BTC USD 81,949.8 Gold USD 4,136.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami bawa balik bom

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
bom_bh_1539822009.jpg

BESI yang dipercayai bom mortar. - Foto Zuliaty Zulkiffli






ALOR SETAR: “Saya ingatkan suami bawa pulang besi buruk, tetapi sebaik memegang ‘besi’ itu baru saya sedar ia seperti bom sebelum membawanya ke rumah jiran yang juga bekas tentera.

“Jiran kemudian memberitahu ‘besi’ itu adalah bom mortar yang masih aktif menyebabkan saya dan suami menggeletar kerana tahu ia boleh meletup bila-bila masa,” kata suri rumah, Nurul Huda Mohd Kamal, 27.

Nurul Huda berkata, suaminya, Mohd Azmizul Hanafi, 30, menemui bom itu berhampiran kawasan perumahan di Jalan Putra Mergong sebelum membawanya pulang ke rumah mereka di Kampung Mempelam pada jam 7.45 malam tadi.

Katanya, mereka sempat mencuci bom berkenaan kerana merancang menjual ‘besi buruk’ itu, namun mula berasa pelik melihat kesan lekuk pada permukaannya.

“Selepas jiran mengesahkan ia adalah bom, saya terus menghubungi polis kira-kira jam 10 malam untuk memaklumkan mengenai suami yang menemui bahan letupan itu.

“Ini adalah kali pertama dalam hidup suami yang mengutip barangan lusuh ‘terbawa’ pulang bahan berbahaya berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.

Berikutan kejadian itu, sebahagian penduduk kampung berkenaan gempar selepas diarah keluar dari rumah masing-masing oleh pihak berkuasa bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Sufuri Din, berkata pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada jam 10.13 malam menghantar lapan anggotanya bagi memeriksa kawasan berkenaan.

“Kita turut membantu memasang jaring keselamatan di sekeliling rumah penduduk dan meminta mereka mengosongkan rumah yang terletak dalam radius 300 meter dari jarak bom berada,” katanya.

Difahamkan, anggota Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berjaya mematikan bom berkenaan sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.15 tengah malam.








sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/487411/suami-bawa-balik-bom#cxrecs_s








.
 
aduhai...nasib baik ada jiran tentera yg leh kasi tahu tu bom....

abg bomba jugalah penyelemat keadaan
 
time sebelum dier cuci tu.. tak nmpak mcm bentuk bom ker..??
ish ish ish.. buatnya tengah bawak tu terhentak2..dier aktif..
tak ke naya tu..
 
bawa balik bom... siap dah cuci, kenapalah tiada keraguan
 
Nasib baik terkejut menggeletar tak campak...
 
woww...siap cuci lg bom tu..bahaya betol..hehe
nsb umor panjang,,,
 
suami bawa balik madu baru terkejut betul
 
Ikut SOP x ni? Kang ada lak menteri bising...
 
siap basuh lagi, nasib baik tak meletop
 
Back
Top
Log in Register