BTC USD 19,234.8 Gold USD 1,809.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Solusi banjir, kembalikan semula projek Bandar Terusan: Khir Toyo

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,492
Joined
Apr 15, 2012
Messages
32,492
Reaction score
2,553
Points
266
Awards
1

Bekas Menteri Besar Selangor itu yakin projek tersebut mampu meminimumkan impak banjir di kawasan Lembah Klang

authorDefault.png
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN

23 Disember 2021 | Masa membaca: 3 minit

1353792.jpg

DR MOHAMAD KHIR

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menggesa kerajaan negeri dan pusat mengembalikan semula pelaksanaan projek Bandar Terusan yang pernah diluluskan sewaktu pentadbiran beliau dahulu sebagai solusi tuntas dalam menangani masalah banjir di negeri itu secara menyeluruh.

Jelas beliau, projek Bandar Terusan yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun 2007 adalah projek pembinaan satu terusan besar yang menghubungkan dua tasik di daerah Petaling dan Kuala Langat dengan kepanjangannya mencapai 17 kilometer.

Tambahnya, sekiranya projek Bandar Terusan ini berjaya disiapkan, terusan besar berkenaan mampu menyimpan ratusan juta liter air limpahan sungai yang tidak dapat dialirkan ke laut akibat kejadian air pasang besar dan hujan lebat luar biasa.

Projek Bandar Terusan ini sepatutnya disiapkan sekitar tahun 2017 sekiranya tidak dibatalkan, kata Dr Mohamad Khir

Ujarnya lagi, inisiatif itu yang mengambil inspirasi reka bentuk pembinaan terusan di Belanda, sekali gus meminimumkan sepenuhnya impak banjir di kawasan Lembah Klang dalam jangka masa 100 tahun akan datang.
"Sewaktu saya menjadi Menteri Besar Selangor, kami berusaha membuat kajian menyeluruh bagaimana untuk mengelakkan berlaku banjir di Selangor memandangkan kejadian banjir kilat kerap terjadi di kawasan Taman Sri Muda, Batu Tiga, dan Seksyen 13 di Shah Alam; Taman Puteri Puchong serta sebahagian kawasan Klang.

"Hasil kajian kita mendapati isu banjir kerap berlaku di negeri ini disebabkan masalah paras air laut kerap meningkat saban tahun dan jika berlaku hujan lebat ditambah fenomena air laut pasang, maka akan berlaku situasi di mana air sungai tidak mengalir ke laut selain air laut pula memenuhi kuala sungai.
"Keadaan ini akan menyebabkan kawasan-kawasan rendah seperti Taman Sri Muda, Batu Tiga dan Seksyen 13 ditenggelami air dan berlaku banjir sangat dalam di kawasan berkenaan," katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Mengulas lanjut, Mohamad Khir menjelaskan idea pelaksanaan projek Bandar Terusan timbul setelah beliau dan kerajaan negeri ketika itu mengenal pasti kaedah terbaik menangani banjir adalah mewujudkan platform yang membolehkan air hujan tidak dapat dialirkan ke laut untuk jangka masa tertentu, disimpan buat sementara bagi mengelakkan banjir berlaku.

Malangnya, beliau mendedahkan projek itu dibatalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada tahun 2008, dengan kawasan terlibat projek sebaliknya diserahkan kepada pemaju untuk pelaksanaan projek pembangunan.

"Dengan pembatalan projek itu dan tiada projek alternatif susulan bagi mendepani isu banjir, kita telah terlepas peluang keemasan untuk meminimumkan impak banjir besar di Selangor pada masa akan datang dengan projek Bandar Terusan ini sepatutnya disiapkan sekitar tahun 2017 sekiranya tidak dibatalkan.

"Bagi saya, kejadian banjir besar yang berlaku adalah musibah yang kita boleh elakkan dengan perancangan teliti dan saya yakin pelaksanaan projek Bandar Terusan adalah solusi terbaik yang selari dengan prinsip kejuruteraan awam moden.

"Selama ini, kita boleh berbangga dengan pembinaan menara pencakar langit yang dianggap antara tertinggi di dunia, namun kini kita sewajarnya malu apabila rakyat menderita akibat banjir menenggelamkan kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi dan kerajaan pula masih tiada perancangan jitu untuk mengatasinya," katanya.

Perancangan projek Bandar Terusan pernah dibuat pada 2007 sebelum dibatalkan semasa peralihan kuasa kerajaan negeri pada 2008.

sumber - https://premium.sinarharian.com.my/..._medium=email&utm_campaign=premium_newsletter
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,492
Joined
Apr 15, 2012
Messages
32,492
Reaction score
2,553
Points
266
Awards
1
SELANGOR TAKKAN BANJIR KALAU TERUSKAN PROJEK “CANAL CITY”??

 

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,492
Joined
Apr 15, 2012
Messages
32,492
Reaction score
2,553
Points
266
Awards
1

PROJEK CANAL CITY DIBATALKAN PUNCA BANJIR BESAR DI SHAH ALAM? | 23 Disember 2021​


 

apoeki

Super Active Member
gem
Messages
8,824
Joined
Aug 7, 2012
Messages
8,824
Reaction score
1,013
Points
151
Khalid ibrahim x nk ulas ke
 

g-man

Super Active Member
gem
Messages
8,165
Joined
Jan 16, 2011
Messages
8,165
Reaction score
1,307
Points
151
Ade lg ye Khir Toyo ni...
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
26,314
Reaction score
3,585
Points
261
Awards
1

PROJEK CANAL CITY​

Skrg musim hujan....banjir sana sini.....apa kata MB Selangor dlm Harakah mengenai Projek Tebatan Banjir..

...."Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu, kerajaan negeri telah membatalkan projek Canal City yang menghubungkan Sungai Klang hingga Sungai Langat kerana tidak memberi banyak manfaat kepada rakyat Selangor."

Apa dia Project Canal City (dirancang semasa BN dulu)..

Projek Canal City yang bermula hujung 2007 lalu melibatkan tanah seluas 1,960 hektar . Ia termasuklah projek tebatan banjir sepanjang 18 km terowong yang menghubungkan Sungai Klang dan Sungai Langat.

Projek ini bernilai RM745 juta. Sebagai balasannya, kerajaan negeri terdahulu memberikan pemajunya, K-Euro,

Projek ni lebih kurang mcm Smart Tunnel la......K-Euro sbg Pemaju buat Project dan sebagai pembayaran K-Euro berhak memajukan 1 960 hektar tanah.....

Apa yg dimaksudkan dlm lapuran Harakah, komponen Tebatan Banjir dibatalkan tapi komponen hartanah di teruskan....


http://www.harakahdaily.my/selangor-batalkan-projek-canal-city
1640599264224.gif



Sapa pula Tokeh K-Euro....tak lain tak bukan Tan Sri Chan Ah Chye, juga Tokeh Talam.......makna kata, Chan Ah Chye proceed with the lucrative property project, tapi projek asal, i.e tebatan banjir tak payah buat.........

http://www.theedgemalaysia.com/highlights/200239-ijm-corp-to-raise-stake-in-keuro.html
1640599264246.gif


Ha ha ...Tipah tertipu lagi....

Hamidzun Hk, Zubir Zainuddin, Mega Bidaman, Shazuein Azmaini Azmil, Mdsidek Hazemi, Azmy Klanajaya, Shamsuddin Hassan, Yang Dipertua En Sham
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,496
Joined
Jul 1, 2008
Messages
38,496
Reaction score
3,429
Points
261
Awards
1
La ada lagi khir toyo.. xpe la klu da ex ni ckp memamg semua ok je
 

WalKing

Fun Poster
Messages
478
Joined
Jun 17, 2014
Messages
478
Reaction score
104
Points
33
Betoi ka taman sri muda yg banjir teruk tu patut jadi kolam?.. Habis la pakatan
 
Sponsored Post

Top
Log in Register