BTC USD 82,963.6 Gold USD 4,170.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Strategi pecah, perintah dan tawan pembangkang?

cocoreX

Active Member
Messages
2,148
Joined
May 9, 2010
Messages
2,148
Reaction score
217
Points
33
PERNAH dengar istilah strategi pecah dan perintah?

Dalam ilmu politik dan sosiologi,pecah dan perintah (atau dalam bahasa Inggeris divide and rule; istilah asalnya dari bahasa Latin divide et impera) ialah satu strategi yang menggabungkan tiga elemen iaitu politik,ketenteraan dan ekonomi.
Ketiga-tiga elemen itu bergabung bagi menguasai dan memelihara kuasa yang ada dengan memecahkan pengaruh dan kuasa yang besar kepada kecil-kecilan. Ini akanmengakibatkan kuasa kumpulan yang berpengaruh atau berkuasa itu berkurangan, berbanding pihak yang melaksanakanstrategi itu.
Secara praktisnya, strategi ini digunakan untuk mengelakkan kumpulan kecil ini bergabung dan membentuk kuasa yang besar (atau sebaliknya).
Strategi ini pernah dilakukan oleh pihak British ke atas Tanah Melayu. Memecahkan kaum-
kaum dan negeri-negeri yang ada dengan meletakkannya dalam koloni dan sistempemerintahan yang berasingan bagi memudahkan pihak Inggeris memerintah pada waktu itu.
Kemudian parti Perikatan, yang mengambil alih kekuasaan negara ini mengamalkan
strategi itu apabila parti-parti yang mewakili kaum-kaum terbesar digabungkan - dengan
mengetepikan parti-parti lawan yang enggan bersama mereka.
Perikatan kemudiannya ditukar menjadi Barisan Nasional (BN) danstrategi itu kekal berjaya
sehingga hari ini, selama 52 tahun.
Ia bertahan kerana orang Melayu yang merupakan majoriti rakyat negara ini menguasaikuasa politik dan ketenteraan tanah air. Orang Melayu bergabung dengan kaum-kaum lain (Cina dan India) bagi membentuk satu kuasa yang kuat. Ia dibuat atas dasar hormat-menghormati dan percaya-mempercayai yang telah dimeterai atas ikatan PerlembagaanPersekutuan termasuk beberapa dasar yang dibentuk kemudiannya.
Walaupun ada sedikit masalah pertelingkahan kaum di pertengahan jalan, namun ia berjayadiselesaikan. Masing-masing lupa dengan perbezaan masing-masing dan semua pihakdalam pakatan itu berjaya menjana negara ini sehingga Malaysia di anggap negara yangmakmur dan mewah.
Namun, apakah strategi 52 tahun itu masih mampu bertahan? Secara akademik ia sudah
mulai lemah.
Strategi pecah dan perintah itu mulai gagal setelah kuasa politik yang dipegang oleh orang
Melayu itu mulai berpecah. Melayu tidak sepadu dulu lagi. Mereka sudah berpecah kepada
beberapa kumpulan. (BacaCu it: Melayu bukan UMNO lagi, Melayu sudah minoriti (25 Mac
2009), ia mengandaikan Melayu sudah berpecah enam.
Pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan satu petunjuk, yang tidak pernah
terlintas di fikiran selama ini, yang orang Cina boleh menguasai kuasa politik di negara ini.


Ia hanya boleh berlaku jika orang Melayu berpecah. Orang Melayu yang marah, keliru,sakit hati secara protes tidak memberi undi kepada parti pemerintah, yang bangsa merekasendiri menguasainya.
Protes itu secara tidak sengaja telah memberi petunjuk, yang parti berasaskan Cina seperti DAP pun boleh menguasai negara ini. Negeri-negeri yang dikuasai DAP pada pilihan rayaumum lalu ialah Pulau Pinang, Perak, Selangor dan sebahagian besar WilayahPersekutuan. Negeri Sembilan hampir-hampir dikuasai mereka. Jika Melaka dan Johor punjatuh ke tangan DAP - maka sebahagian besar Pantai Barat 'emas' Semenanjung Malaysiaakan dikuasai DAP.
Jika ia berlaku maka empayar DAP itu akhirnya akan menemui titik pertemuannya denganabang mereka PAP dari Singapura. Apa seterusnya berlaku, belum terlintas lagi di fikiran,namun teorinya mungkin sudah boleh di agak.
Secara akademik, ia tidak mustahil berlaku. Melihatkan perkembangan semasa ia memangboleh berlaku. Jika perkembangan itu membawa kepada pilihan raya umum ke-13 kelak, maka Melayu sudah boleh menjangka nasib mereka. Hasil strategi tidak putus asapembangkang, mereka telah berjaya mewujudkan beberapa puak yang bertelagah dikalangan orang Melayu.
Orang Melayu pula dalam masa yang sama terlalu ego dengan pegangan dan fahaman
masing-masing. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR dan segelintir Melayu DAP terlalu
taksub dengan ideologi kemelayuan, keislaman dan keadilan mereka.
Orang Melayu tidak sedar yang mereka sedang diperkotak-katikkan untuk membenci
antara satu sama lain dan antara sekutu-sekutu yang dulunya bersama mereka.
Tiba-tiba orang Melayu bermusuh dengan orang Cina dan orang India. Sama ada ia disengajakan atau tidak atau wujud permainan dalaman atau luaran itu tidak pasti, tapi usaha-usaha untuk mewujudkan kebencian antara Melayu dan kaum-kaum lain semakinnyata sekarang.
Strategi pecah dan perintah serta pecah dan tawan (divide and conquer) kini berada dalam
tangan pihak pembangkang. Mereka sedang bermain dengan strategi itu. Mereka sedang menguasai keadaan dengan sebaik mungkin. Orang Melayu yang tidak sedar denganpermainan itu turut serta dalam percaturan itu. Mereka gagal melihat muslihat di sebaliknya.
Strategi yang sama pernah dimainkan oleh sebuah pihak luar dan ia berjaya. Pihak yang
dominan berpihak dengan satu kumpulan minoriti untuk mengetepikan satu lagi puak yangmajoriti sedikit daripada puak minoriti itu. Kedudukan tinggi diberikan kepada puak minoriti itu dengan alasan puak majoriti tidak berupaya memegangnya. Sedikit demi sedikit puak yang ditekan itu terpaksa beralah. Akhirnya sehingga hari ini puak majoriti itu terpaksa melukut di tepi gantang. Ia adalah satu model strategi pecah dan perintah yang cukup licikuntuk meminggirkan satu-satu puak.
Orang Melayu kini sedang mengalami proses tersebut. Kita sedang bermusuh dengan
orang Cina yang pernah bersahabat baik dengan kita. Kita sedang bermusuh dengan orang India yang pernah bersahabat karib dengan kita. Tiba-tiba semua ini berlaku secara serentak. Orang Melayu sedang bermusuh dengan semua orang

Ditambah lagi, ada pula pihak-pihak bermain dengan perang psikologi dengan sengajamenuduh orang Melayu adalah kaum yang rasis dan perlu dilawan habis-habisan.Golongan ini tahu apa yang mereka sedang mainkan. Suasana baik itu perlu dipecahkan kerana selagi perikatan itu kuat, pakatan tidak boleh berbuat apa-apa.
Di masa pengundi-pengundi Cina (dalam pilihan raya kecil) lari dari kerajaan pemerintahkerana melihatkan mereka adaadvantage ekoran pilihan raya umum ke-12 lalu, orang Indiapula cuba dilaga-lagakan dengan Melayu.
Sama ada ini kebetulan atau tidak, kita tidak tahu. Tapi jika betul dan akhirnya orang India juga lari dari Melayu, maka pada masa itu gabungan peratusan undi Cina dan India akanmenjadi penentu kepada kuasa politik tempatan. Orang Cina dan India akan bergabung untuk mengetepikan Melayu.
Tanpa disedari, para strategis ini (dalaman atau luaran) sedang mengatur strategi baru. Setelah melihat permusuhan Melayu-Cina-India sudah berjaya diwujudkan, mereka kinimenuju kepada kumpulan yang lain pula. Mangsa seterusnya ialah anak-anak negeri dan etnik pribumi - Orang Asli, pribumi Sabah dan Sarawak.
Jika itu juga berjaya dan apabila kumpulan itu pula mula membenci orang Melayu atau
orang Melayu juga membenci mereka, maka ia adalah penamat bagi segala-galanya.
Orang Melayu pada masa itu akan turut melukut di tepi gantang.
Strategi pecah, perintah dan tawan oleh pembangkang nampaknya sedang berlangsung
dengan sempurna. Ia adalah permainan taktikal dan akal. Yang alpa akan tewas.

Utusan Malaysia, 10 September 2009

bersambung
 
PECAH DAN PERINTAH II: HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA
MINGGU lepas saya membincangkan satu teori mengenai strategi pecah dan perintah ataupecah dan tawan yang mungkin sedang berlaku secara sedar atau di bawah sedar dalamsistem politik tanah air sekarang.
Orang Melayu berpecah dan membenci antara satu sama lain - serta membenci kaum-
kaum lain yang berada di negara ini. Kesimpulan saya ialah, jika ini terus berlakuorang
Melayu akhirnya akan diketepikan, tidak dipedulikan dan terpaksa melukut di tepi gantang.
(Ikuti diw ww.utusan.com.my bagi membacaCuit bertajukStrategi pecah, perintah dan
tawan pembangkang?)
Strategi ini juga boleh dilakukan ke atas negara-negara dan antara-negara. Ia adalah satu
strategi yang dilakukan oleh pihak penjajah dan kolonial beratus-ratus tahun lalu -
termasuklah ke atas Tanah Melayu oleh British, oleh Sepanyol dan Amerika ke atas Filipinadan gugusan kepulauan Sulu, Israel dan Amerika di kalangan negara Arab, Pakistan danbanyak lagi.
Antarastrategi yang dilakukan ialah mempengaruhi pihak pemerintah yang mempunyai
sekutu lain supaya menyebelahinya. Ia harus dilakukan secara terus terang, halus atau
kasar. Jika cara terus terang tidak boleh dilakukan, atau sukar, atau mustahil - maka
strategi lain akan dilakukan.
Strategi itu ialah melalui pegawai-pegawainya; dan jika itu pun tidak boleh dilaksanakan ia
akan terus kepada rakyat. Di zaman sekarang, NGO atau juga disebut sebagai pertubuhanbukan kerajaan ialah organisasi yang paling efektif yang boleh dipengaruhi bagimelaksanakan strategi pecah dan perintah ini.
Apakah hubungan dingin antara rakyat Indonesia ke atas Malaysia sekarang ada kaitan
dengan ini semua?
Kita kaji susur galur kedua-dua negara itu dulu.
Hubungan Malaysia-Indonesia ialah hubungan tradisi. Ia telah berlangsung sejak zamanSriwijaya pada abad ke-7. Sejarah Melayu mengisahkan asal usul raja-raja Melayu, yangdirujukkan kepada Kesultanan Melaka yang mewarisi Kerajaan Sriwijaya, ia mengisahkan betapa permulaan sistem raja-raja Melayu adalah di Bukit Siguntang di Sumatera, ataudisebut juga sebagai Seri Andalas.
Sejak itu hubungan rakyat dengan rakyat telah terjalin. Orang Malaysia dan Indonesia menyifatkan hubungan mereka sebagai hubungan serumpun. Serumpun bermakna serupa,sama atau dalam ikatan yang satu.
Orang Melayu telah berasimilasi sejak zaman-berzaman dengan keturunan Jawa, Bugis,
Aceh, Boyan (Bawean), Mendaling, Banjar, Minang yang menyeberang ke Tanah Melayu.Mereka hidup sebagai satu bangsa yang kemudiannya diiktiraf sebagai bangsa MelayuMalaysia atau bumiputera. Uniknya, keturunan akar Indonesia ini masih mengamalkan loghat bahasa asal sesama mereka. Koloni etnik keturunan Indonesia ini banyak tertumpu diJohor, Selangor, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan.
Mereka ini kemudiannya menjadi tokoh-tokoh terpenting Malaysia dari segi ekonomi, social dan politik. Malah banyak juga keturunan kesultanan di Malaysia berasal susur galurnya dari tanah seberang.
Orang Malaysia dan Indonesia menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca bahasa
pertuturan mereka. Bahasa itu dituturi oleh lebih 300 juta orang di rantau Nusantara ini.
Kedua-dua rakyat Malaysia-Indone sia mengamalkan agama yang sama iaitu Islam dan
kebudayaannya juga hampir sama.
Pada sekitar 1980-an sehingga kini, berlaku penghijrahan beramai-ramai rakyat Indonesiake negara ini. Ia adalah satu eksodus ekonomi yang belum pernah berlaku - apabila merekamemasuki ke negara ini secara sah atau pun tidak bagi membantu membangunkan negaraini. Orang Indonesia terkenal dengan kerja lasak mereka. Orang Indonesia digunakan untuk kerja-kerja pembinaan. Banyak bangunan besar yang berdiri hasil kemakmuran Malaysia, dilakukan oleh buruh-buruh kontrak Indonesia.
Pendek kata, hubungan dua-hala Mala ysia-Indonesia tiada masalah.
Kuasa-kuasa asing melihat bahawa Mala ysia-Indonesia ialah satu kuasa serumpun yangkuat. Kuasa itu boleh dilihat dalam pelbagai bentuk sama ada kuasa ketenteraan, kuasamanusia, kuasa ekonomi malah kuasa pendidikan dan budaya.
Kedua-dua negara ini mempunyai kuasa, jika mereka bersekutu.
Pada sekitar 1980-an Malaysia dan Indonesia mempunyai dua tokoh yang terlalu kuat kuasamereka. Malah negara-negara lain di kalangan ASEAN amat menghormati kedua-dua kuasa ini.
Kedua-dua kuasa ini iaitu Dr. Mahathir-Suharto diiktiraf sebagai pengimbang kepada rantau
ini.
Namun, ada pihak yang tidak senang dengan perkembangan itu. Kuasa asing melihatkedua-dua tokoh ini adalah ancaman kepada mereka atau sekutu mereka atau individu yangmahu diangkat oleh mereka. Dr. Mahathir dilihat sebagai tokoh yang amat lantangmenentang Barat.
Barat amat berharap Mahathir dapat dijatuhkan, secara dalaman atau luaran, melaluitekanan-tekanan tertentu. Masanya amat bertepatan sekali apabila berlaku krisis politik Mahathir-Anwar yang memperlihatkan Anwar mendapat sokongan Barat yang terlalu kuat.
Sebagaimana yang semuanya sudah tercatat dalam sejarah, laungan reformasi telahditiupkan oleh 'unsur-unsur' tertentu ke dalam Indonesia dan kemudiannya dibawa ke Malaysia.
NGO-NGO telah diwujudkan dan dibiayai. Ia dibiayai melalui pelbagai cara oleh pihak luar.NGO-NGO ini kemudiannya bergerak aktif membawa mesej antikerajaan dan anti-Mahathirdi Malaysia dan anti-Suharto di Indonesia. Media alternatif menerusi Internet dilancarkan bagi mengasak.
Akhirnya Dr. Mahathir jatuh, begitu jugalah Suharto. Sehingga ke hari ini banyak NGO masihmendapat pembiayaan daripada pihak-pihak tertentu secara langsung dan tidak. Di Indonesia, banyak NGOnya yang mendapat bantuan kewangan daripada pihak-pihak luar.Tidak perlulah disebut siapa dan negara mana yang membiayai, tapi banyak yang dibiayai.Ada antaranya NGO keagamaan, NGO yang memperjuangkan kebebasan bersuara, hakasasi manusia dan sebagainya.
Dana-dana ini disalurkan atas alasan bagi membiayai latihan dan operasi organisasi itu.
NGO ini boleh dimanupulasi untuk kepentingan pembiayanya. Siapakah pembiaya ini? Tidak perlulah disebut di sini, namun pembiaya ini juga boleh masuk ke dalam sesebuah organisasi korporat melalui pembelian saham. Media-media dan beberapa stesen televisyen di Indonesia dikatakan sering melancarkan serangan ke atas Malaysia dalam isu-isu yang terlalu remeh-temeh. Apakah media mereka juga sudah dikuasai?
Isu tarian Pendet Bali dibesar-besarkan oleh media Indonesia dan NGO-NGOnya sehingga membangkitkan kemarahan rakyatnya. Blog-blog yang tidak tahu siapa miliknya melancarkan serangan 'ganyang' ke atas Malaysia.
Pendemonstran, yang biasanya dibayar untuk kerja-kerja tunjuk perasaan di Indonesiamelancarkan sloganSweeping Malaysia (sapu orang Malaysia) - seakan-akan kebetulansama bunyinya seperti "sweep the Malays" (sapu orang Melayu) semasa peristiwa 13 Mei1969 dulu.

Benar seperti kata Setiausaha Agung Pusat Strategik Indonesia, Bagus Satriayanto dan Pensyarah Fakulti Kemanusiaan Universiti Indonesia, Dr. Yon Machmudi dalam satu sidangakhbar di Kuala Lumpur kelmarin. (Lihat Utusan Malaysia Selasa 15 Sept. muka 25)
Mereka mendakwa ada negara lain yang tidak senang melihat keakraban hubungan
Malaysia dan Indonesia sejak kebelakangan ini.
Bagus tidak menolak tanggapan bahawa negara yang mendalangi rasa kebencian segelintir rakyat Indonesia terhadap Malaysia merupakan sebuah negara dari rantau Asia Tenggara sendiri.
Jadi, jelaslah jika itu ada kebenarannya, maka tidak hairanlah strategi pecah, perintah dan
tawan ini merupakan satu strategi yang masih berkesan dan boleh dilaksanakan.
Adakah apa yang berlaku di Malaysia kini dan kemudiannya dengan Indonesia itu adalahsebahagian daripada perancangan besar pihak-pihak tertentu bagi menanti saat-saat apayang disebut mereka sebagaitransition atau peralihan?
Politik rakyat Malaysia sedang melalui situasi itu. Negara Malaysia juga perlu dipecahkandengan Indonesia, supaya kuasa kedua-duanya tidak kuat dan tidak menggugat sesiapa.Mungkin, ada yang takut kuasa Malindo ini menjadi besar dan gagah.
Jika betul ada tangan ghaib, siapa agaknya?

Utusan Malaysia, 16 September 2009

bersambung
 
MALAYSIA-INDONESIA MANGSA ADU DOMBA LUAR?
Oleh RUHANIE AHMAD

PERSAHABATAN Malaysia-Indonesia mutakhir ini sering bergelora. Terbaru, akibatkemarahan sekumpulan rakyat Indonesia terhadap Malaysia atas isu yang disifatkan sebagai penciplakan unsur-unsur sosio-budaya satu nusantara.
Gelora hari ini diledakkan oleh aktor bukan negara - masyarakat sivil atau kumpulan minat -
yang mendakwa prihatin terhadap eksklusiviti identiti dan warisan Indonesia.
Perkembangan ini menafikan hakikat M alaysia-Indone sia adalah saudara yang berkongsi
sejarah sejak kegemilangan Melaka dan Majapahit.
Lantas apakah motif sebenar di sebalik fenomena mutakhir ini? Dan, adakah keterlaluan
untuk mempercayai wujudnya kuasa luar yang mendalangi isu berkenaan?
Indonesia mempunyai jumlah umat Islam terbesar di dunia. Hakikat inistrategik dan
signifikan kepada kuasa tertentu yang berniat untuk mengeksploitasinya.
Hakikat ini jadi lebih penting dan mencabar dalam konteks geopolitik serantau, terutamanya
kepada kuasa asing yang mahu mengukuhkan hegemoninya di Asia Tenggara.
Jika kuasa tersebut agak 'segan' untuk mencipta gelora adu domba Malaysia-Indone sia secara sendirian, 'kaum kerabatnya' di Asia Tenggara atau Asia-Pasifik boleh membereskanagendanya itu.

Tindakan ini serupa dengan insiden peledakan bom di Indonesia mulai akhir tahun 2002.
'Tangan ghaib' yang melakukannya tetapi organisasi lokal yang dituduh sebagai dalang.
Namun propaganda ini akhirnya diterima sebagai kenyataan. Segala penipuan, pembohongan dan kepalsuan di sebaliknya telah diketepikan secara sistematik tanpa pernyataan terperinci.
Lantaran itu, gelora diplomasi Malaysia-Indonesia hari ini tidak boleh dipanjang-panjangkan
tanpa menginsafi wujudnya agenda empayar agung oleh kuasa tertentu di Asia Tenggara.
Agenda ini dijelmakan dalam pelbagai rupa. Ia boleh diledakkan oleh aktor bukan negara
menerusi isu yang disensasikan supaya Malaysia-Indonesia bertelagah dan bercakaran.
Ini kerana dalam percaturan kuasa global di Asia Tenggara mutakhir ini hanya Malaysia dan Indonesia yang masih berkecuali. Corak dan warna lain-lain negara sudah pun bertukar mengikut suasana.
Perkembangan seperti ini sukar untuk difahami oleh masyarakat jalanan. Lebih-lebih lagi jika
emosi mengadu-dombakan Malaysia-Indonesia meledak atas tajaan kelompok luaran.
Namun banyak pihak insaf bahawa kebergantungan Malaysia-Indonesia sukar dimansuhkan. Faktor itu jugalah yang mengimbangi kegelojohan pihak yang mahu menguasai Asia Tenggara secara politik, tentera dan ekonomi.
Ini kerana Malaysia dan Indonesia adalah dua warga senusantara yang banyak persamaandan kurang perbezaannya. Diaspora Indonesia wujud di Malaysia. Kebergantungan segolongan rakyat Indonesia kepada Malaysia juga adalah nyata.
Pertalian intelektual dan ilmuwan antara Malaysia-Indone sia juga intim. Ratusan pelajar
Malaysia menimba ilmu di Indonesia dan sebaliknya. Interaksi cendekiawanMala ysia-
Indonesia juga sentiasa berterusan.
Lantaran itu, tiada faedahnya kehadiran para pelajar dan warga Malaysia di Indonesia diancam atau digugat. Warga Malaysia semua peringkat juga tidak pernah terniat untuk menodai keakraban sesama saudara.
Persoalannya, jika masalah dua hala yang besar danstrategik boleh diselesaikan tanpademonstrasi jalanan, apa manfaatnya masalah sosio-budaya yang disemarakkan oleh aktorbukan negara atas dukungan luaran dihela berjela-jela?
Gelora mutakhir ini perlu dimatikan. Ia tidak menguntungkan Indonesia atau Malaysia. Pihak yang mengaut laba, biarpun relatif, adalah kuasa yang berniat melaksanakan agenda adudomba.
Inilah hakikatnya percaturan kuasa aliran realis dalam dunia unipolar. Rakyat Malaysia-
Indonesia dijadikan boneka adu-domba supaya kumpulan aktor bukan negaranya tidak
memfokus kepada usaha menyelongkar apa jua agenda rahsia asing di Asia Tenggara.
Lantas menjadi tanggungjawab semua pihak di kedua-dua negara untuk mematikan apa jua
tindakan bukan aktor negara yang kini menggelodakkan sentimen anti-Malaysia di Jakarta.
Perkara ini dituntut kerana antara Kuala Lumpur dan Jakarta wujud ikatan saudara yang
boleh dijadikan kuasa penentu kepada kekuatan serantau di hari mendatang.
Inilah yang dicemburui dan mahu dimusnahkan oleh kuasa tertentu atau proksinya. Sikapcemburu dan aksi pemusnahan inilah yang dimunculkan menerusi apa yang sedang berlaku.
Segala-galanya akan berlarutan jika itu pilihannya. Kesemuanya juga bisa ditamatkan jikaitulah cita-citanya. MusuhMala ysia-Indonesia bukan sejarah dan budayanya. Musuhkedua-dua negara adalah kerapuhan persaudaraannya akibat agenda adu domba luaran.
Malaysia dan Indonesia mempunyai sejarah persahabatan yang akrab dan panjang. Kedua-duanya juga mempunyai hari esok yang boleh membentengi Asia Tenggara dari bahayaterhadap Islam dan integritinya. Jangan izinkan sesiapa menodai dan memusnahkan hakikatini. Berdamailah!

DATUK RUHANIE AHMAD ialah pelajar pasca siswazah dalam bidang strategi dan
keselamatan di Universiti Kebangsaan Malaysia

Utusan Malaysia, 16 September 2009

SUMBER
 
Last edited:
PERNAH dengar istilah strategi pecah dan perintah?

Dalam ilmu politik dan sosiologi,pecah dan perintah (atau dalam bahasa Inggeris divide and rule; istilah asalnya dari bahasa Latin divide et impera) ialah satu strategi yang menggabungkan tiga elemen iaitu politik,ketenteraan dan ekonomi.
Ketiga-tiga elemen itu bergabung bagi menguasai dan memelihara kuasa yang ada dengan memecahkan pengaruh dan kuasa yang besar kepada kecil-kecilan. Ini akanmengakibatkan kuasa kumpulan yang berpengaruh atau berkuasa itu berkurangan, berbanding pihak yang melaksanakanstrategi itu.
Secara praktisnya, strategi ini digunakan untuk mengelakkan kumpulan kecil ini bergabung dan membentuk kuasa yang besar (atau sebaliknya).
Strategi ini pernah dilakukan oleh pihak British ke atas Tanah Melayu. Memecahkan kaum-
kaum dan negeri-negeri yang ada dengan meletakkannya dalam koloni dan sistempemerintahan yang berasingan bagi memudahkan pihak Inggeris memerintah pada waktu itu.
Kemudian parti Perikatan, yang mengambil alih kekuasaan negara ini mengamalkan
strategi itu apabila parti-parti yang mewakili kaum-kaum terbesar digabungkan - dengan
mengetepikan parti-parti lawan yang enggan bersama mereka.
Perikatan kemudiannya ditukar menjadi Barisan Nasional (BN) danstrategi itu kekal berjaya
sehingga hari ini, selama 52 tahun.
Ia bertahan kerana orang Melayu yang merupakan majoriti rakyat negara ini menguasaikuasa politik dan ketenteraan tanah air. Orang Melayu bergabung dengan kaum-kaum lain (Cina dan India) bagi membentuk satu kuasa yang kuat. Ia dibuat atas dasar hormat-menghormati dan percaya-mempercayai yang telah dimeterai atas ikatan PerlembagaanPersekutuan termasuk beberapa dasar yang dibentuk kemudiannya.
Walaupun ada sedikit masalah pertelingkahan kaum di pertengahan jalan, namun ia berjayadiselesaikan. Masing-masing lupa dengan perbezaan masing-masing dan semua pihakdalam pakatan itu berjaya menjana negara ini sehingga Malaysia di anggap negara yangmakmur dan mewah.
Namun, apakah strategi 52 tahun itu masih mampu bertahan? Secara akademik ia sudah
mulai lemah.
Strategi pecah dan perintah itu mulai gagal setelah kuasa politik yang dipegang oleh orang
Melayu itu mulai berpecah. Melayu tidak sepadu dulu lagi. Mereka sudah berpecah kepada
beberapa kumpulan. (BacaCu it: Melayu bukan UMNO lagi, Melayu sudah minoriti (25 Mac
2009), ia mengandaikan Melayu sudah berpecah enam.
Pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan satu petunjuk, yang tidak pernah
terlintas di fikiran selama ini, yang orang Cina boleh menguasai kuasa politik di negara ini.


Ia hanya boleh berlaku jika orang Melayu berpecah. Orang Melayu yang marah, keliru,sakit hati secara protes tidak memberi undi kepada parti pemerintah, yang bangsa merekasendiri menguasainya.
Protes itu secara tidak sengaja telah memberi petunjuk, yang parti berasaskan Cina seperti DAP pun boleh menguasai negara ini. Negeri-negeri yang dikuasai DAP pada pilihan rayaumum lalu ialah Pulau Pinang, Perak, Selangor dan sebahagian besar WilayahPersekutuan. Negeri Sembilan hampir-hampir dikuasai mereka. Jika Melaka dan Johor punjatuh ke tangan DAP - maka sebahagian besar Pantai Barat 'emas' Semenanjung Malaysiaakan dikuasai DAP.
Jika ia berlaku maka empayar DAP itu akhirnya akan menemui titik pertemuannya denganabang mereka PAP dari Singapura. Apa seterusnya berlaku, belum terlintas lagi di fikiran,namun teorinya mungkin sudah boleh di agak.
Secara akademik, ia tidak mustahil berlaku. Melihatkan perkembangan semasa ia memangboleh berlaku. Jika perkembangan itu membawa kepada pilihan raya umum ke-13 kelak, maka Melayu sudah boleh menjangka nasib mereka. Hasil strategi tidak putus asapembangkang, mereka telah berjaya mewujudkan beberapa puak yang bertelagah dikalangan orang Melayu.
Orang Melayu pula dalam masa yang sama terlalu ego dengan pegangan dan fahaman
masing-masing. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR dan segelintir Melayu DAP terlalu
taksub dengan ideologi kemelayuan, keislaman dan keadilan mereka.
Orang Melayu tidak sedar yang mereka sedang diperkotak-katikkan untuk membenci
antara satu sama lain dan antara sekutu-sekutu yang dulunya bersama mereka.
Tiba-tiba orang Melayu bermusuh dengan orang Cina dan orang India. Sama ada ia disengajakan atau tidak atau wujud permainan dalaman atau luaran itu tidak pasti, tapi usaha-usaha untuk mewujudkan kebencian antara Melayu dan kaum-kaum lain semakinnyata sekarang.
Strategi pecah dan perintah serta pecah dan tawan (divide and conquer) kini berada dalam
tangan pihak pembangkang. Mereka sedang bermain dengan strategi itu. Mereka sedang menguasai keadaan dengan sebaik mungkin. Orang Melayu yang tidak sedar denganpermainan itu turut serta dalam percaturan itu. Mereka gagal melihat muslihat di sebaliknya.
Strategi yang sama pernah dimainkan oleh sebuah pihak luar dan ia berjaya. Pihak yang
dominan berpihak dengan satu kumpulan minoriti untuk mengetepikan satu lagi puak yangmajoriti sedikit daripada puak minoriti itu. Kedudukan tinggi diberikan kepada puak minoriti itu dengan alasan puak majoriti tidak berupaya memegangnya. Sedikit demi sedikit puak yang ditekan itu terpaksa beralah. Akhirnya sehingga hari ini puak majoriti itu terpaksa melukut di tepi gantang. Ia adalah satu model strategi pecah dan perintah yang cukup licikuntuk meminggirkan satu-satu puak.
Orang Melayu kini sedang mengalami proses tersebut. Kita sedang bermusuh dengan
orang Cina yang pernah bersahabat baik dengan kita. Kita sedang bermusuh dengan orang India yang pernah bersahabat karib dengan kita. Tiba-tiba semua ini berlaku secara serentak. Orang Melayu sedang bermusuh dengan semua orang

Ditambah lagi, ada pula pihak-pihak bermain dengan perang psikologi dengan sengajamenuduh orang Melayu adalah kaum yang rasis dan perlu dilawan habis-habisan.Golongan ini tahu apa yang mereka sedang mainkan. Suasana baik itu perlu dipecahkan kerana selagi perikatan itu kuat, pakatan tidak boleh berbuat apa-apa.
Di masa pengundi-pengundi Cina (dalam pilihan raya kecil) lari dari kerajaan pemerintahkerana melihatkan mereka adaadvantage ekoran pilihan raya umum ke-12 lalu, orang Indiapula cuba dilaga-lagakan dengan Melayu.
Sama ada ini kebetulan atau tidak, kita tidak tahu. Tapi jika betul dan akhirnya orang India juga lari dari Melayu, maka pada masa itu gabungan peratusan undi Cina dan India akanmenjadi penentu kepada kuasa politik tempatan. Orang Cina dan India akan bergabung untuk mengetepikan Melayu.
Tanpa disedari, para strategis ini (dalaman atau luaran) sedang mengatur strategi baru. Setelah melihat permusuhan Melayu-Cina-India sudah berjaya diwujudkan, mereka kinimenuju kepada kumpulan yang lain pula. Mangsa seterusnya ialah anak-anak negeri dan etnik pribumi - Orang Asli, pribumi Sabah dan Sarawak.
Jika itu juga berjaya dan apabila kumpulan itu pula mula membenci orang Melayu atau
orang Melayu juga membenci mereka, maka ia adalah penamat bagi segala-galanya.
Orang Melayu pada masa itu akan turut melukut di tepi gantang.
Strategi pecah, perintah dan tawan oleh pembangkang nampaknya sedang berlangsung
dengan sempurna. Ia adalah permainan taktikal dan akal. Yang alpa akan tewas.

Utusan Malaysia, 10 September 2009

bersambung


selalu sgt kita dimomokkan dengan benda2 macam ni..
sebenarnya siapa yang punya angkara..
wahai pemimpin2 yang ada fikirlah..
jangan fikir pasal perut sendiri..
fikirlah juga perut bangsa dan agama serta anak cucumu nanti
 
hahaha lawak tol lah UMNO ngan utusan meloya ni twist berita... pecah dan perintah ni setahu aku UMNO punya keje.. dapat idea dari tuan penasihat UPCO... sebelum tubuh Malaya lagi dah kena kt kita... apa yang dicarik dok penjajah pun tak tahulah..
 
Ini semua kerja the lagend yg dh semakin lemah
 
thread ni nk faham cara politik pecah perintah yg berlaku je.
tak suka mana2 parti pon takpe.
 
dalm politik kita sekarang pun berlaku pecah dan perintah..

bangsa2 dilaga lagakan demi kepentingan politik...

ada mata pandang
 
Back
Top
Log in Register