BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Cekup Anak MB Perlis

Hukum Anak Jika Terbukti Salah, MB Perlis Tiada Prasangka Terhadap SPRM

25.04.2024 - Anak Shukri Ramli antara disiasat berkait tuntutan palsu RM600,000. Menteri Besar Perlis Shukri Ramli tiada prasangka terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika anaknya terbukti bersalah berkait siasatan dakwaan tuntutan palsu RM600,000. Katanya, apa berlaku kepada dirinya dianggap “ujian” selain mengakui kelemahannya kerana “terlalu baik”, serta meletakkan “kepercayaan kepada semua orang”. Berucap pada sidang Dewan Undangan Negeri di Kangar, Shukri berkata, “maka hukumlah dia kerana saya sudah beri pendidikan dan ilmu termasuk juga pegawai saya di mana saya selalu berpesan mengenai perkara ini dan jika terbabit juga, saya sudah habis ikhtiar”.

“Namun, apa pun saya tidak ada rasa gundah gulana dan saya juga tidak ada sebarang prasangka terhadap SPRM sehingga habis siasatan mereka,” katanya menurut Berita Harian.

“Memang, kelemahan saya dalam pentadbiran terlalu baik dan percaya semua orang saya beri kebebasan tetapi harus diingat tidak siapa kebal undang-undang termasuklah saya.”

Beliau berkata, pejabatnya sentiasa terbuka kepada SPRM.

“Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya terbuka di mana dalam ucapan sidang DUN sebelum ini juga, saya ada katakan bahawa pejabat saya buka ’25 jam’ (setiap masa) sehari untuk pemeriksaan SPRM kerana saya tidak mahu berlaku sebarang penyelewengan dan biarlah ia dalam keadaan bersih dari unsur tidak baik,” katanya.

Shukri turut menjelaskan, Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM kini sedang giat melakukan pemeriksaan di setiap Pusat Khidmat DUN di negeri Perlis pada waktu ini.

“Saya difahamkan mereka (SPRM) sudah ke Kuala Perlis dan berkemungkinan akan ke tempat lain pula selepas ini, tak tahulah,” katanya.

Hari ini, SPRM menyambung tempoh reman selama sehari lagi sehingga esok terhadap anak menteri besar Perlis dan empat lagi suspek yang ditahan berhubung siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu RM600,000. Siasatan melibatkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti baik pulih, menyelenggara, perbekalan, dan perkhidmatan di seluruh Perlis, sejak 2022.
1714037488766.png
 
Baru perintah negeri. Belum perintah negara. Air minuman Raja pun puak ni kelentong.
 
Bagus...
Attitude mcm ni kita nak...

Bukan back up..taichi sana sini...
Tak adil salahkan mak bapak kalau anak buat taik...
 
Aku sangsi keupayaan pimpinan PAS nak tadbir negara, atas pelbagai faktor.

Tp dlm isu integrity, mmg aku x pernah sangsi yg pimpinan PAS ada akhlak, ada iman yg kukuh, utk kawal tindakan mereka.
 
Hukum Anak Jika Terbukti Salah, MB Perlis Tiada Prasangka Terhadap SPRM

25.04.2024 - Anak Shukri Ramli antara disiasat berkait tuntutan palsu RM600,000. Menteri Besar Perlis Shukri Ramli tiada prasangka terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika anaknya terbukti bersalah berkait siasatan dakwaan tuntutan palsu RM600,000. Katanya, apa berlaku kepada dirinya dianggap “ujian” selain mengakui kelemahannya kerana “terlalu baik”, serta meletakkan “kepercayaan kepada semua orang”. Berucap pada sidang Dewan Undangan Negeri di Kangar, Shukri berkata, “maka hukumlah dia kerana saya sudah beri pendidikan dan ilmu termasuk juga pegawai saya di mana saya selalu berpesan mengenai perkara ini dan jika terbabit juga, saya sudah habis ikhtiar”.

“Namun, apa pun saya tidak ada rasa gundah gulana dan saya juga tidak ada sebarang prasangka terhadap SPRM sehingga habis siasatan mereka,” katanya menurut Berita Harian.

“Memang, kelemahan saya dalam pentadbiran terlalu baik dan percaya semua orang saya beri kebebasan tetapi harus diingat tidak siapa kebal undang-undang termasuklah saya.”

Beliau berkata, pejabatnya sentiasa terbuka kepada SPRM.

“Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya terbuka di mana dalam ucapan sidang DUN sebelum ini juga, saya ada katakan bahawa pejabat saya buka ’25 jam’ (setiap masa) sehari untuk pemeriksaan SPRM kerana saya tidak mahu berlaku sebarang penyelewengan dan biarlah ia dalam keadaan bersih dari unsur tidak baik,” katanya.

Shukri turut menjelaskan, Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM kini sedang giat melakukan pemeriksaan di setiap Pusat Khidmat DUN di negeri Perlis pada waktu ini.

“Saya difahamkan mereka (SPRM) sudah ke Kuala Perlis dan berkemungkinan akan ke tempat lain pula selepas ini, tak tahulah,” katanya.

Hari ini, SPRM menyambung tempoh reman selama sehari lagi sehingga esok terhadap anak menteri besar Perlis dan empat lagi suspek yang ditahan berhubung siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu RM600,000. Siasatan melibatkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti baik pulih, menyelenggara, perbekalan, dan perkhidmatan di seluruh Perlis, sejak 2022.
1714037488766.png
Untuk perkara ni, kita kena sokong MB.....betul dah cakap dia, dia dah bagi pendidikan kat anak dia......kalau anak yang dah mukallaf, pastu ikut hasutan 'syaitan dan hawa nafsu', dia pun tak boleh buat apa-apa.....kena impose undang-undang jugak kat anaknya dan geng-geng anak dia....

Tambahan: bukan setakat anak dia....anak kita pun sama.....(termasuk anak saya)
 
Back
Top
Log in Register