BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sokong PAS masuk syurga? Memang betul, kata Takiyuddin

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sokong PAS masuk syurga? Memang betul, kata Takiyuddin​

24ec161026ee12cf9bd230b9d0acf73b.jpg

bf1ecf4346e0447a389d940e9532aad7.jpg


Ungkapan “masuk PAS akan masuk syurga” mungkin menjadi kata-kata sindiran musuh politik terhadap parti itu.

Namun Takiyuddin Hassan malam tadi dengan tegas menjelaskan bagaimana seseorang itu memang akan dapat masuk ke syurga melalui perjuangan dibawa mereka.

Walaupun mengakui PAS ialah sekadar sebuah pertubuhan politik, Setiausaha Agung PAS itu menegaskan wadah perjuangan mereka berteraskan Islam dan selaras dengan ajaran yang diperintahkan Allah.

“Kalau kita mati kerana berjuang mempertahankan Islam, tidak ada syak lagi, kita akan dianggap mati syahid dan kita akan diberikan ganjaran pahala, dan kita akan masuk syurga.

“Jadi dia (pihak lawan) kata pula (menyindir), masuk PAS ni masuk syurga…Yalah, masuk PAS (dan) terima Islam, berjuang di atas landasan Islam, nakkan Islam sama ada di dunia ataupun di akhirat.

“Masuk PAS cara itu, insya-Allah kita boleh masuk syurga apabila kita mati kelak. Itu pasti tuan-tuan dan puan-puan sekalian,” katanya.

Dia yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu itu membuat penegasan tersebut di hadapan lebih 500 penyokong ceramah perdana Sambutan Jubli Intan 75 tahun PAS sempena Muktamar PAS ke-75 di Kota Bharu.

PAS mengadakan muktamar di Kelantan sejak Rabu dengan dimulakan oleh sayap parti dan berlangsung sehingga hari ini. Para pemimpin utama parti akan menggulung perbahasan di penghujung muktamar.

Ada Islam pada nama parti

Takiyuddin berkata, disebabkan PAS membawa “perjuangan Islam” maka parti itu turut disokong alim ulama termasuk kebanyakan guru-guru pondok.

Dengan keahlian PAS kini melebihi sejuta orang di seluruh negara, katanya, keadaan itu menunjukkan sokongan terhadap parti berkenaan semakin meningkat.

Ujarnya lagi, angka berkenaan tidak termasuk sokongan daripada golongan bukan ahli dan juga dari luar negara.

Jika bilangan mereka diambil kira, tambah Takiyuddin, boleh dikatakan PAS kini mendapat dukungan antara tiga atau empat juta orang.

“Orang yang dahulu dari Umno, dari parti-parti lain ataupun mereka yang tidak berparti termasuk golongan yang sebelum ini tidak cakna mengenai politik, orang sukan, pemain bola dan artis… sekarang ini sudah ramai yang menjadi ahli PAS," katanya.

Tambah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi, PAS bukan sebuah parti yang baru ditubuhkan, sebaliknya sudah berusia 75 tahun selepas diasaskan pada 1951.

Katanya, PAS merupakan satu-satunya “parti Islam” di negara ini.

"Itulah PAS, sebuah parti yang membawa seruan Islam.

“Nama pun Parti Islam Semalaysia, iaitu satu-satunya parti yang meletakkan nama 'Islam' pada parti,” katanya yang juga Setiausaha Agung PN.

 
Itulah masalah dgn PAS, dia tgk skop Islam dlm pentadbiran dlm view yg sgt sempit, hanya aspek punitif.

Hal2 pentadbiran memakmurkan ekonomi yg bagi kesejahteraan kpd rakyat langsung x dianggap nilai Islam. Mcm kalau kerajaan berjaya tingkatkan taraf ekonomi rakyat, yg tu bukan satu kebaikan di sisi agama
 
Islam bagi PAS, buat peraturan kawal moral rakyat. Selagi x buat peraturan moral policing, bagi PAS x laksanakan Islam.

Padahal dasar Islam ni bukan sekadar luaran yg nmpk Islamik, hal jaga kebersihan pun dasar Islam. Tp yg tu x best lah x nmpk luaran.
 
btul la tu
 
bende simple je pun nak faham

statement general je

mai kat puak spin.. dibelit nyee
 
Tak betul.. aku yg kempen korang sokong PAS utk tukar sistem pun tak setuju korang akan masuk syurga..

Sebab benda ni politik.. Kau duduk dlm sistem demokrasi kapir.. kemudian kau nak solve problem dari dlm sistem demokrasi kapir..

Mcm mana kau nk kata ini perjuangan islam ?

Adapun teori masuk syurga boleh dikatakan sesuai kpd mereka yg x faham politik demokarsi kapir berfungsi..

So utk golongan yg x faham, boleh la sembang perjuangan islam dgn sokong PAS..

Bagi mereka yg faham masalah sistem demokrasi kapir.. Sokong PAS tak bermaksud masuk syurga.. Ianya sekadar proses korang nk improve/keluar sistem.. Itu pun sekiranya pemimpin yg PAS ketengahkan dpt taufiq dan hidayah drpd Allah..

klo x dpt.. jdi mcm level bang non, kluk klek.. ada kuasa tp x mampu utk berlaku adil, asyik2 sembang kuasa eksekutif.. Kemudian nak jaga politik kepartian sendiri.. Smpi mampos rakyat malaysia jdi bodoh..

sekian..
 
Back
Top
Log in Register