kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
SK Belimbing Dipilih Sebagai Sekolah Angkat MADANI 2026
fb Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing di sini sebagai sekolah angkat melalui program Sekolah Angkat MADANI (SAM) 2026.
Menurut JANM, SK Belimbing adalah antara 1,500 sekolah yang terpilih untuk menyertai program SAM 2026, dan pemilihan ini bukan sekadar memenuhi aspirasi dan inisiatif kerajaan, malah mencerminkan keprihatinan untuk mendekati komuniti serta menyumbang secara langsung kepada pembangunan pendidikan.
"Dalam usaha memperkukuh ekosistem pendidikan yang selari dengan keperluan semasa, JANM telah menyediakan 22 unit Televisyen Android (Smart TV) dan lapan unit penyaman udara untuk kegunaan warga SK Belimbing.
"Proses pemasangan kemudahan itu telah dilaksanakan secara berperingkat mulai 13 Jun lepas," menurut kenyataan itu hari ini.
Penyediaan kemudahan ini memberikan keselesaan kepada warga sekolah serta menyokong usaha memperkasakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi digital.
"Televisyen Android yang disediakan boleh dimanfaatkan sebagai medium pembelajaran yang lebih interaktif, dinamik serta moden, sekali gus membuka ruang kepada guru untuk menerapkan kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi masa kini," menurut kenyataan itu.
Pelaksanaan program SAM 2026 di SK Belimbing turut diperkukuh melalui kerjasama erat antara JANM, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah, pihak sekolah, guru-guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa.
"Kerjasama rentas agensi dan komuniti ini membuktikan bahawa usaha memperkukuh pendidikan tidak boleh digalas oleh satu pihak sahaja, sebaliknya ia memerlukan komitmen dan kesungguhan bersama bagi memastikan aspek kebajikan, pendidikan dan pembangunan generasi masa hadapan terus menjadi keutamaan.
"Inisiatif ini juga mencerminkan peranan JANM yang turut mengambil berat terhadap pembangunan masyarakat melalui pendekatan tanggungjawab sosial dan penglibatan komuniti, selaras dengan semangat Malaysia MADANI," menurut kenyataan itu.