BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumpa ‘kayu’ semasa bersihkan terusan, rupanya buaya gergasi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Jumpa ‘kayu’ semasa bersihkan terusan, rupanya buaya gergasi​

geli-buaya.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu terkejut apabila objek disangka kayu merupakan seekor buaya. - Lambe Turah

JAKARTA – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila objek terapung yang disangka kayu sebenarnya seekor buaya semasa dia membersihkan terusan bersama rakannya di Konawe Selatan, wilayah Sulawesi Tenggara, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video kejadian dikongsi di media sosial menunjukkan lelaki itu mengutip sampah dan rumput di sekitar terusan sebelum menemui objek terapung yang kelihatan seperti kayu.

“Saya fikir objek tersebut merupakan ranting kayu yang terapung. Namun, ia tiba-tiba bergerak secara agresif dan muncul ke permukaan air,” kata mangsa.

Dia menjerit ketakutan dan lari bertempiaran apabila mendapati objek tersebut adalah seekor buaya gergasi.

Mangsa berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register