combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,662
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,662
- Reaction score
- 351
- Points
- 141
Tokyo hujan 34 hari berturut-turut
WARGA kota membawa payung semasa hujan turun di daerah Shibuya, Tokyo pada 20 September lalu. – AFP
TOKYO – Tokyo mencatatkan hujan selama 34 hari berturut-turut, menandakan tempoh terpanjang dalam rekod, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA) hari ini.
Perubahan iklim didorong oleh emisi bahan api fosil meningkatkan kelembapan dalam atmosfera, menjadikan hujan lebat lebih berkemungkinan berlaku.
Cuaca global pada tahun ini juga dipengaruhi oleh fenomena El Nino, yang mengubah arah angin, tekanan udara dan corak awan serta berpotensi membawa hujan lebat di sesetengah kawasan, manakala kemarau di tempat lain.
Musim hujan di ibu negara Jepun itu biasanya berlaku pada bulan Jun, tetapi mengalami hujan lebat berterusan sepanjang bulan-bulan musim panas, serta banjir buruk di wilayah Tokyo yang lebih luas.
Tempoh hari Tokyo dilanda hujan itu adalah yang terpanjang sejak rekod bermula pada tahun 1886.
Pegawai JMA, Masayuki Koda memberitahu AFP bahawa ‘peta cuaca luar biasa sepanjang bulan ini adalah sebahagiannya disebabkan oleh El Nino yang membawa suhu lebih tinggi di Lautan Pasifik’.
“Pola hujan musim luruh bertahan lebih lama daripada biasa,” kata Kyoda, merujuk kepada musim hujan di Tokyo.
Rekod tempoh hari dengan hujan terpanjang di Tokyo sebelum ini ialah 33 hari antara 27 Jun hingga 29 Julai 2019, kata pegawai JMA lain, Kazuhiro Hirono.
Akhbar Mainichi Shimbun pula melaporkan, pusat bandar Tokyo dilanda hujan sebanyak 629 milimeter pada September 2026 sehingga semalam, hampir tiga kali ganda berbanding paras normal. – AFP
Tokyo hujan 34 hari berturut-turut
Tokyo mencatatkan hujan selama 34 hari berturut-turut, menandakan tempoh terpanjang dalam rekod, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA) hari in
www.kosmo.com.my