BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat berpandukan Al-Quran

adeh ko ni TT solat diwajibkan masa israq mikraj.Dari 50 waktu dikurangkan ke 5 waktu sahaja.



di antara ayat-ayat dalam surah Al-Israk berkaitan
dengan Al Quran dan solat.
tidak dinyatakan yg Allah beri nabi 50 waktu solat
dan setelah beberpa kali rayuan diturunkan kepada 5 waktu
seperti yg didakwa oleh petaksub hadis.
--------------------------------

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya
(Muhammad) pada malam hari dari
Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa
(di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya,
untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui.
(Al-Israa' 17:1)

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk
ke jalan yang amat betul (agama Islam),
dan memberikan berita yang mengembirakan
orang-orang yang beriman yang mengerjakan
amal-amal soleh, bahawa mereka
beroleh pahala yang besar.
(Al-Israa' 17:9)
( al quran memberi petunjuk ke jalan benar.)

Dan janganlah engkau mengikut apa yang
engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;
sesungguhnya pendengaran dan penglihatan
serta hati, semua anggota-anggota itu
tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Al-Israa' 17:36)
( setiap apa yg kita ikut hendaklah ikut dgn ilmu
bukan ikut membabi-buta )

Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya
adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.
(Al-Israa' 17:38)
( perintah-perintah Allah dalam Al Quran wajib ditaati)

Perintah yang demikian itu ialah sebahagian
dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu
(wahai Muhammad) oleh Tuhanmu.
Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan
bersama-sama Allah sesuatu yang lain
yang disembah, kerana akibatnya engkau
akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam
dengan keadaan tercela dan tersingkir
(dari rahmat Allah).
(Al-Israa' 17:39)
( solat hanya untuk Allah, tidak boleh
menyebut nama lain selain dari nama Allah )

Dan apabila engkau membaca Al-Quran
(wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan
ingkar dan hasad dengki orang-orang yang
tidak beriman kepada hari akhirat itu
sebagai dinding yang tidak dapat dilihat,
yang menyekat mereka daripada
memahami bacaanmu.
(Al-Israa' 17:45)
(orang-orang yg tidak beriman dgn hari akhirat
tidak dapat memahami al quran)

Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai)
tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka,
juga sebagai penyumbat pada telinga mereka,
yang menghalang mereka dari memahami
dan mendengar kebenaran Al- Quran;
dan sebab itulah apabila engkau menyebut
nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran,
mereka berpaling undur melarikan diri.
(Al-Israa' 17:46)
( apabila disuruh taat kepada Allah sahaja
mereka berpaling undur. )

Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu
(wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya
Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan
kekuasaanNya; dan tiadalah Kami menjadikan
pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami
perlihatkan kepadamu melainkan sebagai
satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga
Kami jadikan) pokok yang dilaknat
di dalam Al-Quran; dan Kami
beri mereka takut (dengan
berbagai-bagai amaran) maka semuanya
itu tidak menambahkan mereka melainkan
dengan kekufuran yang melampau.
(Al-Israa' 17:60)
( pandangan yg diperlihatkan kepada
nabi ada detailnya
pada surah-surah lain, sila search )

Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir
matahari hingga waktu gelap malam,
dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya
sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
(Al-Israa' 17:78)
( dalam text arab tidak disebut 'solat subuh', tetapi
'Al Quran subuh'. )

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu
malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud"
padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu;
semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu
pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
(Al-Israa' 17:79)
( dalm text arab tidak disebut
'solat tahajjud', tetapi hanya 'tahajjud' )

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur
dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi
ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang
beriman kepadanya; dan (sebaliknya)
Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim
(disebabkan keingkaran mereka)
melainkan kerugian jua.
(Al-Israa' 17:82)
(al quran sebagai penawar dan rahmat bagi orang-orang
yg beriman,bagi orang yg zalim hanya mendapat kerugian.)

Katakanlah (wahai Muhammad):
"Tiap-tiap seorang beramal menurut
pembawaan jiwanya sendiri;
maka Tuhan kamu lebih mengetahui
siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya".
(Al-Israa' 17:84)
( setiap orang beramal mengikut niatnya, hanya Allah
yg tahu )

Dan sesungguhnya jika Kami kehendaki,
tentulah Kami akan hapuskan apa yang
Kami telah wahyukan kepadamu,
kemudian engkau tidak
akan beroleh sebarang pembela
terhadap Kami untuk mengembalikannya.
(Al-Israa' 17:86)

(Tetapi kekalnya Al-Quran itu) hanyalah
sebagai rahmat dari tuhanmu; sesungguhnya
limpah kurnianya kepadamu (wahai Muhammad) amatlah besar.
(Al-Israa' 17:87)
( dalil Al Quran kekal dan tidak berubah )

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya
jika sekalian manusia dan jin berhimpun
dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan
sebanding dengan Al-Quran ini, mereka
tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang
sebanding dengannya, walaupun mereka
bantu-membantu sesama sendiri".
(Al-Israa' 17:88)
(manusia dan jin tidak mampu membuat kitab
sebanding dgn al quran.)

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan
berulang-ulang kepada manusia,
di dalam Al-Quran ini,
dengan berbagai-bagai contoh perbandingan
(yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu,
kebanyakan manusia tidak mahu menerima
selain dari kekufuran.
(Al-Israa' 17:89)
( kebanyakan manusia tidak mahu menerima al quran
dan lebih suka menerima hadis. )

Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk
oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya
berjaya mencapai kebahagiaan;
dan sesiapa yang disesatkanNya maka
engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka,
penolong-penolong yang lain daripadaNya.
Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat
(dengan menyeret mereka masing-masing)
atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak;
tempat kediaman mereka: neraka Jahannam;
tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi
mereka dengan api yang menjulang-julang.
(Al-Israa' 17:97)
=============================
Dan dengan cara yang sungguh layak serta
berhikmat Kami turunkan Al-Quran,
dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan;
dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad)
melainkan sebagai pembawa berita gembira
(bagi orang-orang yang beriman)
dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
(Al-Israa' 17:105)
( jelas, surah ini berkaitan turunnya Al Quran )

Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan
supaya engkau membacakannya kepada manusia
dengan lambat tenang; dan Kami
menurunkannya beransur-ansur.
(Al-Israa' 17:106)

Katakanlah (wahai Muhammad kepada
orang-orang yang ingkar itu):
"Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran
atau kamu tiada beriman,
(tidaklah menjadi hal); kerana
sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu
apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka,
mereka segera tunduk sujud
(dalam keadaan hiba dan khusyuk);
(Al-Israa' 17:107)
( dalil sujud pertama)

Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya):
"Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji
Tuhan kami tetap terlaksana. "
(Al-Israa' 17:108)

Dan mereka segera tunduk sujud itu
sambil menangis, sedang Al-Quran
menambahkan mereka khusyuk.
(Al-Israa' 17:109)
( dalil sujud kedua)

Katakanlah (wahai Muhammad):
"Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman",
yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama
itu adalah baik belaka);
kerana Allah mempunyai banyak
nama-nama yang baik serta mulia".
Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan
doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau
perlahankannya, dan gunakanlah sahaja
satu cara yang sederhana antara itu.
(Al-Israa' 17:110)
( bacaan dalam solat atau doa dgn nada sederhana sahaja )

Dan katakanlah: "Segala puji tertentu
bagi Allah yang tiada mempunyai anak,
dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya,
dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu
kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan
serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"
(Al-Israa' 17:111)
( contoh bacaan dalam solat- ayat-ayat yg
mentauhidkan Allah. )
 
si papa ni bleh tahan lagi.....

si TT....100% tolak hadis...:p

sama2 geng, xdenyer nak bangkang....tegur pun lembutttt je...:">


GAH ni.....baca dan faham.....faham pula ikut suka ko le...aku aku....ko ko....janji HADIS TOLAK TEPI...

HADIS kan PALSU DAN DIADA-ADAKAN MANAKALA AMALAN KAMI NI AMALAN NENEK MOYANG SEMATA-MATA...X GITU TT?
:p



Di antara beribu-ribu hadis, hadis ini sahaja
yang boleh dipakai.dengan adanya hadis ini,
bermakna semua hadis-hadis lain termansuh,
kerana mereka telah melanggar larangan nabi!!!

The prophet said:
"Do not write down anything from me except the Quran.
Whoever wrote other than that should delete it
[Sahih Muslim, Book 42, Number 7147, also Ahmed, Vol. 1, Page 171]

"Abu Huraira said:
The messenger of God came to us while we were writing his sayings and said:
"What is it you are writing?"
we said "sayings (hadith) we hear from you messenger of God"
he said, "A book other than God's book?"
then Abu Huraira said,
"so we gathered what we had written and burnt it all"
(Taqyeed Al-Ilm, by Al-Khateeb Al-Baghdady) also (Oloom Al-Hadith, by Ibn Salah).

Abu huraira said that the prophet said,
"The 'Ummam' (nations/peoples) that preceded you
have gone astray when they wrote books
and upheld them besides God's scripture"
(Ahmed Ibn Hanbal).
 
hehehhehehe, ustaz google apabila memberi ceramah..panjang nak baca
 
Allah ceritakan dalam al quran, mereka menunggu syafaat, tetapi nabi tak bagi syafaat;


Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka,
sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya
satu persatu berdasarkan pengetahuan
(Kami yang meliputi segala-galanya),
untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat,
bagi orang-orang yang (mahu) beriman.
(Al-A'raaf 7:52)

(al quran menjelaskan satu persatu, menjadi hidayah
petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.)

Tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan
melainkan akibat atau kesudahan
(apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran),
pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu
(pada hari kiamat kelak),
berkatalah orang-orang yang telah melupakannya
(yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu:

(pada hari kiamat kelak,
berkatalah orang-orang yang telah melupakan al quran.)

"Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami
dengan membawa kebenaran, maka adakah untuk kami pemberi syafaat
supaya mereka memberi syafaat bagi kami
atau (bolehkah) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal,
lain daripada apa yang kami telah kerjakan?"

(mereka mengaku telah datang rasul-rasul membawa kebenaran,
mereka bertanya adakah syafaat untuk mereka, kerana dulu mereka
percaya rasulullah akan memberi syafaat kepada mereka,
jika mereka ikut kitab hadis.
mereka ingin kembali ke dunia supaya beramal lain dari apa
yang telah mereka kerjakan, jika dulu mereka ikut hadis,
sekarang mereka nak ikut al quran sahaja.)

Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri,
dan telah lenyaplah dari mereka
perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.

(mereka telah merugikan diri mereka sendiri,
dan telah lenyaplah segala yang mereka ada-adakan,
-iaitu amalan-amalan yang mereka pelajari dari kitab hadis.
semuanya lenyap, tidak memdapat pahala.)

(Al-A'raaf 7:53)

(betul-betul tepat kena batang hidung petaksub kitab hadis.)


Alhamdulillah... :)

Firman Allah SWT ;

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
(Surah al-Ahzaab, 33: 56)


Perhatikan firman Allah di atas bagaimana Allah memulakan dengan DiriNya yang Maha Agung dalam perintah selawat sedangkan di dalam perintah ibadah yang lain Allah tidak ada seumpamanya. Inilah yang menunjukkan betapa selawat ini sesuatu yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya." Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim.


Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Ibn Mas’ud r.a)



UNTUNGnya kepada sesiapa yang berselawat ... jom kita umah islam perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W ... :)cgrock:)cgrock
 
Last edited:
Alhamdulillah... :)

Firman Allah SWT ;

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
(Surah al-Ahzaab, 33: 56)


Perhatikan firman Allah di atas bagaimana Allah memulakan dengan DiriNya yang Maha Agung dalam perintah selawat sedangkan di dalam perintah ibadah yang lain Allah tidak ada seumpamanya. Inilah yang menunjukkan betapa selawat ini sesuatu yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya." Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim.


Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Ibn Mas’ud r.a)



UNTUNGnya kepada sesiapa yang berselawat ... jom kita umah islam perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W ... :)cgrock:)cgrock

selawat boleh dibuat, masa marhaban,masa dalam majlis tahlilan,
masa majlis kesyukuran dapat anak,dll.., tetapi bukan dalam solat.
solat hanya untuk Allah, tidak boleh sebut nama-nama lain selain nama Allah.
----------------
ayat-ayat berkaitan syafaat,
tidak ada yg berkuasa memberi syafaat selain dari Allah,
atau setelah diizinkan oleh Allah.
tidak ada mana-mana ayat yg menyatakan
syafaat akan diberi kepada yang ikut kitab hadis.
---------------------------------

Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat),
yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain
(yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab),
dan tidak diterima syafaat daripadanya,
dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan;
dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.
(Al-Baqarah 2:48)

Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat
(yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti
atau melepaskan orang lain sedikitpun,
dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan,
dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat;
dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara).
(Al-Baqarah 2:123)

Wahai orang-orang yang beriman!
Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu,
sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya,
dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat),
serta tidak ada pula pertolongan syafaat.
Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Al-Baqarah 2:254)

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan
(sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan)
di sisiNya melainkan dengan izinNya.

yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka
dan apa yang ada di belakang mereka,
sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan)
ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi;
dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya),
lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
(Al-Baqarah 2:255)
-----------------------------
Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang
yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan
kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat),
(padahal) tiadalah bagi mereka pelindung
dan tidak juga pemberi syafaat
yang lain dari Allah, supaya mereka bertaqwa.
(Al-An'aam 6:51)

Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka
sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh
kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu
supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus
(ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan
(dari perbuatan yang buruk dan keji).

Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat
yang lain dari Allah.
Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan,
(nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya.
Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka)
dengan sebab apa yang telah mereka usahakan.
Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak,
dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya,
disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).
(Al-An'aam 6:70)

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi
dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy
mentadbirkan segala urusan.
Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat
melainkan sesudah diizinkanNya.

(Yang bersifat demikian) itulah Allah,
Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu;
maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya;
patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut
tidak mahu mengingatiNya?
(Yunus 10:3)

Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat,
kecuali orang yang telah mengikat perjanjian
(dengan iman dan amal yang soleh)
di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmatNya!.
(Maryam 19:87)

Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat
(dari dan kepada sesiapapun)
kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya,
dan kepada orang yang diredai perkataannya.
(Taha 20:109)

Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan),
dan apa yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan);
dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah;
dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya.
(Al-Anbiyaa' 21:28)

Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi
serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa,
kemudian Ia bersemayam di atas Arasy;
kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah;
oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar
(untuk mencapai keredaanNya)?
(As-Sajdah 32:4)

Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali
bagi orang yang telah diizinkan Allah,
(maka orang-orang yang hendak memohon syafaat
terpaksa menunggu izin itu dengan penuh perasaan takut dan bimbang)
sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka
(dengan pemberian izin itu) bersukarialah mereka
dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri:
"Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu?"
Sebahagian di antara mereka menjawab:
"Tuhan telah menitahkan kebenaran";
dan Dia lah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya,
lagi Maha Besar kekuasaanNya.
(Saba' 34:23)

Katakanlah (wahai Muhammad):
"Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah;
Dia lah Yang Menguasai segala urusan langit dan bumi;
kemudian kamu akan dikembalikan kepadaNya (untuk menerima balasan)."
(Az-Zumar 39:44)
--------------------------------
 
jangan la cakap solat diwarisi dari datuk nenek.... seolah2-oleh agama kita ni Allah tak pelihara. jgn rendahkan martabat kita. Islam bukan agama ikut2an secara membuta tuli.

ya, islam bukan agama ikut ikutan, islam adalah agama dari wahyu Allah,
semua hukum-hukum agama ada dalam al quran. al quran kekal terpelihara,
tetapi kebanyakan umat islam hari ini tidak mengkaji al quran,
sehingga apabila orang suruh ikut al quran sahaja, mereka melenting,
kerana mereka sudah terbiasa ikut datok nenek mereka,
tanpa membuat kajian apa yang mereka ikut.
 
Sesiapa yang taat kepada Rasul, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. [an-Nisaa’ 4:80]
 
Back
Top
Log in Register