BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kampung Kota Bharu Di Kampar Dipilih Sebagai Kampung Angkat MADANI JPA KeempatÂ

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
ce1c03eaaf77fca3f91efcfa44351ef269d9f2f713b92

4f2d6b169cc56665b82a25e9cb31dec669d9f303e0626

d44d43c0e5c675f565d4888a4fc5615b69d9f30ee5d4a

KAMPAR, 11 April -- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (tiga, kanan) menyaksikan persembahan silat ketika hadir merasmikan Pelancaran Program Kampung dan Sekolah Angkat MADANI serta Sambutan Raya bersama penduduk Kampung Kota Bharu, Kampar di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Bharu hari ini.

Turut hadir, isteri, Puan Sri Dr Azlifah Bahari (dua, kanan) yang juga Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JPA dan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim (empa,t kanan).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kampung Kota Bharu di sini dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI keempat di bawah kelolaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), sekali gus bakal menyaksikan usaha menambah baik kemudahan di kampung berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM500,000.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata antara projek yang akan dilaksanakan segera termasuk menaik taraf dan membaik pulih balai raya serta masjid bagi memastikan keselesaan penduduk untuk berkumpul dan beribadah.

“Selain itu, balai polis akan dinaik taraf, manakala lampu solar akan dipasang di lorong-lorong gelap bagi meningkatkan tahap keselamatan penduduk, khususnya pada waktu malam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Kampung dan Sekolah Angkat MADANI serta Sambutan Raya bersama penduduk Kampung Kota Bharu di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Bharu, di sini hari ini.

Sebelum ini, tiga kampung telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI di bawah jabatan itu, iaitu Kampung Pulau Aman di Pulau Pinang, Kampung Gunung Bachok di Kelantan, serta Kampung Sembulan di Kota Kinabalu, Sabah.

Wan Ahmad Dahlan berkata kerajaan turut memberikan perhatian kepada aspek kesihatan dengan menaik taraf klinik kesihatan sedia ada supaya lebih kondusif, terutama untuk warga emas dan kanak-kanak.

"Selain itu, gelanggang pelbagai guna juga akan dinaik taraf bagi menyediakan kemudahan sukan yang lebih baik kepada golongan belia, selain pembinaan mercu tanda kampung dan penambahbaikan astaka SK Kota Bharu sebagai simbol kemajuan pendidikan setempat.

"Malah, kita juga telah merangka program bukan fizikal bagi memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat seperti gotong-royong, saringan kesihatan dan sambutan perayaan akan dilaksanakan sepanjang tahun bagi memupuk semangat kebersamaan dalam komuniti,” katanya.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar telah dipilih sebagai Sekolah Angkat MADANI JPA 2026 dengan peruntukan tambahan sebanyak RM100,000.

 
Back
Top
Log in Register