BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ada kejutan manifesto PN, kata Takiyuddin

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Ada kejutan manifesto PN, kata Takiyuddin​

372558b2-perikatan-nasional-epa-images-pic-300824-1.jpg

PAS bertanding 11 kerusi manakala Bersatu meletakkan 16 calon pada PRN Johor 11 Julai ini. (Gambar EPA Images)

Katanya, manifesto itu yang dikendalikan sepenuhnya Jawatankuasa Pilihan Raya PN menyenaraikan pelbagai tawaran menarik kepada rakyat Johor.

Bagaimanapun, beliau yang ditemui pemberita selepas mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan Kota Bharu, malam tadi, berkata perincian tawaran dalam manifesto berkenaan belum diputuskan, lapor Berita Harian.

“Saya tidak bertanggungjawab secara langsung dalam penyediaan manifesto itu kerana urusan berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pilihan Raya parti. Manifesto akan diumumkan dalam tempoh terdekat. Ada kejutan,” katanya yang juga setiausaha agung PAS.

PAS bertanding 11 kerusi manakala Bersatu meletakkan 16 calon pada PRN Johor 11 Julai ini.

Sebanyak 56 kerusi menjadi rebutan pada PRN Johor dengan 14 daripadanya menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 27 DUN membabitkan saingan tiga penjuru, 12 kerusi pertembungan empat penjuru dan tiga kawasan lagi menyaksikan saingan lima penjuru.
 
Back
Top
Log in Register