BTC USD 81,323.9 Gold USD 4,157.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ada Bom di Sri Petaling?

IMG_9445.jpeg
 
Dah start......bangsa melayu jangankan nak buat bom......nak modified exzos motor bagi bising pun kena pergi kedai cina.

So, bukan bangsa melayu la yang buat ni......bangsa lain...huhuhuhuhu

Kat penang ni bnyk je mekanik melayu
Yg pandai salin enjin k20, 4g93 pun ada
 
Update
Katanya bukan bom
 
Ramai tak boleh balik, kereta kena ‘seal’ ancaman bom

PETALING JAYA – Suasana di kawasan premis perniagaan di Bandar Sri Petaling, Kuala Lumpur kecoh dipercayai susulan penemuan objek didakwa berkait dengan bahan letupan, dalam kejadian petang ini.

Video kejadian itu tular di media sosial serta dikongsikan seorang pengguna Thread Della Abdullah yang mendakwa, dia tidak dapat mengeluarkan kereta daripada petak tempat letak kenderaan selepas pihak berkuasa dikatakan memasang pita garisan polis.

Dalam video itu, kelihatan tiga kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain seorang anggota memakai sut khas serta memeriksa sebuah kotak plastik diletakkan berdekatan tempat letak kenderaan berhadapan sebuah premis farmasi dan kosmetik.

“Sri Petaling depan Watson ada bom. Tak boleh nak balik dah, kereta kena seal (tutup jalan polis). Bank pun kena tutup.

“Masih belum selesai. Tadi ada bunyi meletup, mungkin diorang tengah letupkan,” dakwa Della Abdullah.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai berhubung kejadian tersebut.

“Tak lucu ni, macam-macam dah jadi. Seramnya, harap tak ada apa-apa jadi ye,” komen Dhiaaisyah_ad.

“Patut rasa lain macam tadi ambil order (tempahan) kat sini sebab ada polis standby (siap sedia),” kata Syaf.rsln.

“Allahuakbar, semoga Allah melindungi sis dan yang lain,” komen Mayafly96.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook mengesahkan berhubung kejadian dan akan mengeluarkan kenyataan kepada pihak media.

Artikel Kosmo Online


14315056497799917-425274.jpg

14315056497799917-425275.jpg

14315056497799917-425276.jpg
 
Back
Top
Log in Register