BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sidang DUN Negeri Sembilan Ditangguh Ke Tarikh Baharu - MB Aminuddin

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
de5451d11dc84d2d8505d8955463a79069e9a6dbc0b91

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan bergambar bersama barisan Ahli Dewan Undangan Negeri dan Exco Kerajaan Negeri Sembilan pada Perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15, hari ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 yang bermula hari ini ditangguhkan kepada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun selepas istiadat pembukaan persidangan itu yang disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pagi tadi.

"Sidang dewan kita tangguh kepada tarikh yang bersesuaian mengikut keadaan," katanya kepada pemberita di Lobi Wisma Negeri di sini.

Sidang DUN itu sepatutnya dijadual berlangsung selama empat hari bermula hari ini dan bersambung semula pada 27 April.

Terdahulu, Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan Datuk MK Ibrahim Abd Rahman turut membuat pengumuman penangguhan itu di dalam dewan persidangan selepas titah diraja pagi ini.

Beliau menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa serta kepentingan untuk memastikan kelancaran perjalanan sidang DUN akan datang.

MK Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mendapatkan satu tarikh baharu untuk diperkenankan Tuanku Muhriz sebelum notis diedarkan kepada semua ahli dewan.

"Perasmian hari ini cukup syarat sebab itu ia boleh ditangguh. Kalau tidak cukup syarat, tidak boleh tangguh...hari ini perasmian cuma titah Tuanku Muhriz sahaja. Persidangan hari ini ditangguhkan ke suatu tarikh akan dimaklumkan kelak.

"Saya harap apa yang berlaku di Negeri Sembilan nanti, sebelum kita bersidang akan datang dapat dijernihkan," katanya.

 
DUN N9 trbubar ke tu
 
Back
Top
Log in Register