lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
SIHIR PERUNTUH RUMAHTANGGA: HANTAR JIN GANGGU ISTERI ORANG
~ Cerita ni dikongsi dalam forum dan kisah-kisah turun-temurun dari Saudi. ~
Zulaikha dan suaminya, Abu Ahmad, tinggal di sebuah rumah di kawasan luar bandar Arab Saudi. Mereka dah berkahwin lebih 20 tahun. Anak-anak semua dah besar dan masing-masing dah tinggal di rumah sendir, jadi mereka ni tinggallah berdua je.Satu malam, Abu Ahmad tengah tengok TV di ruang tamu. Zulaikha dah masuk bilik tidur dulu. Beberapa minit kemudian, Abu Ahmad dengar suara isteri dia dari dalam bilik:
"Alhamdulillah abang dah datang. Jom tidur."
Abu Ahmad pelik. ‘”Aik, aku kat sini lagi. Belum masuk bilik pun lagi.”’ Getus hatinya.
Dia pun cepat-cepat pergi ke bilik.
Di Dalam Bilik
Bila Abu Ahmad buka pintu bilik... Dia nampak isterinya berbaring di katil.
Dan di sebelah isterinya, ada seorang lelaki yang juga berbaring, dengan muka menghadap isterinya.
Lelaki tu nampak macam... Abu Ahmad sendiri. Dia datang dekat nak tengok dengan lebih jelas. Sama muka. Sama betuk badan. Sama semua.
Abu Ahmad terjerit: "SIAPA KAU?!"
"Abu Ahmad" yang di katil tu bangun. Perlahan-lahan pusing kepala. Pandang Abu Ahmad yang sebenar di hujung katil. Kemudian dia senyum.
Senyuman yang lain macam. Terlalu lebar. Terlalu banyak gigi. Dan mata dia... merah.
Zulaikha, yang tadi macam dalam keadaan separuh sedar, tiba-tiba terjaga sepenuhnya. Dia pandang "suami" di sebelah dia. Lepas tu pandang suami di hujung katil pula.
DUA ABU AHMAD.
Dia terus menjerit sekuat hati sebab terkejut gila campur takut.
"Abu Ahmad" yang di katil tu pun mula perlahan-lahan bangun dan berdiri… Kemudian dia berkata, dengan suara Abu Ahmad tapi ada gema yang pelik:
"Dia dah jadi milik aku lebih lama dari kau tahu."
Lepas tu, jin tu lesap - macam asap hitam yang terus hilang ke dinding.
Selepas Kejadian
Abu Ahmad dan isterinya tak tidur malam tu. Mereka duduk baca Quran sampai Subuh.
Keesokan harinya, mereka jumpa syeikh untuk minta nasihat. Syeikh tu, selepas dengar cerita, tanya Zulaikha beberapa soalan:
"Sejak bila kau rasa 'suami' kau datang tidur pada waktu yang pelik?"
Zulaikha terdiam.
"...Bertahun-tahun," akhirnya dia jawab. "Kadang-kadang, Abu Ahmad kata dia belum lagi nak masuk tidur, tapi lepas tu aku rasa macam dah ada orang sebelah aku. Aku ingat... aku ingat aku bermimpi."
Syeikh tu tarik nafas panjang.
"Jin tu dah lama datang. Dia menyamar jadi suami kau. Setiap kali suami sebenar kau lambat masuk tidur, jin tu menyamar dan ambil alih tempat dia."
Zulaikha menangis.
Rawatan
Syeikh tu buatkan ruqyah pada rumah mereka dan pada Zulaikha . Selama tujuh hari berturut-turut, mereka perlu baca surah-surah tertentu dan doa-doa pelindung.
Pada malam hari ketujuh… ada bunyi jeritan dari luar rumah, macam binatang yang marah.
Kemudian, senyap. Jin tu dah pergi.
Tapi kesan pada perkahwinan mereka? Abu Ahmad tak pernah sama macam dulu. Selalu ada syak wasangka dengan isterinya - "betul ke ni isteri aku? Atau benda tu balik dan menyamar jadi dia pulak?"
Itulah kesan sihir dan gangguan jin yang paling teruk - bukan pada fizikal, tapi pada kepercayaan antara pasangan suami isteri.
Nota Penting:
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-