BTC USD 83,180.0 Gold USD 4,179.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat jumaat di musim coronavirus

Masjid Singapore dah arah tutup 5 ari, solat jumaat ditiadakan, ganti ngan solat zohor kat umah masing2 je. Solat jemaah pun sama dorang suruh buat kat rumah je. Sini kkm kata masih terkawal lagi dan mufti kata masih kena solat jumaat lagi. Garis panduan kkm kata kena sediakan facemask pegi masjid, amik wudhu kat umah sebelum kemasjid, sanitize tangan sebelum kemasjid, ada simptom demam/selsema takyah pegi. Tapi agak2 berapa keratla sangat orang nak ikut. Batuk bersin pun selamba je depan muka orang. Kalo duk ceruk ulu kg, ok lagi kot takdela panik sangat nak pegi masjid tapi kalo duk tengah2 bandar, orang have2 ntah baru turun flight pun ramai je solat jugak, lojik je nak panik.
 
mufti perlis mmg kita tau tegas die
 
setakat ni tadi takde apa2 yg pelik berlaku...jemaah mcm biasa...cuma saranan utk pendekkan khutbah dan masa mcm belum dipraktikkan lagi...maybe sbb teks khutbah dah siap seminggu awal...kita tgk minggu depan pula
 
kutbah pendek jer tapi masih ada yg tidor. mungkin letih sangat tu.
 
Selangor tangguh hingga 17 April

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan menangguhkan solat fardu berjemaah serta Jumaat di surau dan masjid di negeri itu sehingga 17 April sebagai sebahagian langkah menangani penularan wabak COVID-19.


Turut ditangguhkan ialah aktiviti ceramah dan kuliah agama bagi mengurangkan impak dan penularan wabak berkenaan di Selangor.

Keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat khas atas titah baginda bersama dengan Jabatan Mufti Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jawatankuasa Pasukan Tindakan Khas Menangani COVID-18 negeri.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata ketetapan ini selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara seperti diputuskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Walaupun begitu katanya, baginda menegaskan jika wabak itu dapat dibendung dan di atasi dalam tempoh lebih awal, satu arahan baharu akan dikeluarkan.

Beliau menjelaskan, baginda tetap membenarkan azan dilaungkan seperti biasa sebagai tanda pengumuman masuk waktu solat fardu.

“Bagaimanapun, baginda menetapkan solat Jumaat ini wajib digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.

“Bagi memohon perlindungan daripada Allah SWT supaya penularan wabak COVID-19 segera berakhir, baginda menyeru Qunut Nazilah digalakkan dibaca semua rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain Selangor, Johor adalah antara negeri yang turut mengeluarkan arahan pada hari ini bagi penangguhan solat berjemaah di surau dan solat Jumaat sehingga 26 Mac ini di seluruh masjid negeri itu.

Mohamad Bani berkata, Sultan Selangor turut menasihat rakyat di negeri itu tidak menghadiri atau berkumpul di tempat awam jika mereka mempunyai tanda penyakit COVID-19, bagi mengelak penularan virus berbahaya ini kepada rakyat Selangor.

“Baginda menyeru umat Islam di Selangor mendoakan kesejahteraan diri masing-masing, keluarga dan rakyat setiap kali selepas mendirikan solat.

“Baginda juga mahu rakyat Selangor mematuhi arahan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan Persekutuan demi mencegah penularan baharu dan memulihkan keadaan segera,” katanya.

Beliau berkata, Sultan Selangor turut berharap rakyat bersabar dan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap usaha kerajaan menangani wabak ini.

“Baginda turut mendoakan keadaan akan kembali pulih seperti biasa dan seluruh rakyat dilindungi Allah SWT serta dijauhi daripada bala dan bencana,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register