BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPM 2025: Kecacatan Fizikal Tidak Halang Nur Afiera Raih Keputusan Cemerlang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
ea8f97f5d0041a87cd4fcdce2901a99e69cbc1a660f80

MELAKA, 31 Mac -- Nur Afiera Aisyah Mohd Nasir (tengah) menunjukkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemani bapanya Mohd Nasir Mohamed (kiri) dan ibunya Nurul Huzaimahwati Md Sudin (kanan) selepas Majlis Apresiasi SPM 2025 Negeri Melaka di Klebang, di sini hari ini.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kecacatan fizikal pada bahagian kiri badan sejak lahir tidak menjadi penghalang kepada pelajar Orang Asli Nur Afiera Aisyah Mohd Nasir, 18, untuk mencatat keputusan 6A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan hari ini.

Anak kedua daripada empat beradik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Dol Said di Alor Gajah itu turut menerima pengiktirafan sebagai pelajar Orang Asli terbaik SPM 2025 bagi negeri Melaka.

Pelajar suku Kuala yang berasal dari Kampung Sungai Layau, Kota Tinggi, Johor berkenaan berkata kejayaan yang dikecapinya itu hasil usaha berterusan mengulang kaji pelajaran, mengikuti kelas dalam talian yang dianjurkan guru selain belajar hingga waktu lewat malam.

“Saya tiada rahsia tertentu, cuma saya akan belajar mengikut jadual, ulang kaji apa yang diajar oleh cikgu selain ikut serta kelas dalam talian untuk tambah kefahaman.

“Ketika percubaan SPM, keputusan saya juga tidak begitu bagus selain berasa sedikit tertekan namun alhamdulillah, apabila keputusan diumumkan hari ini saya berjaya memperoleh 6A,” katanya pada Majlis Apresiasi SPM 2025 Negeri Melaka di Klebang di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah, yang turut dihadiri Pengarah Pendidikan negeri Mahfudzah Mohamed Noor.

Nur Afiera juga mengakui beliau pernah berdepan tekanan emosi selama beberapa minggu menjelang peperiksaan percubaan kerana bimbang tidak dapat mencapai keputusan cemerlang seperti diharapkan.

“Ketika itu saya agak stres dan tidur lewat kerana mahu berusaha bersungguh-sungguh untuk membanggakan ibu bapa, namun saya cuba kawal tekanan dan terus fokus.

“Saya juga pernah beberapa kali bertukar sekolah, namun pengalaman itu menjadikan saya cekal dan matang untuk terus berusaha lebih gigih,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register