BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Satu Persahabatan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Assalamualaikum anak-anak Muar semua, ada sedikit perkongsian untuk semua, post ni hanya niat nak share bukan mengaibkan atau lain-lain. Semalam saya dan adik pergi ziarah kubur arwah ayah kami di Kampung Belemang, Serom 3. Sewaktu kami tengah bersih2 kan kubur, terdengar suara lelaki baca yassin sangat jelas dari jauh. Adik saya ni memang duduk di area pekuburan ni. Adik saya kata sejak 2-3 bulan ni memang kerap laki ni datang ziarah kubur. sampai ada satu hari tu jam 8 (malam anggaran lepas mahgrib) terpikir sejenak, berani betul budak ni dan membuat perasaan ingin tahu dan selepas kami kemas, adik saya masuk dalam kereta dan saya pergi ke lelaki tu.

Saya bagi salam dan tanya dari mana. Rupanya dia ni buka orang Serom atau orang Johor, tapi dia ni dari KL. Dari pandangan, nampak dia ni orang yang "have-have" dengan kereta mewah. Selepas itu saya tanya kubur siapa ni? tahu tak apa jawapan dia? "Ini kubur kawan saya"

Allah terkejutnya saya, sebab saya ingat kubur emak dia, ayah dia ke atau keluarga dia. Sebab hampir setiap minggu siang malam ziarah kubur. Cuma saya tak tahu kawan dia tu lelaki ke perempuan. Kebetulan adik saya pun keluar kereta dan datang sambil tanya "abang selalu juga datang saya nampak sampai ke malam", jawab dia "saya kalau ada kerja di Johor mesti saya singgah, kadang-kadang sampai sini jam 11 malam pun pernah"

Allahu hebatnya kesetiaan persahabatan beliau. Tidak lama lepas itu azan maghrib berkumandang, dengan sopan dia cakap nak beransur (sambil mata berair melihat kubur). Harini Allah memberi kesedaran bahawa masih ada lagi Manusia baik di muka bumi Allah ini. Cuma saya tidak sempat tanya nama beliau. Jika tuan badan melihat izinkan saya berkongsi cerita ini.​

1696251653775.png

1696251663523.png

1696251672824.png

Sumber - FB Rahman Ismail
 
Back
Top
Log in Register