hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,511
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,511
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Percaya petanda malang, lelaki tampar mata tiga hari berturut-turut hingga cedera undang padah
Wuhan: Seorang lelaki di tengah China mengalami masalah retina lekang selepas menampar kelopak mata kanannya yang berkelip secara berulang kali kerana bimbang ia adalah petanda buruk membawa malang.
Kepercayaan berkenaan berpunca daripada pepatah popular masyarakat Cina yang menyatakan bahawa kelopak mata kiri berkelip membawa kekayaan manakala kelopak mata kanan berkelip membawa bencana.
Menurut laporan South China Morning Post, lelaki itu yang dikenali sebagai Le tinggal di Wuhan dalam wilayah Hubei dilaporkan berasa terganggu apabila kelopak mata kanannya berkelip selama beberapa hari.
Dia pada mulanya cuba merehatkan mata serta menuam kawasan berkenaan dengan menggunakan air hangat, namun kaedah itu tidak memberikan sebarang kelegaan.
Bimbang dengan kepercayaan bahawa ia petanda buruk, Le kemudian memilih untuk mencari maklumat di internet berbanding mendapatkan rawatan perubatan.
Hasil carian itu mendapati dakwaan bahawa menampar kelopak mata boleh menghalau nasib malang selain kepercayaan sesetengah warga emas yang menampal kertas putih pada kawasan mata.
Menurut akhbar tempatan Changjiang Daily, Le dilaporkan menampar kawasan sekitar mata kanannya selama tiga hari berturut-turut sehingga kelipan itu akhirnya berhenti.
Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih serius apabila penglihatannya semakin terhad sehingga hanya mampu melihat ke hadapan sahaja manakala penglihatan sisi hilang sepenuhnya.
Le kemudian segera mendapatkan rawatan perubatan dan disahkan mengalami masalah retina lekang sebelum doktor berjaya memulihkan penglihatannya menerusi proses pembedahan.
Menurut doktor, retina manusia mempunyai ketebalan purata kurang daripada 0.3 milimeter (mm) dan tekanan atau hentakan kuat pada kawasan mata boleh menghantar impak terus ke dalam bola mata sekali gus meningkatkan risiko koyakan retina.
Pakar perubatan turut menjelaskan bahawa kebanyakan kes kelopak mata berkelip dalam jangka pendek biasanya berkait rapat dengan keletihan mata, kekurangan tidur atau tekanan dan lazimnya akan reda dengan rehat yang mencukupi.
Bagaimanapun, pemeriksaan perubatan perlu segera dilakukan sekiranya kelipan mata berlarutan lebih daripada seminggu, merebak atau mula menjejaskan bahagian muka seperti pipi serta sudut mulut.