BTC USD 82,737.2 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Status kisah Umar RA dimarahi isterinya

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Kisah: Suatu hari seorang lelaki ingin mengadu kepada Sayyidina ‘Umar tentang akhlak buruk isterinya yang sering meninggikan suara memarahinya. Lalu lelaki tadi pergi ke rumah sayyidina ‘Umar RA untuk mengadu, sampai sahaja di hadapan pintu, beliau mendengar Umar yang juga seorang khalifah ketika itu sedang dimarahi oleh isterinya.

Huraian:

Cerita ini disebut oleh beberapa ulama di dalam kitab mereka, antaranya:

1.Al-Syeikh Sulaiman bin Muhammad al-Bujairamiy seorang faqih dalam mazhab al-Syafie di dalam kitab Hasyiah al-Bujairamiy 3/441-442.

2.Abu al-Laith al-Samarqandiy, seorang faqih mazhab Hanafi di dalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin, halaman: 517.

3.Ibn Hajar al-Haitami di dalam al-Zawajir 2/80.

Ketika menyebut cerita ini, ketiga-tiga mereka tidak mendatangkan sebarang Sanad bahkan mereka menyebutnya dalam bentuk sighah tamridh, iaitu satu cerita yang dinukilkan dalam bentuk ‘ada orang kata’.

Bentuk cerita yang seumpama ini menunjukkan kelemahan dan tidak benarnya cerita tersebut.

Apatah lagi kelemahan dan tidak benarnya cerita ini dikuatkan dengan cerita yang lebih masyhur tentang kehebatan sayyidina ‘Umar bin al-Khattab RA:

- Ibn ‘Abbas RA pernah berkata: “Daku pernah menetap selama setahun untuk bertanyakan kepada ‘Umar bin al-Khattab tentang satu ayat (dari al-Quran), namun daku tidak mampu bertanyakan beliau tentang ayat tersebut disebabkan aku berasa haibah (rasa takut disebabkan hormat) terhadap beliau.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

- Kata ‘Amr bin Maimun: “Daku bersama dengan ‘Umar RA pada hari beliau ditikam, tidaklah menghalang kami dari berada pada saf yang pertama melainkan disebabkan haibahku terhadapnya. Beliau adalah seorang yang digeruni kerana dihormati oleh orang ramai.” (Hilyah al-Auliya’: 4/151)

- Sa’ad bin Abi Waqqas RA berkata:
“Umar bin al-Khattab RA pernah meminta izin berjumpa dengan Rasulullah SAW, ketika itu bersama dengan baginda beberapa wanita Quraisy sedang berbicara dan suara mereka meneggelamkan suara baginda SAW.

Apabila ‘Umar meminta izin untuk masuk, kesemua para wanita tersebut mengubah keadaan dan kedudukan mereka. Setelah ‘Umar masuk dan melihat keadaan baginda tersenyum, beliau berkata: “Apa yang menyebabkan tuan tersenyum, wahai Rasulullah?”

Maka Nabi SAW bersabda: “Aku hairan dengan para wanita yang bersama dengan ku tadi, apabila mereka mendengar suaramu, mereka segera mengubah keadaan dan kedudukan mereka (kerana takut dan haibah terhadapmu).”

Kata ‘Umar kepada para wanita tersebut: “Apakah kamu semua berasa haibah terhadapku tetapi tidak kepada Rasulullah SAW?” jawab para wanita tersebut: “Ya, kerana kamu lebih dahsyat dan lebih keras berbanding baginda.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Jangan pedulikan mereka wahai Ibn al-Khattab, demi jiwaku yang berada dalam genggamanNya, satu syaitan tidak bertemu dengan engkau yang sedang melalui suatu lembah melainkan dia akan melalui lembah yang lain.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

KESIMPULAN:

Kisah ini tidak ada asalnya dari kitab-kitab hadis, periwayatannya menunjukkan kisah tersebut adalah kisah yang lemah. Justeru kisah ini tidak boleh dijadikan bukti bolehnya seorang isteri meninggikan suara terhadap suaminya.

Perlu dijelaskan juga di sini bahawa seorang isteri yang meninggikan suara terhadap suaminya termasuk dalam buruk adab dalam pergaulan.
 
Last edited:
terima kasih TT, perkongsian yang baik di pagi jumaat :)
 
baguih tt ni.kena buat kompilasi hadis2 dan cerita2 palsu dalam islam
 
Iye ker???? cerita ini selalu diceritakan dalam kuliah-kuliah agama...:-?:-?:-?
 
banyak diceritakan dalam riwayat kisah umar al khattab ...sehinggakan dengar tapak kaki umar sahaja , syaitan kecut ...
 
Iye ker???? cerita ini selalu diceritakan dalam kuliah-kuliah agama...:-?:-?:-?

logik akal bro bole terima x cerita tu jika dibandingkan dgn peribadi Umar ra :D:D isteri tengking khalifah @ sahabat nabi.....bro bole terima x :-?
 
gali ilmu sambil2 santai minda :)

11828791_693233624110557_4839549817931450197_n.jpg
 
Terima kasih TT atas perkongsian yg baik ni.
 
Back
Top
Log in Register