BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat jumaat di musim coronavirus

#7

Bergantung pada negeri juga.

Kena ikut arahan tuan rumah.

275482832_4798635440185634_3809571670628708504_n.jpg
275482832_4798635440185634_3809571670628708504_n.jpg
 

Solat tanpa penjarakan fizikal masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri​

BERNAMA
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP



Kuala Lumpur: Aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau yang boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal apabila negara memasuki Fasa 'Peralihan Ke Endemik' bermula 1 April ini, masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri.

Di KEDAH, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata, ketetapan baharu mengenai perkara itu adalah tertakluk kepada perkenan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

"Buat masa ini mesyuarat bagi menentukan perkara itu masih belum diadakan," katanya.







Di PERAK, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata, perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan dalam masa terdekat dan keputusannya akan dimaklumkan kelak.

Di PULAU PINANG, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkata, meskipun perbincangan belum dibuat, pihaknya bersedia untuk mengikut saranan berkenaan.


"Kami belum buat keputusan lagi berhubung aktiviti di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal, namun secara dasarnya jika itu (cadangan) yang disyorkan, kami akan ikut ke arah tersebut," katanya.


Di TERENGGANU, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, ketetapan berhubung pemansuhan penjarakan fizikal bagi solat jemaah di semua masjid dan surau di negeri itu masih belum diputuskan, dan menegaskan ia hanya boleh ditentukan dengan perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Di PERLIS, Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri Ruzaini Rais berkata, kerajaan negeri menunggu perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berhubung kelonggaran baharu itu.

Di SARAWAK, Menteri bertanggungjawab Hal Ehwal Islam Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ketetapan solat jemaah tanpa penjarakan fizikal masih belum dibincangkan oleh Majlis Islam Sarawak (MIS).

Beliau berkata, buat masa ini, prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan MIS berkuat kuasa 7 Januari lalu berhubung aktiviti solat di masjid dan surau di Sarawak masih terpakai.

Bagaimanapun, di sebalik kebanyakan negeri masih belum membincangkannya, PAHANG menjadi satu-satunya negeri yang sudah bermesyuarat bagi membincangkan perkara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Ahmad Hairi Hussain ketika dihubungi memaklumkan ketetapan berhubung pemansuhan jarak bagi solat jemaah di negeri ini, sudah dibincangkan dan perinciannya akan dimaklumkan kepada orang ramai selewat-lewatnya pada minggu depan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau serta upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula Fasa 'Peralihan Ke Endemik' 1 April ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid atau surau tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.
 
Sembahyang kat Masjid Pontian sikit lg da nak berlaga bahu.
Masjid pun ada lompong kat belah belakang hihi.
 

Saf solat rapat dibenarkan di Wilayah Persekutuan bermula 1 April​

Samadi Ahmad
[email protected]
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP


Putrajaya: Solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal atau saf dirapatkan dibenarkan di semua surau dan masjid di Wilayah Persekutuan selaras dengan negara memasuki Fasa Peralihan Endemik 1 April ini.

Kebenaran itu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, jemaah digalakkan membawa dan menggunakan sejadah sendiri ketika mengerjakan solat di masjid dan surau.

Menurutnya, kehadiran ke masjid dan surau dibenarkan tanpa had umur kepada yang menerima vaksinasi Covid-19.

Katanya, masjid dan surau dibenarkan untuk melaksanakan solat sunat Tarawih 20 rakaat pada Ramadan, manakala Qiamullail dibenarkan di masjid dan surau bermula tengah malam.

"Majlis berbuka puasa, moreh dan sahur dibenarkan di masjid dan surau manakala makanan digalakkan disediakan secara berbungkus," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd Ajib berkata, aktiviti tadarus al-Quran di masjid dan surau dibenarkan diadakan pada bila-bila masa yang bersesuaian dalam bentuk kumpulan kecil.

Menurutnya, semua kebenaran itu adalah tertakluk kepada SOP yang ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Diharapkan lebih ramai jemaah dapat mengimarahkan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dan disaran untuk terus bermunajat serta berdoa agar penularan wabak Covid-19 melanda negara segera dapat dibendung seterusnya mendapat perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah SWT," katanya
 
Masa larang bising, masjid dah buka tidak ramai

PETALING JAYA – Sudah seperti lumrah, apabila ada larangan, ketika itulah orang ramai bising dan memaksa kerajaan untuk dibuka masjid.

Sebelum ini, ketika negara diserang pandemik Covid-19, kerajaan terpaksa membuat larangan untuk masjid tidak menerima kehadiran jemaah.

Ketika itulah, orang ramai dari setiap sudut tidak kira di media sosial mahupun kedai kopi bising terhadap larangan tersebut dan mengatakan kerajaan zalim.

Pada awal kebenaran buka masjid awal bulan lalu, ternyata ramai jemaah yang hadir ke masjid, namun setelah berminggu, keadaan tersebut kembali suram.

Rata-rata orang ramai juga perasan berkenaan perkara tersebut dan menyifatkan itu adalah kebiasaan bagi orang kita yang bising ketika larangan dilakukan.

“Memang perangai orang kita, yang tidak boleh itulah yang nak sangat. Dah dapat ni tak ada pun memenuhi masjid tu, memang kembali pada asal.

“Orang larang tu ada je sebab dia, bukan saja-saja, orang kita ni saja nak buat bising, biasalah tu, ” jelas Saifullah.


“Awal-awal dulu memang ramai, dalam Ramadan pun Alhamdulillah ramai, tapi dah beberapa minggu ni nampaknya kembali asal, ” jelas Wan Aziz Wan Deraman. – KOSMO! ONLINE.
 
Setahu aku ramai bising x leh solat jumaat..

Setakat solat 5 waktu.. Sedia maklum Saf sebaris dua je..sebelum covid, selepas vaksin dan selepas dpt kebenaran utk semua boleh solat..

Dari dulu smpi skrng..mmg sebaris dua je..

Ada masa Si A gi masjid, ada masa Si A x gi, si B pulak yg pergi.. So jemaah kt masjid kekal sebaris dua je..
 
Back
Top
Log in Register