wow dah banyak muka dah thread ni.. bagus.. mari kita diskusi...
semalam anak aku balik dari sekolah minta aku tandatangan sehelai kertas. aku baca, rupa-rupanya untuk pilihan sains dan matematik dalam bahasa inggeris secara total, bahasa melayu secara total atau dwi-bahasa.. cikgu dia dah siap suruh tandakan dwi-bahasa.. apa pilihan lagi?? adoiyai...
dah sampai masa kementerian pelajaran kena jadi suruhanjaya yang mana dia bebas dari kongkongan menteri yang tak mempunyai kelayakan pun dalam bidang pendidikan. ni tidak.. lepas pilihanraya tukar menteri tukar segala polisi.. flip-flop menyebabkan pelajar yang menderita.. segala perbelanjaan untuk mengajar dalam bahasa inggeris dulu rugi begitu saja. mana check and balance?? kalau gagal apa sebab gagal?? apa penambahbaikan yang dah dibuat untuk memperbetulkan kekurangannya?? tup2 declare gagal saja..
anak aku tahun ni darjah 4 dan darjah 3, diorang makin konfius.. menteri tak pikir ker efek dia pada student?? demmm..
Sebab PPSMI gagal tu banyak, flaw terbesar adalah pada konsep PPSMI itu sendiri.
Sila baca buku Mengapa Kami Bantah :
http://www.scribd.com/doc/13099777/eBook-Mengapa-Kami-Bantah-PPSMI
Di mana kajian yang mewajarkan perlaksanaan PPSMI itu?
Baik di Malaysia mahupun di seluruh dunia, hasil kajian mengatakan pendidikan dalam bahasa bukan bahasa ibunda adalah batil.
Tapi mereka tetap laksanakannya... Kenapa? Kerana ia dasar Mahathir.
Mahathir mahu? Mahathir buat!... Rakyat tak setuju? Rakyat diam!...
Bukan calang-calang orang yang bantah, tapi hujah tidak didengar.
Malah, disuruh tunggu beberapa tahun untuk lihat hasilnya.
Setelah tempoh itu hampir luput, hasil kajian para akademik (golongan yang mendidik bakal guru untuk menjadi guru) mendapati PPSMI itu gagal (sebab gagal ada dalam buku di atas), nah, ini yang mencetuskan demonstrasi anti-PPSMI tak lama dulu.
aku tak faham kenapa guru macam Insyi perlu komplen.
minta Insyi jelaskan.
Insyi seorang Melayu, bertutur Melayu habitually, mendapatkan pendidikan asas dalam Bahasa Melayu, pernah familiar dengan istilah sains B.Melayu.
Insyi juga pernah mengajar dalam B.Inggeris.
Jadi, Insyi tahu istilah B.Inggeris dan juga istilah B.Melayu...
Apa masalahnya?
Masalah menerangkan konsep dalam B.Melayu?
Masalah memperkenalkan istilah dalam B.Melayu?
Masalah menerangkan padanan istilah B.Inggeris-B.Melayu?