BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Israel terus tutup Masjid Al-Aqsa masuk hari ke-16 berturut-turut

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,704
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,704
Reaction score
97
Points
80
3464577.webp

Buat pertama kali sejak 1967, jemaah dilarang daripada menunaikan solat di Al-Aqsa semasa hari-hari terakhir bulan suci Ramadan. - Gambar AP

BAITULMUQADDIS - Pihak berkuasa pendudukan Israel terus menutup pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki, sekali gus menghalang jemaah daripada mengakses tempat suci itu untuk hari ke-16 berturut-turut, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Buat pertama kali sejak 1967, jemaah dilarang daripada menunaikan solat di Al-Aqsa semasa hari-hari terakhir bulan suci Ramadan.

Pejabat Gabenor Baitulmuqaddis sebelum ini memberi amaran mengenai peningkatan retorik hasutan berbahaya yang diketuai oleh kumpulan ekstremis "organisasi kuil" terhadap Al-Aqsa di tengah-tengah langkah sekatan yang berterusan.

Kenyataan itu menegaskan bahawa apa yang berlaku ketika ini tidak boleh dianggap sebagai langkah keselamatan sementara seperti yang didakwa oleh pihak berkuasa Israel.

Sebaliknya, tindakan itu merupakan sebahagian daripada agenda politik dan ideologi yang bertujuan untuk mengubah status agama, sejarah, dan undang-undang sedia ada bagi masjid berkenaan. - Awani

 
Back
Top
Log in Register