BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki dibaham buaya semasa baiki perahu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Lelaki dibaham buaya semasa baiki perahu​

geli-buaya-1.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu dibaham seekor buaya semasa membaiki perahu pada waktu pagi. - TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki dipercayai maut selepas dibaham seekor buaya ketika membaiki perahu bersama rakan-rakannya di sebatang sungai di Bandung Barat, wilayah Jawa Barat, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku sekitar pukul 1.53 pagi (waktu tempatan) di Desa Teluk Bentung, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan keempat-empat lelaki itu turun ke dalam sungai sebelum salah seorang daripada mereka dibaham buaya.

Tiga rakannya bergegas naik dan memanggil nama mangsa yang hilang dari permukaan air.

Pasukan penyelamat dimaklumkan mengenai kejadian itu dan sedang mengesan mangsa yang hilang.

Penduduk tempatan dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada semasa melakukan sebarang aktiviti di sekitar kawasan sungai. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register