BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Cekup Anak MB Perlis

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
24.04.2024 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan anak menteri besar Perlis Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000. Anak pemimpin PAS itu ditahan bersama enam orang lagi, termasuk pegawai kanan pejabat Menteri Besar Perlis, lapor BH yang memetik sumber. Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Kangar pagi tadi, kira-kira 24 jam selepas ditahan.

"Siasatan dipercayai juga menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan. Suspek yang ditahan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Perlis," katanya.

Sumber juga berkata suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun dikehendaki membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan kemudahan asas. Ia melibatkan kerja-kerja baik-pulih, penyelenggaraan serta perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022. Malaysiakini tidak mendedahkan nama-nama mereka selagi tidak dituduh di mahkamah. Siasatan dibuat bawah Seksyen 18 Akta SPRM. Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan tetapi tidak mengulas lanjut.
1713941280393.png
 
Tuntutan Palsu, Anak MB Antara 6 Di Reman

24.04.2024 - Semua direman bagi bantu siasatan kerja projek yang tidak dilaksana berjumlah RM600,000. Anak kepada seorang menteri besar antara enam individu direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000. Memetik sumber, perintah reman turut dikenakan ke atas pegawai kanan pejabat menteri besar. Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas tertuduh dibawa ke mahkamah, pada 8.45 pagi tadi.

“Suspek yang ditahan berusia antara 27 hingga 37 tahun dan dikehendaki membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik-pulih, menyelenggara, perbekalan, dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022. Siasatan dipercayai juga menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan,” kata sumber menurut Berita Harian.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM yang memperuntukan penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada nilai tuntutan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi. Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan berkenaan.
1713941868579.png
 
Back
Top
Log in Register