BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Hilang Dipercayai Dibaham Buaya Di Kinabatangan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f144a8e2b666fccc67573dbd08a307d4668009bf14742

(gambar hiasan)

Seorang lelaki dilaporkan hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika menjala ikan di sungai berhampiran Ladang Kompas Tenggara, Sukau, Kinabatangan di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Hairi Otuh berkata rakan mangsa memaklumkan mengenai kehilangan pekerja ladang, Stefanus Marti, 48, kira-kira pukul 8 malam.

"Sebelum itu, pengadu bersama beberapa lagi pekerja ladang cuba mencari mangsa di sekitar tebing sungai setelah lelaki itu tidak pulang ke rumah.

"Daripada pencarian itu juga mereka hanya menemukan pakaian dan pukat ikan milik mangsa di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hairi berkata polis menerima panggilan kira-kira 1.07 tengah hari hari tadi berhubung kejadian itu dan operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan.

 
Back
Top
Log in Register