apa yg kita Vibrate. Thats why its really important kita belajar mempunyai positive thinking, sebab orang lain boleh 'Merasa' apa-apa Vibration dari seseorang sama ada positif dan juga sebaliknya.

Masa kita kenal seseorang for the first time, kita boleh 'Merasa' sama ada seseorang tu suka atau tak suka kat diri kita. Sebab masing-masing akan pancarkan vibration antara satu sama lain. Right Brain takder la susah sangat nak faham, tapi jenis Left Brain macam Engineer ke, Saintis ke maybe susah skit.

So mende subconscious mind ni bukanlah menda very Mistik or Misteri sangat pun. Bila two stranger bertemu n dua-dua vibrate positive vibration, it can create POSITIVE ENVIRONMENT...apa-apa rancangan dari dua-dua cuba wat akan jadi MUDAH. Kalu salah seorang positif, sorang lagi negative so kemungkinan apa-apa rancangan or persetujuan yg hendak dicapai mungkin menemui jalan buntu or gagal.

Soalan- jadi adakah kita tak boleh control kalau seorang tu tak mempunyai vibration yang sama dengan kita? Andai kata kita vibrate energy yang positive dan pihak yang satu lagi negatif, apa kita perlu buat? :-?
 
"It doesnt matter what people think about ourselves.
What matters is what WE think about OURSELVES."

Ianya tentang kepercayaan dan keyakinan kita.
Andai kita dapat "pukau" diri kita untuk fikir apa yang kita mahukan tentang diri kita, no damn person can affect us.

Dengan mindset yang betul, kita akan dapat menghasilkan subconscious mind yang hebat.

Subconscious mind- BIG us.
Conscious mind- small us.

Thats why ada kata2- "our biggest enemy is ourselves."
Kita yang selalu momok2 kan diri kita padahal kita masing2 cukup hebat! :)
 
Positive thinking, negative thinking- both related kepada subconscious mind.
Ibaratnya subconscious mind ni adalah satu kebun lapang.
Kita tanam benih baik, maka baik la hasilnya.
Benih buruk, maka buruklah hasilnya. :)

Subsconcious mind tidak boleh dikawal- tapi boleh dibentuk.
Ia adalah apa yang menjadikan kita.
Takda sapa boleh guna subconscious mind waktu mereka sedar.
Nama pun minda separa sedar. :)

aku pernah tengok rancangan Keith Barry...

menurutnya,
secret agent ada menggunakan subconscious mind orang lain utk simpan data..

contohnya, secret agent tu nak simpan no PIN kad ATM Najib Rizal...
dan dia boleh simpan no PIN tu ke dalam kepala isteri Najib tanpa isteri dia tahu NO PIN tersebut...

faham tak?

isteri dia tak tahu no PIN ATM si Najib..tapi sebenarnya dalam minda bawah sedar si isteri sebenarnya memang sudah tersimpan no PIN tersebut..huhu..

menarik gak tu..

macam movie "Inception"..
 
Dari An-Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ

“Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung).”(HR. Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599).

rasulullah s.a.w dah kabo seribu empat ratus tahun lebih asas utama cara nak berjaya di dunia dan akhirat melalui hadis di atas.
 
minda separuh sedar dah lama melayu hebat iaitu dalam jadi histeria.. suruh bogel tanggal panties ngan bra.. dan dan aku kat mana nie.. apa jadi nie..

payah separuh sedar nie.. yang betul hebat adalah dejavu.. sapa yang kasi dejavu? ancient dna nenek moyang atau alien atau tuhan?

padahal masa depan tuhan ja lebih tau.. jadi tuhan tu wujud.. walaupun dejavu adalah topik paling susah nak dhuraikan.. ia tetap jadi kat umat manusia seluruh dunia..

minda separa sedar nie x menarik minat aku.. aku lebih tertarik pada kajian satu mat salleh yang mengatakan hantu tu wujud dari frekuensi fikiran kita.. aku membayangkan kalo betul.. kita boleh wujudkan entiti atau objek seperti mana dalam anime yang ada kuasa mental tuk gerakkan objek jelmakan objek..
 
mungkin xda kaitan dgn thread TT..
tapi saja nk kongsi..

aku x berminat dgn konsep capai kemahuan diri sendiri dgn meletak keyakinan pada diri sendiri untuk berjaya..

pulling factor x brpa power.. after effect dinilai dri segi kepuasan diri shj...

konsep aku.. capai kemahuan untuk kebaikkan orang lain..
kesungguhan utk berjaya demi kebaikkan orang lain..
Dalam apa2 situasi..buat untuk kebaikkan orang lain..
aku ubah mindset, kepada buat utk kebaikkan orang lain..

so kita kongsi kebaikkan untuk semua..
kepuasan tersebut sangat tinggi nilainya..

sama konsep dlm
cari ilmu..
cari rezeki..

bila mindset aku berubah kepada kebaikan orang lain..
aku letak harapan yg tinggi utk usaha tersebut berjaya..
aku lebih terbuka kepada peluang..
aku x mudah putus asa..
aku redho dgn segala ketentuan tuhan..
aku terima baik buruk sesuatu perkara dengan lebih tenang.

bila ada masalah..
mindset aku akan guide semula..
 
mungkin xda kaitan dgn thread TT..
tapi saja nk kongsi..

aku x berminat dgn konsep capai kemahuan diri sendiri dgn meletak keyakinan pada diri sendiri untuk berjaya..

pulling factor x brpa power.. after effect dinilai dri segi kepuasan diri shj...

konsep aku.. capai kemahuan untuk kebaikkan orang lain..
kesungguhan utk berjaya demi kebaikkan orang lain..
Dalam apa2 situasi..buat untuk kebaikkan orang lain..
aku ubah mindset, kepada buat utk kebaikkan orang lain..

so kita kongsi kebaikkan untuk semua..
kepuasan tersebut sangat tinggi nilainya..

sama konsep dlm
cari ilmu..
cari rezeki..

bila mindset aku berubah kepada kebaikan orang lain..
aku letak harapan yg tinggi utk usaha tersebut berjaya..
aku lebih terbuka kepada peluang..
aku x mudah putus asa..
aku redho dgn segala ketentuan tuhan..
aku terima baik buruk sesuatu perkara dengan lebih tenang.

bila ada masalah..
mindset aku akan guide semula..

Ada hadis bab ni.

Sabda Baginda S.A.W

sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain..

:)cgrock


contoh paling simple..parking kereta je..kadangkala kita dah menyusahkan orang lain atau amik hak orang lain.
 
Dalam Al quran pelbagai ilmu yg boleh kita pelajari..Baca dan fahami..

Pernah jugak involve training minda bawah sedar nih..mmmg menjadi..tapi saya x berminat sgt..sekadar bljr utk tambah ilmu tapi x pratikkan
 
Back
Top
Log in Register