BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat Dhuha....Sunnah @ Harus?

Salam..
Setakat copy & paste dari laman: http://muslimah.blogmas.com/2007/10/09/solat-dhuha-murahkan-rezeki-menolak-kepapaan/

Solat Dhuha - Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.

Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya. Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah,dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya :

“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :

“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :

“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”

(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :

” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”

( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :

Ertinya : ” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”

Doa’ sembahyang Dhuha ialah:

Maksudnya : ” Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”

Wasalam

Cantikkkkk....sebuah nas yang besar!!! :)
 
aku pernah jumpa kat sini
http://uk.wrs.yahoo.com/_ylt=A0oGku...members.tripod.com/ahmad_awang/sembayang.html.

nanti aku confirm balik dengan ustaz kat tempat aku...:)

SOLAT DHUHA

Solat ini dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan (istiwak). Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah 8 rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan oleh 2 rakaat.

DALIL TENTANG SOLAT INI.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : أو صاني خليلي بثلاثة صيام أيام من كل شهر وركعتين الضحى وأن أوتر قبل أنام .

(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya :

Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur.

NIATNYA

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.

DOA SOLAT DHUHA

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .

Maksud :

Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Tabik spring sikit....:D
 
ni ada lak sal rasulullah buat solat dhuha...

makin pening lak...~X(~X(
 
jangan nak pening atau nak sakitkan kepala. bagi aku kalau sesuatu perkara yang bid'ah pun, kalau ianya baik elok dilakukan daripada dok sembang2 kosong. Pendapat aku la...

aku pernah jumpa orang sembahyang subuh tak baca doa qunut...

kalau kita ada masalah atau perkara yang tak berapa pasti, kita kena merujuk kepada orang yang lebih pandai atau pergi jumpa mana2 guru agama dan kat area manjung ni, semua surau dan masjid ada mempunyai program ugama dan selepas kuliah maghrib selalunya ustaz akan membuka soalan dan masa tu kita tanyalah apa yang kita tak faham.

SIMPLE..
 
biasa lah,ape-ape pon cek balik dgn Al-Quran,dah lama pon kita dikonfiuskan,sama ade kita sedar atau tidak sedar,atau kita hanya mampu jadi pak turut? fikir-fikirkanlah
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register