kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Jumpa ‘kayu’ semasa bersihkan terusan, rupanya buaya gergasi
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu terkejut apabila objek disangka kayu merupakan seekor buaya. - Lambe Turah
JAKARTA – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila objek terapung yang disangka kayu sebenarnya seekor buaya semasa dia membersihkan terusan bersama rakannya di Konawe Selatan, wilayah Sulawesi Tenggara, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video kejadian dikongsi di media sosial menunjukkan lelaki itu mengutip sampah dan rumput di sekitar terusan sebelum menemui objek terapung yang kelihatan seperti kayu.
“Saya fikir objek tersebut merupakan ranting kayu yang terapung. Namun, ia tiba-tiba bergerak secara agresif dan muncul ke permukaan air,” kata mangsa.
Dia menjerit ketakutan dan lari bertempiaran apabila mendapati objek tersebut adalah seekor buaya gergasi.
Mangsa berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan. – AGENSI
Jumpa ‘kayu’ semasa bersihkan terusan, rupanya buaya gergasi
JAKARTA - Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila objek terapung yang disangka kayu sebenarnya seekor buaya semasa dia membersihkan terusan bersama rakannya di Konawe Selatan, wilayah Sulawesi Tenggara, lapor portal berita Lambe Turah. Rakaman video kejadian dikongsi di media sosial...
www.kosmo.com.my