BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kumpulan pelampau Israel ceroboh pekarangan Masjid Al-Aqsa

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Kumpulan pelampau Israel ceroboh pekarangan Masjid Al-Aqsa​

3592867.webp

Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir bersama lebih 2,000 pelampau Israel memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis. Foto: Aljazeera

BAITULMAQDIS – Polis Israel menghalang jemaah Palestin daripada memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa ketika lebih 2,300 warga Israel berhaluan kanan menceroboh kawasan suci itu di bawah kawalan ketat pasukan keselamatan sempena Tisha B'Av, iaitu hari berkabung dalam kalendar Yahudi.

Menurut pihak berkuasa Palestin, polis Israel menyekat kemasukan jemaah Islam ke Masjid Al-Aqsa sebelum membenarkan kumpulan pelampau Israel memasuki kawasan tersebut secara beramai-ramai.

Pegawai Palestin mendakwa tindakan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengubah status quo yang telah lama mengawal urusan pentadbiran dan amalan ibadah di kompleks Masjid Al-Aqsa, yang terletak di Baitulmaqdis Timur.

Status quo itu menetapkan bahawa umat Islam mengurus serta beribadah di kawasan berkenaan, manakala penganut agama lain dibenarkan melawat pada waktu tertentu tanpa melakukan upacara keagamaan.

Pencerobohan berulang oleh kumpulan pelampau Israel ke pekarangan Masjid Al-Aqsa sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering mencetuskan ketegangan antara Israel dan Palestin serta mendapat kecaman pelbagai negara Islam dan masyarakat antarabangsa yang menggesa kesucian tapak berkenaan dihormati. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register