BTC USD 84,806.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sistem pendidikan Malaysia

betul lah..aku setuju dengan pendapat TT

dari pengalaman aku sendiri..amek kos bisness

aku belajar pon macam menghafal je..janji nak lepas jawab exam je..

kebanyakkannya pendidikan malaysia ni fokus dekat teori je..praktikal takda

nasib baik aku ada buat niaga kecik2..bertambah pengalaman sikit..member2 aku yang sama kos..kebanyakkannya tak penah ada pengalaman niaga..

isk
 
pengalaman aku :

budak-budak menengah rendah belajar tentang "teori angka" (number theory) hanya dengan menghafal... termasuk aku sendiri dulu.

aku tak faham kenapa kena belajar perkara yang mundane macam tu.

it takes many years later, lepas dah habis universiti untuk sedar keindahan angka... betapa nombor-nombor mempunyai personaliti.

tapi dah terlambat... kalau aku menyedari benda ni lebih awal, aku dapat menguasai kejuruteraan dengan lebih baik.




cikgu-cikgu pun tak kisah nak bercerita tentang benda ni.

yang penting kena kejar masa nak habiskan silibus sebelum musim perperiksaan datang.
 
pengalaman melihat/merasa perbezaan pelajaran di malaysia dan uk (pengalaman lama .. tak tau samada masih betul ke tak sekarang)

dari tadika hingga ke darjah 6

malaysia terlalu lebih banyak subject.. (ilmu alat banyak: matematik, bi, bm, sains, sejarah...)

uk: skit sangat.. tapi lebih pada kaedah, explorasi, experiments. membaca, meyelidik, mencari maklumat, bekerja dalam kumpulan banyak di utamakan.

di sekolah menengah..

subject dimalaysia semakin banyak.. terlebih lebih. (pmr pun boleh sampai 9.. spm boleh sampai 11 (sekarang lah.. ) dulu tak de limit

memang kalau bandingkan pelajar malaysia dengan pelajar uk (o-level) nampak pelajar malaysia terer.. terutama dalam matematik
tapi jelas kalah dalam programming, kaedah makmal, mencari maklumat..

di U..

pelajar malaysia biasanya cemerlang tahun 1.. dan kebanyakanya semakin merosot bila di tahun akhir... sedangkan pelajar UK. bertambah baik/cemerlang terutama dalam bab project.programming.. dan ll..

nampaknya pelajar uk cemerlang walaupun belajar jauh lebih skit dari pelajar malaysia.. kenapa?
 
belajar cemerlang tp lom ada experience mmg cam2...lama2 nnt ok la...
 
X kesah r korang nk debat apa.. yg pasti zaman aku dah lepas dan aku berterima kasih dgn sistem pendidikan yg aku hadapi dulu... sbb sistem pendidikan ni yg buat aku berada di jawatan aku skrg w/pun x setinggi mana...
 
X kesah r korang nk debat apa.. yg pasti zaman aku dah lepas dan aku berterima kasih dgn sistem pendidikan yg aku hadapi dulu... sbb sistem pendidikan ni yg buat aku berada di jawatan aku skrg w/pun x setinggi mana...

ni bkn soal berterima kasih atau tak
maaf cakap tuan ni model terbaik mencerminkan sistem pendidikan kita
 
X kesah r korang nk debat apa.. yg pasti zaman aku dah lepas dan aku berterima kasih dgn sistem pendidikan yg aku hadapi dulu... sbb sistem pendidikan ni yg buat aku berada di jawatan aku skrg w/pun x setinggi mana...

kalau tak kisah, kenapa participate dalam discussion ni...

di sini bukan nak cakap pasal macam mana nak jadi murid yang lebih baik.

sini cerita pasal memahami sistem pendidikan, menilai apa yang ada sekarang dan adakah pendekatan lain lebih baik.




like, masuk forum kereta, cakap "aku tak kisah la korang nak minat kereta.... aku berterima kasih kat motor aku, dengan motor aku ni aku kerja."...

that is like.. so irrelevant.... and redundant.



masuk forum cintan-cintun... "aku tak kisah korang nak bercinta atau apa... aku dah kahwin dah, syukur dah selamat"...




tahniah, anda membuktikan betapa sampahnya sistem kita sekarang.
 
sistem pendidikan negara kita dipengaruhi politik..macam novel interlok tu...tgk sape yg sibuk..

bg ambe sistem pendidikan kita ni huru-hara..sebab ambe kerja dlm bidang penilaian.
ambe kurang percaya dgn peperiksaan.
its always like regurgitate the fact..

kalau nk ubah ubah sume skali.bukan ubah sikit2..& perlu diingatkan perubahan mengambil masa paling kurang 15thn utk tunjukkan hasilnya..

lagi 1 perubahan yg dibuat selalunya tergesa2 seolah2 tanpa memikirkan sumber manusia & keperluan logistik.

my word above is just my opinion, its not behalf on anyone.
thanks
regards

GJ
 
Back
Top
Log in Register