BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Cekup Anak MB Perlis

Isu ni bukan claim tipu. Tapi lebih pada cara Tender ni diperolehi. Sy punya persepsi kes ni:-

bapak MB, SUK pulak diantik oleh MB,

anak / menantu pulak petender, ada kawan kakitangan awam dalam Pejabat SUK dah leak siling price dan Speck teknikal

bahagian perolehan buat Perolehan tender pegawai Pemutus tender dapt arahan wahyu utk Pilih company ank/menantu MB dar SUK sendiri.

dia kantoi sebab ada org dalam pejabat SUK tu sendiri leak kan maklumat company yg dapat tender ni pada bahagian Intergriti SUK Perlis yg mmg ada pegawai SPRM letak kat situ sekian terima kasih. https://www.perlis.gov.my/index.php...0-home/336-unit-pengurusan-korporat-integriti
ada yg bgtau kantoi sbb claim makan minum Raja Perlis semasa dapatkan rawatan di Hospital Kangar...claim RM20K makan minum tp takde pun sebenarnya
 
ada yg bgtau kantoi sbb claim makan minum Raja Perlis semasa dapatkan rawatan di Hospital Kangar...claim RM20K makan minum tp takde pun sebenarnya
itu sy kurang pasti. tapi kalau dari apa yg sy borak2 dgn org SPRM ari tu dia bagi tau cam tu lah.

payment 20k ni tak perlu sampai nak guna pengaruh anak or menantu MB tuan, Pegawai Projek tu sendiri blh libas :(paid
 
suk sana takkan tak de pegawai integrity
intergrity tak terlibat secara direct dalam urusan perolehan tender. tapi bila dapat aduan dan laporan baru diorg ambil tindakan utk buat siasatan berdasarkan bukti laporan or aduan yg diberikan.

Kalau ikutkan maklumat tender tu pun dah kategori sulit. Rasa nya ada pihak dah bocorkan maklumat tender tu bila tender tu dah mula berjalan..pada pihak intergriti or SPRM.
 
Last edited:
SPRM Jangka Ada Beberapa Tangkapan Isu Tuntutan Palsu Anak MB

25.04.2024 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata tangkapan itu bertujuan membuktikan kesalahan yang berlaku, berhubung kes berkenaan. Beliau berkata kes ini telah diketahui umum dan suspek terlibat telah ditahan semalam serta siasatan masih diteruskan.

“Beberapa pihak-pihak lain juga akan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan kes berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang yang baharu di Bangunan Persekutuan Gua Musang, hari ini.

Selain itu, beliau berkata berkemungkinan permohonan reman baharu bagi kesemua suspek yang ditahan juga akan dibuat, berikutan tempoh masa reman yang diberi tidak mencukupi untuk membolehkan SPRM melengkapkan siasatan awal. Semalam, anak lelaki seorang menteri besar antara enam direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000, sejak dua tahun lepas. Sementara itu, Azam berkata SPRM akan menumpukan penyiasatan terhadap isu pembinaan projek Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Putrajaya, yang bernilai RM25 juta yang melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“…Untuk makluman semua, sebenarnya pembiayaan datang sebanyak RM2.5 juta daripada pihak FIFA, bukan duit FAM. FAM cuma menjalankan perolehan melalui tender dan sebagainya, dan telah dikemukakan kembali kepada FIFA untuk pemilihan yang terakhir dan pihak FIFA telah bersetuju dengan syarikat yang berkaitan,” katanya.

Azam berkata isu ini bukan sahaja FAM yang terlibat, malah FIFA juga kerana ia melibatkan duit mereka.

“Oleh itu, bagi memuaskan hati mereka yang membuat tohmahan isu ini, untuk adil kepada semua pihak maka kami siasat isu berkenaan,” katanya.

Azam berkata SPRM tidak akan mengambil tindakan berhubung permasalahan pentadbiran yang berlaku di dalam organisasi itu.

“Kami tidak akan ambil tindakan berhubung isu-isu pentadbiran sebagai contoh hal gaji, hal itu ini dan sebagainya. Kes ini SPRM menganggap sebagai satu kes yang melibatkan kepentingan awam, maka kita telah melihat pada maklumat yang diberikan jadi kita tumpukan kepada satu isu saja,” katanya.
1714037185826.png
 
Back
Top
Log in Register