BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja Lelaki Maut Dipercayai Dibaham Buaya Di Sungai Sarawak

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
a001e20e23a9c1e30e1a37a1c0531ae569c677b79ac8e

Foto: JBPM Sarawak

Seorang lelaki berusia 15 tahun ditemukan maut dipercayai dibaham buaya ketika mandi bersama keluarganya di Sungai Sarawak di Kampung Segubang, Batu Kawa, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, mayat dijumpai oleh ahli keluarga kira-kira 5.30 petang, tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Sebelum kejadian, mangsa bersama abang dan adiknya sedang mandi di sungai, manakala ibunya membasuh pakaian.

“Semasa mandi, mangsa mengadu sakit pada kaki sebelum dipercayai ditarik oleh seekor buaya. Ketika kejadian, datuk mangsa yang turut berada di lokasi bertindak mengejar mangsa dengan menggunakan bot,” menurut kenyataan itu.

Unit Penyelamat Di Air (PPDA) bomba menggunakan bot penyelamat untuk menjalankan pencarian dengan kaedah ‘surface searching’ di sekitar kawasan kali terakhir mangsa dilihat.

“Panggilan kecemasan diterima kira-kira 2 petang, sebelum jasad dijumpai dalam keadaan tidak sempurna,” menurut kenyataan itu.

Mayat remaja itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register