Megat Sri Rama
CG Top Poster Club

- Messages
- 20,266
- Joined
- Aug 28, 2007
- Messages
- 20,266
- Reaction score
- 507
- Points
- 161
aku sokong pendapat bro... aku nak tambah sket pengalaman bini aku interview utk kemasukan pegawai.. yang hadir semua CGPA dahsyat2 dari universiti pun hebat2 dalam dan luar negara. tapi bila tanya soalan basic bagi seorg yg terlibat dlm bidang IT tak boleh jawab... pelik kan?
ada candidate tu CGPA 3.8, bila tanya dekat dia mesti dia antara top ten dalam kelas dia kt universiti.. tapi dia jawab balik budak2 lain dalam kelas dia pun ramai yg dpt 3.8 ke atas.. lagi pelik kan? adakah senang sangat nk dpt CGPA 3.8 ni??
dalam kerajaan kelayakan untuk pegawai IT kalau perempuan mestilah CGPA dia atas 3.5.. kalau lelaki rendah sket.. 3.0.. kalau on paper mmg pegawai2 yg terpilih tu terbaek kan?? tapi kenyataannya?? amat mengecewakan.. terkial2 nak buat kerja.. aku bukan bias tapi kebanyakan pegawai superior aku yg masuk keje semuanya gagal menjalankan tugas dengan baik.. ada yg akan kata diorg kurang pengalaman.. betul.. tapi kalau kurang pengalaman diorg akan improve after a few years of working tapi apa yg terjadi diorg masih di takuk yang sama.. kesimpulan yg aku buat adalah diorg mmg tak disediakan utk alam pekerjaan... kalau masuk swasta agak2 brapa lama masa yg akan diberikan utk diorg improve??
Pendidikan IT perlukan pendidikan yang menerapkan pembelajaran seumur hidup, life long learning.
Ia juga memerlukan peer-to-peer knowledge sharing, saling didik mendidik.
Ini, penerapan budaya dari peringkat asas proses pendidikan.
Dari tahap sekolah rendah... and we're losers at this.
sebab itu peralihan dari 'pendidikan' kepada 'pelajaran' adalah satu perkara ba.ngang.
Bukan tak ada langsung IT-pro yang ada semangat macam ni, tapi rata-rata ada di sektor swasta.
Mereka tahu berkerja di sektor kerajaan akan buat mereka tumpul. Mereka akan jadi birokrat, bukan techies.
Bagi mereka, programming is a passion (bagi programmers), macam photographers.... (like, photography doesnt pay much tapi ramai engineers yang berhenti kerja dan buat fotografi walaupun tahu mereka akan miskin, contohnya Strobist tu sendiri).