BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buaya gergasi ganggu penduduk kampung kecundang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,126
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,126
Reaction score
346
Points
141

Buaya gergasi ganggu penduduk kampung kecundang​

Buaya.jpeg

BUAYA berukuran lebih dua meter yang berjaya ditangkap. AGENSI

JAKARTA – Penduduk di Desa Teluk Kembang di Daerah Sambas, Kalimantan Barat,  akhirnya boleh menarik nafas lega selepas seekor buaya ganas sepanjang lebih dua meter yang memberikan keresahan kepada warga kampung berjaya ditangkap selasa lalu, lapor porta berita KOMPAS.com

Reptilia pemangsa tersebut ditangkap di Sungai Sange Mangge, dengan kawalan keselamatan secara langsung daripada anggota polis.

Ketua Polis Teluk Keramat, Iptu Rio Castella berkata, , kemunculan buaya di kawasan sungai sebelum ini membimbangkan penduduk, terutamanya bagi masyarakat yang menjalankan aktiviti di sekitar tebing sungai dari waktu petang hingga malam.

“Maklumat mengenai keberadaan buaya itu juga sempat tular dan menjadi bualan penduduk kerana dianggap berpotensi membahayakan keselamatan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan bertulis.

Sebagai langkah awal bagi memastikan proses penangkapan berjalan dengan selamat, pihak polis turun padang untuk melakukan kawalan keselamatan bersama-sama  masyarakat setempat.

Operasi penangkapan bermula pada pukul 11.45 malam (waktu tempatan) selepas penduduk kampung melakukan pemantauan terhadap pergerakan buaya di aliran Sungai Sange Mangge.

Usaha penduduk akhirnya membuahkan hasil apabila buaya tersebut berjaya ditangkap dan dibawa naik ke darat sejam kemudian. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register