BTC USD 61,654.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Cekup Anak MB Perlis

Tahanan Reman Lima Individu Termasuk Anak MB Di Sambung Hingga Esok

25.04.2024 - Tahanan reman terhadap anak lelaki seorang menteri besar dilanjutkan hingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000 sejak dua tahun lepas. Selain itu tempoh reman empat lagi individu dalam kes yang sama turut dilanjutkan hingga esok, manakala seorang penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri berusia 20-an yang juga direman sebelum ini, dibebaskan setelah siasatan terhadapnya selesai. Majistret Ana Rozana Mohd Nor membenarkan lanjutan reman itu selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis. Menurut sumber siasatan dilakukan berhubung kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu, sedangkan kerja-kerja berkenaan tidak dilaksanakan. Katanya keseluruhan projek berkenaan melibatkan kerja-kerja baik pulih, penyelenggaraan, pembekalan dan perkhidmatan bermula dari 2022 sehingga kini dianggarkan bernilai RM600,000. Sementara itu di Putrajaya, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan itu.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/703539
 
ni macam dapat tender nak buat jambatan -> pemilik syarikat bid tender -> penjawat awam luluskan -> pemilik syarikat suruh buat jambatan pada kontraktor -> kontraktor bagi dokumen pada pemilik syarikat ->pemilik syarikat terima duit ..

.. duit tu bahagi2 antara pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam .. sebenarnya jambatan tu tak wujud 🤭
 
kontraktor claim itu leh tahan kira..

sbb kontraktor ada hak claim keje mengikut skop yg dia buat.. cthnya maintain jalan, maintain kebersihan, maintain kenderaan.. benda2 melibatkan service boleh dibuat claim..

tp yg org gov gi lulus claim tu pe cerita ?
x reti buat keje ke ?
x reti semak claim ke ?
Anak MB Perlis tu berani ke org gov nak sailang?
 
masalah utama..

sape yg tugas site supervisor belah suk..
bos site supervisor takkan tak turun 600k nye claim kot bukan buat jamban kampung..

gambar site takkan menipu???
Isu ni bukan claim tipu. Tapi lebih pada cara Tender ni diperolehi. Sy punya persepsi kes ni:-

bapak MB, SUK pulak diantik oleh MB,

anak / menantu pulak petender, ada kawan kakitangan awam dalam Pejabat SUK dah leak siling price dan Speck teknikal

bahagian perolehan buat Perolehan tender pegawai Pemutus tender dapt arahan wahyu utk Pilih company ank/menantu MB dar SUK sendiri.

dia kantoi sebab ada org dalam pejabat SUK tu sendiri leak kan maklumat company yg dapat tender ni pada bahagian Intergriti SUK Perlis yg mmg ada pegawai SPRM letak kat situ sekian terima kasih. https://www.perlis.gov.my/index.php...0-home/336-unit-pengurusan-korporat-integriti
 
Last edited:
Tunggu kerajaan negeri saarani melingkup lah. Baru arafat kena dakwa.
Kaki kencing tu.... Ini citer pasal ngo bini la............. Janji macam2 arafat tu........... Satu sen pun depa tak keluar, duit rawatan, makanan dan upah pekerja.....
 
Back
Top
Log in Register