kasim ahmad, kalau dia pakai dalil Al-Quran kita terima, tapi
kalau dia pakai pendapat peribadi kita tak terima,
saya baca blog dia, dia banyak pakai pendapat akal dia,
dia anti hadis tapi dia bukan pakar Quranist,
berbeza dgn tokoh Quranist yang menulis artikal tu,
diorang ni hafal dan faham makna Al-Quran, diorang buat kajian dulu
baru buat rumusan,
diorang kaji dalam Al-Quran hanya ada 3 waktu solat,
solat fajar, solat wusta dan solat isha,
diorang bagi ayat-ayatnya dan terangkan dgn jelas,
nama solat magrib dan solat zohor memang tak ada dalam Al-Quran,
kalau kita yakin dengan Al-Quran, kita kena ikut apa yang ada
dalam Al-Quran.
Solat itu 5 waktu.
Adakah kau tidak mengkaji habis?
Cuba kaji dalam Al-Quran dulu.
Memang ada dalam Al-Quran supaya
mengerjakan solat 5 waktu.
Kalau kamu tidak berjumpa dengan
jawabannya, maka kamu patut pergi
berjumpa dengan mereka yang arif.
Atau kamu nak aku
suapkan kepada
kamu juga?
Kamu ingin aku menjawab? Boleh. Tetapi
tidak di forum ini, aku ingin menjemput
saudara untuk bertemu "live" dengan
mereka yang arif. Bagaimana mungkin
aku ingin berdebat dengan kamu bila
dalam minda kamu telah menSETkan aku nie
buduh bukan??? Seperti yang dituduh oleh
mereka2 yang berpendapat seperti kamu yakni
Lenkchai dan Pubin di Carigold ini kepada
aku.
Allah Maha Mengetahui.
Kamu kata tokoh Quranist itu hafal,
dan faham ayat Al-Quran dan mereka
buat kajian kemudian baru buat rumusan.
Tetapi, adakah dengan statement sebegitu,
saudara mengatakan bahawa rujukan2
kami tidak lengkap. Atau kamu
mengatakan bahawa Hadis semuanya itu palsu.
Tidak ada satu Hadis pun yang boleh diterima???
Kemudian aku buat posting seperti:
Beberapa cara yang boleh digunakan:
Jika ada seseorang atau sekumpulan yang membawa fahaman yang unik dan lain daripada kebiasaan maka kita harus melihat beberapa faktor seperti di bawah ini:
- Apakah akidah mereka?
Tanya kepada mereka ini terlebih dahulu dan dapatkan penjelasan yang rapi dan menyakinkan kita semua untuk menghindar fitnah kepada diri kita dan Ulama? Amat penting!!
- Adakah mereka merupakan Ahlus Sunnah Wal Jamaat(Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie', Hanbali)?
- Adakah mereka merupakan pengikut Mazhab Syiah?
- Adakah mereka merupakan golongan yang tidak percaya kepada hadith?
- Adakah mereka merupakan golongan yang berpegang kepada fahaman Wahabi atau sedikit-sebanyak cenderung kepada Wahabi?
- Adakah mereka merupakan golongan Melayu yang sudah murtad dan mempersoalkan Islam supaya menimbulkan keraguan kepada Umat Islam?
- Adakah mereka merupakan penganut2 agama lain yang membenci Islam dan pandai bercakap bahasa Melayu walaupun dalam dialek Kelantan, Terengganu, Kedah dan sebagainya??
- Adakah mereka merupakan agen2 perisikan yang beroperasi secara halus dalam menghancurkan perpaduan? Mereka sudah wujud lama dan terbukti. Sesiapa yang menafikan perkara ini, maka kamu memang lurus bendul dan tidak memahami politik antarabangsa(seumpama)
- Adakah mereka baru sahaja belajar mengenai Islam kerana ketika mereka masih di tadika, sekolah, Universiti, mereka tidak mengambil tahu atau tidak ingin mengambil tahu pasal Islam? Mereka ini juga selalunya baru mengkaji Islam selama 1 - 3 tahun dan kemudian berkongsi dengan seluruh dunia mengatakan mereka berada dalam kebenaran?
- Adakah mereka mempunyai masalah mental/gila baru2 atau sebelum ini? Dalam hal2 yang melibatkan akidah agama , perlu ada doktor atau sekumpulan professional dan tidak professional yang boleh mengiktiraf sama ada mereka ini mempunyai masalah mental, gila dan seangkatan dengannya?
- Adakah mereka baru sahaja bercerai atau putus cinta? Mengikut pengalaman aku dalam menghadapi kes2 sebegini, memang ada golongan yang baru putus cinta atau bercerai dan mereka ini mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam hal2 sebegini? Tetapi, mereka akan reda selepas 1-7 tahun(mengikut pengalaman aku lah)
- Adakah mereka mempunyai kepandaian dan memahami Bahasa Arab?
- Apakah mereka tidak memberitahu mengenai umur mereka? Adakah mereka sudah akil baligh? Dari segi saintifik, memang ada yang lambat akil baligh. Jadi, perlu berhati-hati.
- Apakah mereka ini mempunyai masalah akhlak atau suka melakukan maksiat?
- Adakah mereka merupakan golongan gay atau lesbian yang cenderung untuk mengikut pendapat semata2 untuk golongan mereka?
Jadi, sebab itu mereka yang membawa fahaman yang bercanggah dan berbahaya kepada perpaduan, maka mereka patut memenuhi kriteria di atas.
Jika ada pertambahan, aku akan update pada masa depan.(memang ada pun)
Adakah posting di atas ini tidak menepati Al-Quran?
Apakah kamu sedar dan tahu bagaimana hadis di kaji dan
ditapis?
Dan kamu tidak melihat kepada sekeliling kamu untuk
mendapat pengajaran?
Adakah kamu tidak dapat mengambil pengajaran kerana
sudah menSETkan minda anda sebegitu?
Bukankah benar sedikit orang yang bersyukur?
Dan adakah kau berada di "sedikit orang/golongan yang bersyukur"?
Dan ye...betul...solat 5 waktu itu ada dalam Al-Quran.
Nak aku suapkan kepada mu lagi?
Terima kasih kerana menggunakan mata kurniaaNya untuk
membaca penulisan aku.